CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, February 18, 2018

Sarapan kueteow katanya..

Sarapan.

Projek memasak sarapan dengan adik adik ipar. Kau tahu bila masak ramai ramai memang macam kenduri. Riuh! Kahkahkah.

Kueteow goreng sukahati kitorang.
Muahahaha..


Nanti gotong royong masak tengahari pula. Okbai.

#kakjojesbebel #nadearamly

Tuesday, February 13, 2018

KakJojes The Untold Stories 2017 : Part 7 : Kantoi..!

Disember 2017 (Selasa)

Eh, 5 Disember 2017 dah ada cerita ke? Hahhaha, ada. Ini masa bapaknya balik kesini sebab ada kursus yang perlu dihadiri. Maka kita selam lah sambil minum air. Pada masa ini, kandungan KakJojes baru berusia 12 minggu. Kira tiga bulan lah senang kira. Tiga bulan bapak tengok gambar scan saje kan thru whatsapp. Harini kita tengok apa anak bertuah dia buat dalam tu.

Suami sampai masa KakJOjes dah nak habis kerja makanya tahu beliau dah lapar, kita pergi menyantap dulu. Lokasi pilihan ialah Café De Marmalade. Ha, ini antara tempat makanan yang osem dan asam pedas yang gila sedap!

Okeh, lepas makan, kami terus ke Poliklinik Dr. Azhar dan Rakan-Rakan yang tak jauh dari situ. Based on experience kawan-kawan, memang osem tempatnya. Lagipun, klinik ini katanya baru bukak. Jadi marilah kita tengok servisnya bagaimana. KakJojes pun tak pernah ke klinik ni sebelum ni..

Alhamdulilah, syukur dapat doktor perempuan. Dr Elliza namanya. Masa kami sampai pun, tiada orang. Oh, heaven!
Mungkin time orang balik kerja dan bukan waktu puncak.

Kami dipanggil masuk. Selepas beberapa perbualan untuk mengetahui latarbelakang kehamilan sebelum ini dan kali ini, KakJojes disuruh baring.

Fuh, bestnya baring time pinggang tengah rasa lenguh lenguh kan. Bahahahaha. Dan operasi meng scan budak dalam ni pun bermula. Zasss!

Walaupun usianya baru tiga bulan, KakJOjes nampak beliau sungguh aktif didalam sana. Amboi! Baru lepas dapat makan asam pedas seronok eh. Muaahaha..

Yang bapaknya pula rajin bertanya doktor itu ini. Tak sangka pandai pula somi menengok anaknya bergerak gerak, tahu itu kakinya, itu tangannya. Yang haku ni? Terkebil kebil.  Terkulat-kulat.

Jadi kita biarkan bapaknya bersoal jawab dengan doktor. Dan KakJojes terus menikmati pembaringan yang sungguh selesa. Muahahhahha.

Dalam masa scan itu, doktor rupanya tengah rakam setiap momen pergerakan baby. Dan kami diminta merakamkannya semula melalui telefon untuk disimpan sebagai kenangan..wah, gila osem! OKeh, itu kerja bapaknya. Muahahaha..

Ini antara momen yang sempat dirakam somi. KakJojes simpan sini lah buat kenangan. 






Alhamdulilah setakat ini semuanya baik baik belaka.

Allahu. Ini gamaknya perasaan orang yang pertama nak jadi ibu kan. Tak dapat nak kata perasaan eksaitednya. Gembiranya. Terharunya. Tapi kau orang tak tahu, takut tu tetap ada. Tetap menghantui KakJojes.

Dan pada tarikh ini la rahsia kami terbongkar hanya dengan satu status di Facebook KakJojes.
😪😪😪😪


Tak sangka woi kantoi kat situ. 😂😂 Tak de niat pon nak meng war war kan lagi berita baik ni tapi orang dah dapat hidu pula kan. Tak apa. Kita reveal saja lah. Kahkahkha.

Apa pun, mohon doakan yang terbaik tauu untuk kitorang. Sobs..dan mekaseh yang ada masa KakJOjes luah rasa, yang berahsia, yang tanya tak reti reti bahasa. Kahkahkah. Maklumlah, nubis kubis. Mana ada pengalaman. 

Maka, bertabahlah semua yang ada dengan KakJOjes pada zaman tiga bulan pertama ini.  Dan yang akan datang juga. Muahhahhaha..

Okbai.

Ada lagi? Ada. Twin? Tunggu lah.

#kakjojestheuntoldstories #nadearamly

Kuat kutil..

Mak taktahu lah nak. Kamu cari apak kah atau kamu memang aktif macam mak bak kata kawan kawan mak.

Dari malam kamu kutil mak. Mak nyembang pun kamu pon nak nyembang sama gamaknya. Ini dalam miting pun kamu kutil mak dengan kerap. Nasib mak tak melatah. Kihkihkih.

Bila doktor kata kamu aktif sangat, mak tak risau. Cuma mak pulak akan kutil kamu kalau kamu senyap. Itu, memang mak risau.

Benar. Mak cuma bakal mak mak biasa yang sentiasa risau. Itulah agaknya keluar hashtag #sindrommakmak tu. Hahhaha.

Mak rasa nak sambung lah #kakjojestheuntoldstories. Malam nanti InsyaAllah mak cuba ya nak. Ramai kawan-kawan mak nak tahu cerita kamu. Nanti kita minta doa mereka juga untuk kita ya. 

Tapi mak nak sambung kat blog saja, aci dak? Kahkahkah. Okbai. 

Alhamdulilah dah lulus.
Kita balik awal sejam, pahtu kita tido ok anak. 
Zass!


Nota : Mak bebel sini sebab tengah tahan sejuk ekon bilik mesyuarat ni macam kat kutub utara . 😂😂😂

Aimi Nadiah Ramli
Tak Tahan Sejuk

#nadearamly #kakjojesbebel

Friday, February 9, 2018

Kula Cakes, Kuantan Pahang

Okeh, masa untuk checkout!
Babymoon dah habis. kahkahkah.


Alang alang dah sampai Kuantan ni, ada satu tempat wishlist yang KakJojes nak pergi.
Iaitu 
.

.

.

Taraaaa...


Kula Cakes!

Tempat wajib pergi kata kawan-kawan kalau sampai Kuantan. 

Disebabkan kedai dibuka pada jam 1 petang, kami dah sampai awal sebab dah kena checkout pukul 12 kan. 

Tapi amazingnya. Dah ada orang tunggu weh! Fuh!

Buka saja, semua beratur untuk membeli. Kedai ini comel saja. Ruang untuk makan didalam pun terhad. Tapi ada disediakan ruang santai disebelah ala ala hipstur! 
Perghh!!

Okeh, KakJojes dan somi decide untuk makan disitu sahaja sebelum meneruskan perjalanan balik ke KL. 
Plannya nak singgah RNR Temerloh nanti untuk lunch pula.

Kami memilih menu utama Kula Cakes ini iaitu Mango Cheesecake. Dan satu lagi slice iaitu Toblerone Cheesecake. 

Taraaa..


Oi, sedap oi! 
Mangga tu serius macam kau tengah makan kek disaluti pati mangga pekat yang masam masam manis. 

Perghh!!

Mekaseh la somi sudi layan tekak bini dia yang nak makan semedang. Hahahaha.

Sudah, jom balik! Zasss!

Thursday, February 8, 2018

Temuduga kenaikan pangkat katanya. 😁

Seawal jam 7 pagi, KakJojes dan kawan kawan dah turun ke cafe hotel untuk bersarapan.
Sebabnya, kata kawan yang semalamnya, giliran akan dipanggil base on first come first serve.

Jadi, kita ngap dulu!


Okeh, tapayah banyak banyak kereta, KakJojes tompang kawan saja lah.
Nak parking bukan senang.
Kuikuikui.

Dah sampai.
Hello JPN Pahang.


Macam biasa posing dulu. Pagi! 😘
Ini first time KakJojes sampai JPN Kuantan.
iyalah. 
Tak ada apa tak ada lah nak datang kan.

Ini pula kebetulan temuduga jadi kita tengok lah tempat orang puas puas.

Lepas lapor diri ke urusetia dan ambil nombor giliran, kami macam biasa lah study beramai ramai.
Kahkahkah.
Menggelabah kau.
Ada yang pertama kali interbiu.
ada yang dah berkali kali macam batch kakJojes. Bahahahha..

Jadi kami ambil kesempatan untuk bergambar lah.
Apa lagi...
Bukan senang oi nak jumpaaa.


Baju ini asalnya nak pakai masa kenduri sepupu KakJojes tapi atas sebab hari yang sepatutnya balik untuk kenduri itu tak sihat, maka tersimpanlah ia sehingga hari ini, dan barulah KakJojes dapat memakainya.

Masih ingat yang KakJojes pernah tanya cara mem'batik'kan baju yang kosong? Nah, ini ala ala batik tepi pantai bunga coraknya yang siap ditampal. Ala, yang gigih menjahit sampai tido pukul 2 pagi tu!

Di lengan itu sebenarnya ada juga tapi tak sempat jahit. Suami dah sampai awal. Nak hangkot mesin jait macam poyo pulak kan ke hulu ke hilir. Kahkahkah. Makanya, biarkanlah saja kosong begitu. Pakai blazer pun sebenarnya.

KakJojes calon ke enam dari dua puluh lima orang dalam senarai temuduga hari ini. 

Boleh jawab kah? Kita dah usaha. Lebihnya serah pada Nya. Rezeki kan luas maksudnya. 

Okeh. Kami ini pernah bertugas di JPN Sarawak. Dah macam reunion. Muahahaa. Masa ini, turn KakJojes dah lepas. Jadi, good luck yang mengapit kakJojes itu.


KakJojes ada seri macam TokTi tak? Okbai.

Nota : Muka lega dah lepas interbiu. Terima kasih anak. We did it!


Ini kawan kawan satu batch.
Kawan gosip.
Kawan nangeh.
Kawam gelak ketawa.
Kawan mengutuk.
Hahahaha.
Sorang lagi nun di Sarawak tu gilirannya minggu depan pula. 


Yang mengapit KakJojes adalah mantan pegawai JPN Manjung. Dan KakJojes adalah yang masih kekal.

Paling kiri dalam gambar kini di Ipoh. Manakala paling kanan bertudung ungu pula sudah berbahagia disamping suami tersayang di Kuantan. Alhamdulilah. 


Kami mungkin berbeza cara namun kami tetap sama. Sama berani. Sama kental.

Sebab, sudah dalam sejarah, tujuh orang berturut-turut menolak untuk tidak mahu bertugas di JPN Manjung. Kau orang rasa?

Ah, seronok jumpa sahabat lama.😊😊😊


Ini Kak Miza.
Kami kenal masa Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun lepas.
Duduk sebelah sebelah dan berkawan sehingga kini.
Baik dan lembut orangnya.
Tadi pun dia datang jumpa kami untuk beri tips dan info berguna.
Ah, mekaseh kak Miza.
Beliau ni bertugas di JPN Kuantan lah. 😘

Yang lain tak sempat bergambar.
Ini saja kenangan nya.
Sebab kami sebok bersembang. Muahahaha..

Apapun.
Good luck untuk semua calon.
Dapat tak dapat belakang kira.
Sekarang kita sambung cuti cuti Malaysia.
Eh!!
Okbai.

#kakjojesbebel #nadearamly

Wednesday, February 7, 2018

Sri Manja Boutique Hotel, Kuantan Pahang

Kami sampai hotel Sri Manja Boutique, Kuantan Pahang ni lebih kurang jam 4 petang. Wah, besarrr rupanya hotel nya. Kihkihkih. Maklonglah, tak habis explore lagi Kuantan.


Perjalanan tadi mujur lah LPT pon ok. Cuaca pun okay. KakJojes pun takda sakit pinggang. Baby pun behave. Alhamdulilah. Berhenti kat RNR tu biasa lah. Kahkahkah. 


Okeh, ini bilik kitorang. 



Golek golek kejap, geng geng lama ajak lepak. Keliling hotel ni banyak kedai makan. Kau pilih saja kau nak yang mana. Jadi kami memilih yang depan hotel ni saja. Jalan kaki. Sonang!

Wefie time! Zasss!!


Sebab macam masih kenyang, kami decide makan light light saje. KakJojes macam biasa, takoyaki lah! Hhahahahah. Sedap gilaaaa oi takoyaki dia. KakJojes lupa kedai nama tu apa. Tapi yang ada gerai takoyaki lah. Haa.

Kau tengok. Menggoda tak..haa.


Lima ketul, lima ringgit.
KakJojes beli dua. Tamak. Lepas tu tak habis.
Tapau bawak balik bagi somi.
Sampai bilik beliau ngap terus habis. 
Sedap lettew.
Kahkahkah.

Bersurai masa nak dekat magrib.
Tahu tahu sajalah. Lupa diri dah jumpa kawan lama tak jumpa. 😁

Hah, malasnyaaa nak hadap esok!
Huahhhhh!

Mood nak intebiu tak ada langsung ni. Huhuk. Okbai.

#nadearamly #kakjojesjalan 

Gulai Tempoyak Ikan Patin

Dah sampai Pahang, gila tak pekena ikan patin masak tempoyak. Fuh!


Perjalanan yang agak panjang, berbeza dengan highway PLUS. Ah, toksah heran. Tak pernah lalu lagi LPT ni. Kahkahkah..

Okeh, dah lapar. Cari makan dulu kat RNR Gambang, Pahang. 

Kedai no 6, JAA Patin Tempoyak. Gred kebersihan A. Sampai menjilat semua jari. Okbai.

KakJojes buat apa pergi Pahang?
Tunggu nanti update lagi. 
Muaajjaajjaajjaaaaaa.

#kakjojesmakantakhabishabis #jalanmakan

Tuesday, February 6, 2018

Berangan jahit barut..😪

Comel kalau jahit barut anak ni.


Itu, kata dalam hati saja. Sebab mak nya dah beli banyak kain masa sales menggila cotton tahun lepas.

Tapi..hmmpp..hmpppp. Ah, lupakan saja. 

Apa cer mem 'batik' kan baju semalam? Ha, kau. Pukul 2 pagi KakJojes tidur menjahit punya pasal. Itu pun ada sikit lagi nak touchup! Kahkahkah. Gigih!

Bertabah la anak. Mak ni, memang begini. Nampak kain saja, lupa diri. Okbai.

#nadimora #kakjojesgilakain #nadearamly

Sunday, February 4, 2018

Gagal..

Tak semua benda yang kau buat semuanya menjadi. Adakalanya kau perlu gagal supaya kau tak terus berpuas hati dengan kerja kau. Supaya kau tak leka dengan keberjayaan kau. Supaya kau rasa sakitnya gagal.

Hari ni gagal memasak guna Noxxa. Mungkin mood tak sampai habis nak memasak. Sebab kononnya mahu menjahit, kahkahkah.

Tak apa lah. Terima. Ia akan buat kau usaha lebih lagi dan lagi. Gagal bukan pengakhiran segalanya kan? 😉


Kalau pandai cuba teka KakJojes masak apa dari bahan ini tadi. Okbai.😎

#kakjojesmasak #nadearamly

Barut..

Ini barut. Dipakai kepada bayi dan dibuat dari cotton flannel oleh #kakyong #tailorputrajaya sahabat KakJojes. Harga sehelai dengan kain termasuk upah ialah RM7. Kalau kau orang ada kain sendiri, beliau ambil upahnya RM5 saja.


Bengkung pula lain. Dipakai oleh si ibu selepas melahirkan. Untuk badan kembali normal macam anak dara..ouch! Banyak bengkung moden zaman sekarang yang KakJojes lihat tapi kalau kau masih nak cara lama, pun boleh.

Kata #kakyong lagi, bengkung dibuat bergantung kepada permintaan pelanggan. Ada yang mahu 7 meter, ada yang 9 meter. Kain yang digunakan pula ialah kain belacu selain kain batik lepas.

Kalau kau orang rajen, buatlah sendiri. Kalau malas nya lebih macam KakJojes ini, kau orang tempah saja lah. Kahkahkah. 

KakYong ini ambil tempahan baju baju pesen juga. Mana yang rasa takdak tailor lagi yang ada sekitar Putrajaya dan Bangi, cubalah hasil tangan beliau. Teliti sungguh orang nya. Pasti jahitan pun sekemas ayat yang disusunnya.

Cari facebook penama Nur Umira Nadiah. (Segan nak tag). Atau kau klik saja hashtag atas tu. Jumpa lah profail nya.

Haih rajin. Mana lah kau ni. 😒😒😒

Nak masak. Lapar! Okbai.

Aimi Nadiah Ramli
KakJojes Kurang Rajin

#kakjojesbebel #nadearamly #byumiranadiah

Saturday, February 3, 2018

Rajin kat mana..😪

"Jahit barut, selimut, bedung. Sempat lagi ni Ai.

Kalau barut, cotton flannel pun ok. Cotton putih biasa tu pun ok jugak. Bedung kalau nak lembut guna minky. Selimut pun sama. Boleh je cotton dcomel pun cantik."

Bila #kakyongtailorputrajaya dengan motto "Your attire is yours" beri cadangan. Ada yang pergi kedai kain cari cotton flannel karang. Kahkahkah. 

#kakyong kongsi pengalaman beliau masa mengandung menangis-nangis nak mesin jahit. Masa itu beliau masih kerja makan gaji kalau tak silap dan akhirnya menjadi seorang tukang jahit sepenuh masa. Kagum!

Ini mengidam nak jahit barut dah ada, nak merealisasikan itu entah bila. Mesin jahit udah tersedia. Oi, rajen tu kat mana laaaaa..

Mesin jahit KakJojes itu, hadiah ulangtahun pertama perkahwinan. Merengek-rengek jugak masa itu minta pada somi. Taknak bunga, taknak makan, nak mesin jahit juga. Dapat yang biasa pun jadi lah. Janji pada somi, tak akan jadi tukun saja.

Habis lah kalau beliau tuntut janji mesin jahit itu. 😵😵

Hoi lah. Lawa betul warna ini.😪


Lebih warna ada sini. ?👇
https://nadimorana.wordpress.com/2018/02/03/kain-pasang-lace-printed-alisya/

#kakjojesbebel #nadearamly

Friday, February 2, 2018

Pembelian seluar mengandung yang gagal..

KakJojes gagal dalam belian atas talian kali ini. Memang tak berjodoh gamaknya.

Macam kau orang juga, KakJojes ni terjebak lah dengan belian online online ni. Lagi lagi masa kau tengah melayan sickness jadi kau cuci lah mata khennn katanyaaaaa.


Terrrr order ketiga tiga ini pula. Hah, terr tu..terr..mari KakJojes cerita untuk kau orang yang nak baca. Mana tau dapat lah insof sikit dok klik sana sini tak sedar diri katanya.

1.Tengok gambar lawa saja bawak pergi pejabat. Review pelanggan pun boleh tahan. Itu ada lowest price guaranteed lagi lah kau kompiden dah habis murah dah tu harganya. Kau pon zup zap zup zap, beli. Warna hitam la. Kan nak macam model tu.

Sebab kau perasan kau saiz M, kau pon kata didalam hati,eh ada komentar kata, beli saiz beli sikit dari saiz biasa. Jadi, dalam tak sedar diri tu pon kau klik saiz L. Terbayang lah seluar tu akan muat muat, tak pun besar sikit.

Sebulan lepas itu, seluar pon sampai. Kau klik Ordee Receive, kau pun dapat coin. Dalam hati tak sabar nak cuba ni. Kahkahkah.

Sampai rumah takdan mandi kau pun try. Dan malangnya, tersangkut pula di bahagian punggung. Ya rabbi ketat pula. Ini, kompom laki kau kata tukarrr seluar sebelum dia jadi hijau. 

Masa ini nak marah, tak boleh. Kau kot membesar, tapi kau tak sedar. Tak apa. Tak ada rezeki. Boleh la kot sedekah nanti kat sesapa. Husnudzon kata orang.

2. Seluar kedua yang order pulak sampai. Yey! Warna khakis. Betul lah macam order itu hari. Waw! Kain material cantik. Dan macam biasa takzabar zabar nak cuba bila sampai rumah.

Apa yang ditakuti sama juga berlaku. Sedikit ketat tapi tak seteruk yang pertama sampai tak boleh duduk, juga di bahagian yang sama, dan tempat yang sama. Woi! Saiz XL ini kau orang tahu? 

Masa ini dah mula naik angin. Apa masalah kau orang buat seluar mengandung kecik kecik ni ha. XL weh, XL!

Ini rasa macam nak jadi hijau tapi kutahan jebat.  Nak bagi orang juga ke gamaknya. Dan sebab KakJojes jujur, ku komen di ruangan 'rate' tanpa prejudis. Tapi ayat lapik la derr macam biasa. Halo, KakJojes mana reti memaki orang memarah orang ni..😴

3. Ini baru sampai tadi. Keeksaitedan KakJojes dah tak ada sejurus membuka sampul tersebut. Rasanya nak warna merah tapi sampai warna oren pula. *tepuk dahi*

Balik rumah, cuba. Okeh, sebab katanya cutting pensel kakJojes maafkan kecik kat bawah. Tapi masih takboleh belah, tang pinggang pulak kecik. Ini, saiz XXL ya kengkawan. Saiz XXL. 

Ya rabbi. Cukup cukup sudah, cukup sampai disini saja. #tujulagusatup. Ketiga-tiga seluar gagal mencapai tahap kepuasanhatian KakJojes.

Suami pula menyimpulkan bahawa semua saiz itu mengikut saiz orang-orang disana iaitu orang-orang di China. Jadi KakJojes ini besar kah maksudnya ya? 😒 *okeh, perang bermula*.

Entah mahu pakai tunggu kurus atau jual sebagai preloved saja. Gitulah gamaknya mudah nau terpedaya klik sini sana. Sudah la tu emi nadia.

Kau pergi saja AEON sana. Ada Scarlet yang memang kau boleh tengok depan mata, cuba jaya dan beli sampai laki kau kata tak habis lagi sopping nya kaaa. Puas hati, saiz pun memang saiz kau dan tak kau kecewa bak si pematah hati kata Nabila Razali.

Ini bukan bebel tak sedar diri, tapi untuk kau orang insafi diri, yang sudah sudah la tu menyopping kat Shoppe. Muahahaha..

Tapi best saja tengok barang barang yang ada masa Shocking Sales! Okbai..

#kakjojesbebel #nadearamly

Thursday, February 1, 2018

Hannah Delisha..😍

Hannah Delisha!

Taktahu kenapa KakJojes rasa comel saja nama ini walau dua patah perkataan. Mungkin dah muak melihat nama panjang sedepa yang endingnya panggil pendek saja.

Atau mungkin sebab artis penama ini sememangnya comel. Kihkihkih.

Boleh la siapa nak buat idea nama bakal anak anak kalian. Nak panjang susah nak eja pun sukahati kau lah. Anak kau. 

Haritu dapat nama Umar saja. Lagi comel! Okbai.😘 


Nota : Nama anak KakJojes InsyaAllah dua patah perkataan saja. Macam mak pak dia. 

Aimi Nadiah Ramli
Pendaftar Kelahiran

#kakjojesatwork #nadearamly

Hello Februari! 😘

Jujur.

Benda ini, senang kau tuturkan, susah kau nak buktikan. Tiada standard pengukuran. Tiada pembuktian. Mudah dinafikan.

Setakat mana selama hidup kau, kau jujur dalam kerja kau, kehidupan kau, persahabatan da hubungan kau? 

Begitulah. Bila benda mudah kau abaikan, kau lupa ada sebenarnya yang berkaitan. Benda tak nampak dek penglihatan. Mudah saja pada tanggapan. Sedangkan kau tak tahu, itu semua punca hati yang lapang.

Hidup la seperti biasa. Jika kau menginjak dewasa, jadilah seperti yang sepatutnya. Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata.

Sudah bertemujanji, cuba penuhi. Ada kekangan, telefon beritahu kami. Datang terjah pagi, buat muka tunjuk protes diri. Kau fikir kau saja bz? Atau sengaja nak kena seligi? 😒

Hormat masa orang, orang hormat masa kau. Jujur dengan orang, tak jujur dengan diri sendiri? Lu pikir la sendiri.

Hello Februari! 


#kakjojesbebel #nadearamly

Tuesday, January 30, 2018

KakJojes The Untold Stories 2017 : Part 6 : Fetal Demise..

Sambungan..
Disebabkan macam banyak saja benda berlaku jadi KakJojes buat ikut tarikh ya. Senang kau orang tak pening. Bahhaha..KakJOjes pon pening ha gamaknya. Jadi, mari gigih menulis dan gigihlah kau orang membaca.

17 November 2017 (Jumaat)

Temujanji dengan doktor selepas seminggu pun tiba. Macam biasa, ketakutan KakJOjes tak pernahnya padam. Disebabkan hanya temujanji doktor, bukan routine checkup biasa, maka KakJOjes terus diberi nombor untuk berjumpa doktor sebelum segala berat, tekanan darah kau diambil. Menunggu lah dengan sabar dan berdebar.

Tiba giliran KakJOjes, KakJOjes masuk dengan senyuman yang paling manis. Oh, doktor itu pun mengandung! Sarat juga nampaknya. Lepas beliau mengkaji buku keramat (buku pink) itu, KakJOjes disuruh baring. Untuk buat ultrasound la gamaknya.

Dup dap dup dap!

OKeh, nampak budak kecik itu aktif sungguh! Kau tahu kan perasaan orang pernah kehilangan. Jadi bila kau nampak anak kau gembira saja bergerak-gerak, kau rasa ada satu batu baru je lepas dari kepala kau.

“OKeh, baby satu ini okay. Nampak tak dia bergerak-gerak? Kita tengok lagi satu sac ya.” Kata doktor manis itu. Sambil digerak-gerakkan ke kiri dan kekanan.

“Saya kurang pasti tentang satu itu tapi nampaknya masih kosong sebab saya cari jantungnya tak jumpa.” Tambahnya. “Tak apa, saya referkan awak ke Hospital Manjung ya.”

KakJOjes senyum. “Baik doktor.”

Masa ini juga doktor berkali kali pesan, jika ada pendarahan terus ke hospital jangan tunggu-tunggu. Memang harapnya tidak lah begitu sebab KakJOjes takut darah oi.  Walau darah sendiri. Bahahhahaha.

Sementara tunggu buku keramat siap ditulis, KakJOjes tunggu diluar. Suami dan rakan-rakan terdekat diupdate melalui Whatsapp.  Tak henti henti depa suruh KakJojes berdoa untuk kembar nan satu lagi itu. Serius masa ini kau tak tahu nak respon camana atas satu kantung pengharapan kau itu.

“takpe beb. Mana tau tak nampak lagi. Kita doa sama-sama ya.”

Begitulah sahabat memberi peransang. Terharu sungguh!

Maka tarikh yang diberi untuk ke hospital ialah pada 28 November 2017.  Fuh!

Dari klinik desa, ke klinik kesihatan ibu anak (KKIA) dan kini di refer ke hospital pula. Mari super duper bertabah mencari parking! Bahahhahaha…

KakJojes pulang ke pejabat dengan seribu satu perasaan. Nak sedih, tidak juga. Nak menangis, tidak juga. Konfius. Maklomlah, tak suka berada dalam keadaan tertanya tanya.

Tapi tak apa. Serah saja pada yang maha Esa.

Nota : EDD KakJojes berubah lagi. 9 Jun 2018 pula. Awal! Tapi dekat dengan tarikh anniversary iaitu esoknya. Hohoo..



28 November 2017 (Selasa)

Sebab kau kena berebut parking, maka kau kena gigih awal bangun supaya temujanji kau tak lambat. (padahal still kene ikut nombor giliran. Semangat. Kahkahkha).  Syukur, rezeki kau dapat parking dekat sungguh dengan tempat yang kau kena lapor diri tu. Hahahhaa..

Rutin bakal-bakal ibu , kau kena kencing, cek air kencing, timbang berat dan segala tekanan darah dan nadi bagai supaya tahap kesihatan kau dipantau dengan baik. Iyalah, kau kan bawak satu nyawa lagi jadi tak boleh la selfish, tak dengar nasihat bagai.

Timbang-timbang masa ini berat baru 59kg. Tekanan darah kau memang tak boleh komen la, memang semedangnya rendah sebab ada tekanan darah rendah. *tepuk dahi*

Macam kau dah baca kat atas tu, time nak tunggu doktor tu lah paling gerun. Hahahha. Jadi bila tiba giliran, kau pun melangkah masuk dengan bergaya macam biasa. Okeh, ini memang poyo. Seperti biasa, doktor akan kaji buku pink keramat kau yang kau kena bawak pergi merata tu sambil tanya tanya kau sikit.

“Okeh, kita scan ya.” Kata doktor.

Kau tahu benda yang KakJOjes suka setakat ini ialah masa scan sebab masa itu saja kau dapat tengok anak yang kau tunggu berzaman lamanya bergerak dan aktif. Seronok kau ya nak!

Lepas scan, doktor still tak nampak jantung pada kantung satu lagi. Pada tahap ini pulak kau memang dah redha. Serius! Tak tipu.

Kau nampak yang seorang lagi itu aktif bergerak tak berhenti pun kau dah tarik napas lega, maka anggap la saja yang seorang lagi itu bukan rezeki kau lakibini.

Tak sedih? Tipulah. Tapi bila rasa syukur kau lebih dari segalanya, kau akan tahu rasa itu bagaimana.

Selesai saja semuanya, KakJOjes masuk kereta dan mula baca satu satu apa yang doktor tulis. Walaupun tak faham tapi kau nak baca jugak. Kahkahkha. Ada google, ada kengkawan, tanyalah.

G2 P0 +1 @ 12/52
Missed miscarriage in 2014, ERPOC done.
Referred from KKIA for twin pregnancy with 1 fetal demise.

Terus google fetal demise tu apa weh. Dan ini yang KakJOjes dapat lah.

“The loss of a fetus at any stage is a fetal demise. According to the 2003 revision of the Procedures for Coding Cause of Fetal Death Under ICD-10, the National Center for Health Statistics defines fetal death as "death prior to the complete expulsion or extraction from its mother of a product of human conception, irrespective of the duration of pregnancy and which is not an induced termination of pregnancy. The death is indicated by the fact that after such expulsion or extraction, the fetus does not breathe or show any other evidence of life, such as beating of the heart, pulsation of the umbilical cord, or definite movement of voluntary muscles. Heartbeats are to be distinguished from transient cardiac contractions; respirations are to be distinguished from fleeting respiratory efforts or gasps."

Sumber : https://emedicine.medscape.com/article/259165-overview

Fuh! Terus rasa macam belajar medic. Kahkahkha. Dan hasil dari scan pada hari ini pula menyaksikan EDD KakJojes berubah lagi iaitu 1 Julai 2018. Fuh!



Sekali lagi KakJOjes diberi tarikh appointment seterusnya untuk monitor keadaan kandungan dan ibu yang jojes ini. Muahhahaa..

26.12.2017 pulak kata doktor. Baiklah!

Nota : Kena masuk kelas menyusu masa tu. Ilmu baru. Best!


KakJOjes rasa apa lepas dua kali doktor sahkan kantung kembar kosong dan tak nampak jantung?

Berserah kepada Nya. Nampak klise. TApi itu tugas kita sebagai hambaNya.

Dapat rasa nikmat sickness twin pun KakJojes dah syukur, apatah lagi dapat tahu mengandung twin juga. Kau hilang salah satunya pula itu ujian dari Nya. Jadi kau nak meroyan, nak sedih kau dapat apa? Bersyukurlah. ADa orang rezekinya belum tiba. Kau yang dah diberinya, syukur adanya.

Pengharapan? Jujur, masih ada dihati kami. Mana tahu tiba tiba nampak pula kan nanti. Nak jugakkk. Kikikikikih.

Jangan risau. KakJOjes okay. Betul. Teruskan berdoa. TEruskan syukur. Terus bersangka baik dengan Nya. InsyaAllah yang baik baik juga akan datang dalam kau tak sangka.

Jadi, apa jadi dengan kantung yang dikata tak nampak jantung tu KakJojes? Kita tunggu next appointment punya cerita. Fuh! Gigihlah lagi KakJojes menulis ha. Bahhahahaha..

Okbai.

Ini gambar dengan geng cicah ronggeng masa zaman UiTM Seri Iskandar dulu.
Beliau la yang diberitahu secara berdepan masa depa lakibini datang nak makan. Nampak berdua tapi sebenarnya berempat berlima kau tauuuu! Kahkahkahkah..
Tarikh gambar diambil : 21 Oktober 2017



Ini gambar perasan selpie tanpa mekap. Masa ini dah rasa macam hantu Kak Limah. Tapi gambar ni paling lawa la antara semua. Kahkahkah..
Tarikh gambar : 24 November 2017



Dan gambar makan dengan kawan nan seketoi misti ada!
Makan kat Kenny Roger Roster sebab dua dua kelaparan. Kahkahkah.
Ini pun kami sedang berempat berlima juga.
Tarikh gambar : 26 November 2017


Gambar ini diantara gambar yang di snap masa mabuk teruk dan trimester pertama.

Fuh! Gigih!

Eh! Tunggu sambungannya tau! Tauu! Okbai.

#kakjojestheuntoldstories #nadearamly