CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, November 18, 2011

Bukan SAYA atau AWAK, tapi KITA dan KAMI..

Salam petang Jumaat! (^_^)/

Hari ni saya tidak keluar ke The Spring (pusat membeli belah di Kuching) seperti selalu, sebab saya terikat dengan kerja yang diambil dari waktu rehat saya. Jadi, sedikit malas nak keluar walaupun jarak office agak dekat. :)

Hampir seminggu saya pulang ke Kuching meneruskan tugas saya sebagai pekerja di jabatan ini. Dan dalam tempoh itu, terasa sedikit bila berjauhan. Maklumlah, dah hampir dua minggu bersama suami tercinta. Tapi, saya tiada pilihan lain. Memandangkan kami masing-masing ada tanggungjawab, kami terpaksa terima hakikat. :) 

Jumaat adalah penghulu segala hari. Tapi Jumaat saya kali ini tidak dimulakan dengan bagus sebab ada beberapa perkara yang membuatkan saya sedikit emosi. Tapi tak mengapalah. Lupakan saja. Mungkin saya sedikit tertekan. 

Sedang saya sibuk menguruskan semuanya, saya mendapat mesej dari sang suami. Tersenyum sendiri saya. Alhamdulilah. Besar kurniaanMu Ya Allah. Dengan usia perkahwinan kami yang baru mencecah lebih dari 5 bulan, saya kini dapat merasakan perbezaannya dari awal perkahwinan dahulu. Kami masih mencari dan cuba menyesuaikan diri dengan keadaan masing-masing, kebaikan dan keburukan masing-masing. Oh, bukan senang ya. Kalau dulu, keputusan semua dapat dibuat sendiri tanpa mengambil kira pendapat dan perasaan orang lain, tapi kini tak lagi. Personaliti saya yang agak keras dan degil (bak kata suami. dan saya pun mengakuinya) plus sudah terbiasa buat keputusan sendiri kadang-kadang agak menyeksakan saya. Sebab semuanya perlu diberitahu dan meminta izin dari suami. Mungkin ada yang sudah biasa begini tapi saya tidak. :) Tapi saya mencuba yang terbaik. Sebab berdosa kan kalau kita ingkar arahan suami.? :)
Tak tahu kenapa saat ini, saya rasa sedikit berbeza mesej yang saya terima dari suami tercinta. Ia betul2 buat saya terharu. Alhamdulilah! Saya panjatkan kesyukuran kepada Yang Maha Esa, Yang Maha Agung. Dan ada sedikit perasaan yang berbeza saya rasa. Alhamdulilah. Harapan saya dan suami, agar mahligai kami kekal hingga akhir hayat. 

Mungkin saya belum betul-betul layak untuk memperkatakan tentang erti sebuah perkahwinan tapi saya cuma berkongsi apa yang saya rasa sebagai seorang isteri yang terpaksa berjauhan dengan suami dan terpaksa melakukan segalanya seorang diri. Bila saya jatuh, ada rakan yang disisi saya menolong saya bangun semula. Jatuh bangun jatuh bangun itu dah jadi permainan saya. Yang akhirnya saya rasa saya dah cukup kuat untuk hadapi segalanya buat masa sekarang. InsyaAllah. Dalam tempoh lima bulan ini, walaupun berjauhan, kami tetap memegang prinsip percaya antara satu sama lain. Dan prinsip saya berubah sedikit demi sedikit kerana saya sudah ada suami yang mana merupakan tanggungjawab saya, juga punya perasaan dan hati yang perlu saya jaga serta makan pakai nya. Alhamdulilah, saya semakin menyukai dan gembira dengan title yang saya pegang iaitu sebagai isteri. :)

Sebagai seorang isteri, banyak yang saya perlu belajar. Jauh lagi perjalanan kami. Dan saya teringat sepotong ayat yang diambil dari buku yang saya baca (hadiah dari seorang teman rapat) bahawa PERKAHWINAN ITU BUKAN SAYA ATAU AWAK, TETAPI KITA DAN KAMI~. 



"Apabila seorang hamba itu berkahwin, maka sesungguhnya dia telah menyempurnakan separuh daripada agamanya. Maka bertaqwalah kepada Allah untuk menyempurnakan separuh yang berbaki. "
Al-Hadith