CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, November 2, 2011

Hari Inovasi Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia 2011

Sambutan Hari Inovasi 2011 bagi Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia telah diadakan di Balora Perdana, Ibu Pejabat JPN Putrajaya pada 31 Oktober 2011 sehingga 4 November 2011. Dengan tema "Membudayakan Inovasi", JPN telah mengadakan pelbagai aktiviti untuk mengisi minggu inovasi ini.  Perasmian Hari Inovasi ini telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, YBhg. Datin Jariah binti Hj. Mohd Said manakala Majlis Penyempurnaan Hari Inovasi ini pula telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, YBhg. Tan Sri Mahmood bin Adam.


Diantaranya ialah Konvensyen KIK (KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF) 2011 yang telah diadakan di Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia di Putrajaya pada 31 Oktober 2011 sehingga 1 November 2011.  Sebanyak 6 kumpulan telah bersaing dengan membawa inovasi untuk dipertandingkan. Diantara negeri yang bertanding ialah Putrajaya, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Sarawak dan Kedah dimana mereka mewakili zon masing-masing.

Kumpulan dari JPN Negeri Sembilan yang menggelarkan diri mereka MESRA dengan tajuk projek "Kelewatan Memberi Maklumbalas Status Permohonan Daftar Lewat Kelahiran" telah mendapat tempat ketiga manakala Kumpulan ANGGERIK dari JPN Selangor mendapat tempat kedua dengan tajuk projek mereka ialah "Masa Serahan MyKad @ MyKid Waktu Puncak Sederhana".  Juara bagi KIK 2011 ialah Kumpulan 1Fokus dari Putrajaya dengan membawa tajuk projek "Penyebaran Maklumat Warga JPN Tidak Holistik". 

Beberapa anugerah Inovasi JPN 2011 turut dilangsungkan dengan beberapa kategori yang melibatkan seluruh negeri di setiap cawangan.  JPN Sarawak merupakan negeri yang terbanyak menyertai pertandingan inovasi ini dengan 53 cawangan.  Di antara kategori yang dipertandingkan ialah :-

a) Layanan Urusan Melalui Telefon
b) Perkhidmatan Kaunter Terbaik
c) Persekitaran Berkualiti
d) Pengurusan Kewangan
e) Inovasi
f) Kumpulan Inovatif dan Kreatif.

Bagi keseluruhan, JPN Perak telah memenangi tempat ketiga, JPN Sarawak tempat kedua dan juara bagi Hari Inovasi JPN 2011 ialah JPN Putrajaya.


Tahniah diucapkan kepada yang berjaya! JPN ERA BARU...! 

Beberapa gambar kami iaitu peserta KIK dari JPN Sarawak . (INFINITY)

peace!! ekeke..



INFINITY..



Bergambar dengan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara



candid!!