CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, December 2, 2011

Gurauan itu melampau!

Hari Jumaat yang indah. Penghulu segala hari. Hari yang gembira bagi pekerja. Hari penutup dalam minggu bekerja (bagi yang bekerja 5hari seminggu).

Terdetik untuk meluahkan apa yang dirasa kebelakangan ini. Sikap manusia yang tidak pandai menghormati sensitiviti orang lain, tekanan kerja yang semakin bertambah serta keadaan sekeliling yang semakin menekan. Perasaan rendah diri, marah, kecewa, tertekan, itu mainan saya kebelakangan ini. Tidak tahu dimana puncanya, saya semakin hari semakin sensitif. Walaupun saya cuba untuk menidakkan perkara itu hanyalah biasa sahaja.

Entri kali ini agak keras. Dua kejadian yang menyebabkan saya berfikir semula, dimana letaknya nilai hormat dalam diri seseorang. Saya adalah seorang yang bukan boleh menerima gurauan yang berkaitan cerita di dalam kain atau di atas katil. Dan mengapa anda atau sesiapa sahaja yang membaca entri ini pernah mengeluarkan gurauan terhadap wanita tak kisahlah kawan anda, sepupu anda, bos anda atau sesiapa sahaja tanpa rasa segan dan silu??

Adakah anda yakin bahawa semua orang boleh menerima gurauan anda yang mungkin pada anda tiada apa-apa? Just beware with me. Saya adalah antara orang-orang yang tidak boleh menerima gurauan sebegini. Sebab pada saya itu sudah MELAMPAU!!!! Maaf kepada yang terasa hati. Sebab gurauan anda menyebabkan saya meluat dan meletak diri anda di dalam persepsi yang negatif. Dan saya akan mengelak untuk bercakap dengan anda, berbual dengan anda, bergaul dengan anda apatah lagi bergurau dengan anda. I HATE THIS TYPE OF PEOPLE MOST! 

Wajarkah seorang yang agak berusia, di dalam suasana pejabat, di hadapan pelanggan yang datang, di hadapan kakitangan-kakitangan yang lain, anda bergurau hal-hal berkaitan dalam kain? Yang mana ia amat menjatuhkan maruah saya. Dan anda seolah-olah menjatuhkan juga maruah suami saya plus anda mempersoalkan takdir yang Allah SWT tentukan terhadap saya!! Pada saya, anda sangat KURANG AJAR!  Sudah hilangkah hormat anda kepada kaum wanita, sudah hilangkah hormat anda kepada saya sewaktu masa bekerja dimana saya memegang position yang lebih tinggi dari anda???

Kejadian kedua. Saya kurang mengenali anda. Tidak pernah bekerja bersama, hanya bertukar senyuman dan bercakap apabila perlu.  Tetapi mengapa anda mengeluarkan ayat yang kurang sedap didengar kepada saya yang menyebabkan emosi saya terus bertukar??? YOU ARE TOTALLY OVER THE LIMIT!!! Dan maaf, saya TERPAKSA KURANG AJAR dengan orang seusia kamu yang saya boleh panggil BAPA kerana KEKURANG AJARAN anda terhadap saya dan KEHILANGHORMATAN anda terhadap saya. "cakap macam tu tak  boleh ke???" tanya anda kepada saya. Saya jegil mata, saya angkat beg dan saya kata, " HAL-HAL DALAM KAIN, ATAS KATIL, BUKAN BOLEH DIBAWA BERGURAU. SAYA MINTA MAAF, SAYA TAK SUKA. SAYA ULANG, SAYA TAK SUKA!!!" kata saya sedikit menjerit. Lalu berlalu pergi.  Mengapa orang-orang sebegini wujud dalam dunia saya. Dan saya tertanya-tanya lagi, mengapa mereka sanggup bergurau hal-hal sebegini. 

Dua kejadian dalam dua minggu berturut-turut. Saya tidak menyebut nama anda, saya cuba untuk tidak memalukan anda. Tapi awas apabila saya hilang sabar, semuanya akan out of control. Tapi Alhamdulilah, anda mengenali saya sebagai seorang yang cuba menahan sabar. Dan saya sama sekali TIDAK AKAN MEMAAFKAN anda-anda tersebut. 

Apabila saya menghadapi situasi ini, saya sedikit kecewa. Saya sebaiknya cuba mengawal gurauan terhadap orang lain tetapi orang lain tidak mengehadkan atau cuba mengawal dari menyentuh isu-isu sensitif seseorang apabila bergurau. Maaf kepada para sahabat yang pernah saya sakiti dengan gurauan saya. Maaf jika anda terasa jika ada saya terlebih bergurau. Tetapi batas saya semasa bergurau, JANGAN SENTUH ISU SENSITIF SAYA! Itu simple bukan. Sebab saya bukannya ada masalah dalam pergaulan dengan semua orang. Tetapi ANDA yang menimbulkan permasalahan dalam pergaulan. 

Saya rasa saya telah melakukan sesuatu yang betul walaupun saya agak KURANG AJAR disitu. Sebab anda dan anda telah menjatuhkan maruah saya! Dan saya rasa tidak selesa dengan gurauan itu. Jadi, peringatan untuk yang lain, berjaga-jaga semasa anda bergurau. Sebab anda tidak tahu tahap sensitiviti orang itu!

*Senyum dan terus beristighfar..saya belum kuat untuk memaafkan orang orang tersebut. *