CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, December 25, 2011

Satu pergi EMPAT mari~

Hari Ahad, 25 Disember 2011 bersamaan dengan Hari Krismas yang disambut oleh penganut agama Kristian. Tapi bukan itu yang nak diupdate, tapi isu di atas..apekah yang dimaksudkan dengan "satu pergi empat mari??"

Baru-baru ini terkeluar satu isu yang pada saya "anda patut berfikir sebelum berkata-kata". dan juga perlu melihat satu lagi ermm, bolehla dikire sebagai pepatah "kerana mulut badan binasa". tapi yang binasa bukan tuan punye si badan tu tapi orang yang menerima tempias mulut yang binasa tuh..eh eh..kompiusss!

Itulah, bende kalo boleh bawa berbincang, bincang elok2. Orang2 diluar tu sume tunggu nak mengebom, menyalahkan, menghentam pihak yang terlibat. Macamnilah, cube anda letak diri anda pada keadaan pihak terbabit. Fikir sebelum bercakap, fikir sebelum buat, fikir sehabis-habisnya. 

Okeh, kite cube lihat tangan kite. Cube tuding jari kat seseorang..Satu akan kearah orang tersebut dan ya, empat lagi yang tertutup itu menuju kepada kita sendiri..


Lihat, betul kan apa kata saya? Apabila anda sedang menyalahkan sesuatu pihak, anda sedang menuding kesalahan itu juge kepada diri sendiri.  Jadi, sebelum bercakap atau menuduh, selidik dulu. Sebab last2 akan kene batang idong sendiri.  

Mungkin la dalam isu yang terbabit, ada sedikit kesalahan tapi mengapa tiada masalah itu sebelum ini? Saya sedikit kesal dengan apa yang berlaku. "SILA BERCAKAP SEPERTI DIRI KAMU SEADANYA". Lain la kalo anda memang jenis sebegitu. Oh, yeke? *kelip kelip mata*

Satu pihak pula cepat sangat melatah. Habis disalahkan semut-semut kecil yang tak berdosa nih. Oh, dah nasib si semut. Pandangan saya, pemerhatian saya, tiada apa yang cacat celanya sang semut itu. Tetapi renungkan sekali lagi, anda menuding kearah semut-semut itu, tetapi sedarkah anda yang anda dah terhantuk baru nak terngadah? *alamak, betul ke tak nih?*

Itulah, semak dahulu, selidik dahulu. Orang cakap, saya pon nak cakap, "Sesal dulu pendapatan, sesal kendian, teda gunanya" Jangan sebab satu isu, nak melenting, nak mengamok.  Cube muhasabah diri, tarik napas dedalam, fikir ape impak kepada diri sendiri, mereka dan keluarga mereka. Sesama carik makan, sesama ada tanggungan. Manusia, pernah melakukan kesilapan, sebab, tiada manusia yang sempurna kat dunia ni. Allah SWT Maha Adil, Maha Mengetahui. Tak yahla kita nak menopang langit menabik dada kononnya kita yang terhebat. okeh? Nun, kat atas tu, besar kuasaNya. Ingat!

Dan maaf ya agak kasar sedikit, orang yang tatahu apa2 sedap2 bercakap mengikut rasa, mengikut hati dan boleh dikatakan sebagai tidak berpelarajan. Kasihan mereka! Bercakap tentang perkara yang mereka sendiri tidak tahu, tidak pasti. Oh, sirius kasihann! Saya rasa lah, apa yang diperkatakan oleh mereka itu semuanya adalah diri mereka sendiri. Mengapa kamu tidak reti bersyukur? Kenapa tahu menghukum tanpa mengetahui apa kesalahan yang sebenar, apa cerita disebalik? *geleng geleng kepala*

Betullah kan, bukan senang nak puaskan hati semua orang. Sebaik mana pun kita berbuat baik, yang jahat juge dinampaknya. Oh, sikap manusia. Bila la nak berubah..Tidak mengapalah, Allah Maha Mengetahui. Allah mendengar doa insan-insan yang teraniaya. Dan balasan untuk mereka, PASTI!!

p/s : kalau anda bagus, mengapa anda masih disitu?fikir-fikirkan dan renung2kan..

*abislah blog aku kene kutuk pas nih..kakakakkakah...!*