CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, December 3, 2011

Perhimpunan Hari Perkhidmatan Awam 2011 & Penyampaian Anugerah

Pada 30 November 2011 (Rabu) yang lalu, bertempat di Borneo Convention Centre Kuching (BCKK) telah berlangsungnya Perhimpunan Hari Perkhidmatan Awam 2011 & Penyampaian Anugerah yang disempurnakan oleh YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak. Dengan tema "Create & Innovate Make a Difference", majlis ini berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran wakil dari kalangan kakitangan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Sarawak.


Acara dimulakan dengan ketibaan pegawai-pegawai awam pada jam 1.00 petang serta beberapa persembahan hiburan dari Orkestra. Pada pukul 2 petang, ketibaan dif-dif jemputan bermula seperti ketibaan Yang Berbahagia Datuk Haji Md Yahaya Basimin selaku Setiausaha Persekutuan Sarawak, Yang Berhormat Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi bin Abdul Ghani, Setiausaha Kerajaan Sarawak dan disusuli dengan ketibaan Yang Berhormat Menteri-Menteri dan Dif Dif Kenamaan.  Tidak lama kemudian, YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak tiba di perkarangan dewan. Suasana riuh seketika dengan bunyi tepukan yang gemuruh dari tetamu-tetamu yang hadir menandakan mengalu-alukan kedatangan Ketua Menteri Sarawak yang disegani itu.

Setelah itu, lagu Negaraku dan lagu Ibu Pertiwiku (lagu Negeri Sarawak) dimainkan dengan diiringi oleh Kumpulan Koir dari Jabatan Menteri. Kemudian, majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh imam besar negeri Sarawak dan disusuli dengan bacaan ikrar Perkhidmatan Awam. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan dan amanat dari Setiausaha Persekutuan Sarawak, Setiausaha Kerajaan Sarawak dan dari Ketua Menteri Sarawak. Pada majlis ini juga berlangsung pelancaran Sarawak Civil Service Portal  serta beberapa anugerah yang telah dipertandingkan.

Berikut adalah senarai anugerah-anugerah yang diterima oleh agensi-agensi kerajaan mengikut kategori yang dipertandingkan.

PENARAFAN EMPAT BINTANG (STAR RATING)  BAGI PENGAUDITAN AKAUNTABILITI  INDEKS (AI)

1) Majlis Islam Sarawak
2) SEDC 
3) Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU)
4) Jabatan Perbendaharaan 
5) Jabatan Tenaga Kerja Sarawak


PERKHIDMATAN KAUNTER CEMERLANG (PKC) 2010

Kategori Jabatan
Tempat Pertama : Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Kuching
Tempat Kedua : Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sarawak
Tempat Ketiga : Majlis Perbandaran Sibu 

Kategori Pejabat Daerah
Tempat Pertama : Pejabat Daerah Sarikei
Tempat Kedua : Pejabat Daerah Bintulu
Tempat Ketiga : Pejabat Daerah Maradong 

Kategori Pihak Berkuasa Tempatan
Tempat Pertama : Majlis Daerah Serian
Tempat Kedua : Majlis Daerah Kapit
Tempat Ketiga : Majlis Daerah Lundu 



KEY FOCUS ACTIVITY (KFA) TERBAIK 2010


Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS)




ANUGERAH KUALITI PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK (AKPANS)

Kategori Pejabat Cawangan

Tempat Pertama : Pejabat Kastam Diraja Malaysia Bintulu
Tempat Kedua : Pejabat Tanah dan Survei Miri
Tempat Ketiga : Pejabat Pelajaran Daerah Bintulu

 Kategori Pihak Berkuasa Tempatan
Tempat Pertama : Majlis Daerah Lundu
Tempat Kedua : Majlis Daerah Saratok
Tempat Ketiga : Majlis Daerah Kapit


Kategori Pejabat Daerah

Tempat Pertama : Pejabat Daerah Lundu
Tempat Kedua : Pejabat Daerah Serian
Tempat Ketiga : Pejabat Daerah Dalat

Kategori Pejabat Residen

Tempat Pertama : Pejabat Residen Samarahan
Tempat Kedua : Pejabat Residen Betong
Tempat Ketiga : Pejabat Residen Mukah


ANUGERAH KUALITI

Piala Setiausaha Persekutuan Sarawak
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Kuching

Piala Setiausaha Kerajaan Sarawak
Majlis Bandaraya Kuchign Selatan (MBKS)

Piala Ketua Menteri Sarawak
Universiti Teknologi Mara (UiTM) Samarahan


ANUGERAH PEGAWAI CONTOH DAN TOKOH PERKHIDMATAN AWAM 2011

Kumpulan Sokongan II
Encik Joshua Anak Dang
(Pekerja Rendah Awam, Jabatan Tanah dan Survei)

Kumpulan Sokongan I
Encik Gurong Wan
(Pen. Pegawai Perubatan (U29), Jabatan Kesihatan Marudi)

Kumpulan Pengurusan dan Profesional
Encik Shebli bin Hairani
(Lembaga Pelabuhan Miri)

Kumpulan Pengurusan Tertinggi
Dr. Anne Rachel John
(Pakar Bedah Pediatrik) 


Majlis diakhiri dengan cabutan bertuah dengan hadiah seperti Galaxy Tab, Komputer Riba Lenovo dan Ipad 2 dan berakhir pada pukul 5.30 petang.

Semoga kejayaan yang dikecapi menjadi sumber inspirasi bagi diri sendiri dan jabatan khususnya. 




Notakaki : Merupakan pengalaman pertama saya menghadiri perhimpunan ini dan saya sangat teruja apabila jabatan menyenaraikan nama saya antara yang turut serta hadir dalam majlis sebegini. Ia amat bermakna dan membakar semangat untuk terus berkhidmat dan berbakti dengan jayanya untuk jabatan. Sedikit bangga apabila Jabatan saya memenangi salah sebuah kategori. (yang dibold merah). Semoga ia menjadi sumber inspirasi juga kepada penjawat awam yang lain untuk terus memajukan negara. InsyaAllah..:)



sempat bergambar..ngeheheh..