CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, December 16, 2011

Saya sudah 25! yay..!

Agak terlambat saya post entri kali ini. Sebab macam2 yang perlu diselesaikan. Oh Disember! Sekejap saja kamu sampai. Rasa macam baru masuk 2011 tapi tirai 2011 sudah pun hendak dilabuhkan. :) 

Tanggal 14 Disember lalu, genap umur saya 25 tahun..! Suku abad saya menghuni bumi ciptaan Allah SWT yang fana, menjadi khalifah di bumi Nya. Oh, sekejap saja masa berlalu. Di tanggal yang sama, pada pukul 2.09 p.m. di Hospital Kuala LUmpur, 25 tahun yang lepas, saya dilahirkan. Cahayamata sulung hasil perkongsian hidup Ramli bin Saad dan Masilah binti Mohd Yusof dan merupakan cucu yang ke 9 kalo tak silap saya bagi Tok Ampat (Ketua Kampung) Kg. Paya Jaras Dalam, Sg Buloh. :)

Dari sebesar tapak tangan, saya dibesarkan di dalam keluarga yang harmoni. Bapa saya seorang yang tegas (bekas army) dan ibu saya pada masa itu hanya seorang suri rumah. Saya kini mempunyai 5 orang adik beradik, 2 adik perempuan dan 2 adik lelaki. :) Bila dilihat kembali gambar semasa kecil, saya tergelak sendiri. 
Kini, saya telah berusia 25 tahun, seorang anak, seorang isteri, seorang menantu, seorang pekerja dan mungkin bakal seorang ibu, siapa tahu, iNsyaallah, bekerja di Sarawak, mencari rezeki, mencari erti sebenar kehidupan, berhijrah untuk mengetahui hikmah disebalik dan tentunya saya ingin mengutip pengalaman di tempat orang, negeri yang saya tak pernah jejaki sebelum ini. :) ..Pahit manis kehidupan pernah saya lalui. Malah, tanggungjawab anak sulung mungkin menyebabkan saya sedikit matang dan tak takut menghadapi sebarang kemungkinan. Mungkin..~

Diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hati pada tanggal 10 Jun 2011. Ada sesuatu yang berada di dalam hati ibu dan bapa saya pada ketika itu. Dan saya tahu, tanggungjawab untuk melepaskan saya, anak perempuan sulung kepada lelaki yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga saya agak berat. Abah sedikit gusar. Mak, pada mulanya termenung semasa saya menyuarakan pendapat untuk berkahwin. Dan akhirnya akur dengan kehendak saya kerana mereka tahu, sudah tiba masa untuk melepaskan saya kepada seorang lelaki yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga saya. Alhamdulilah, abah percaya dengan lelaki yang kini bergelar suami saya yang sah. :)  

Disini, saya ingin berterima kasih kepada abah dan mak, yang mendidik saya, menjaga saya dari kecil hingga sekarang. Malah, saya rasa saya masih anak manja mereka walaupun saya dah berkahwin. Susah, senang, mereka tetap bersama saya. Apalah jasa saya sebagai anak mereka. Besar pengorbanan mereka. Dan saya cuba sedaya upaya untuk membalas apa yang mereka telah lakukan selama ini.

Kepada abah dan mak, terima kasih jaga akak, didik akak sampai jadi manusia sekarang. Kepada adik beradik yang mengharmonikan dunia saya, maaf kalau akak bukan seorang kakak yang baik. Akak sayang kamu semua...! :) Kepada suami tercinta, terima kasih sebab sudi terima saya seadanya, kekurangan saya, kelebihan saya. Terima kasih ajar saya jadi isteri yang kuat dan tabah..:)  Kepada rakan-rakan baik ataupun rapat, terima kasih atas segala ucapan dan doa kalian. Tiada apa yang mampu saya balas melainkan doa tuk kalian semua. terima kasih..:)

Notakaki : Mengharap kebahagiaan dunia dan akhirat..:)



 Dari kiri : Rozaini, Amirul Rasyid, Amirul Ridzuan, Saya..(cover gigi rongak.ekkeke..)
Anis Suraya tiada dalam gambar sebab dia diproduce di era 2000..ekekek..




Suprise!! Saya dapat bunga untuk yang pertama kalinya di hari jadi saya yang ke-25..oh..err, peminat misteri or salah bagi???



 
Teddy bear hadiah dari sahabat baik di pejabat..
a token to Chyko Shafaroddin, Soraya Rahmat, Ashwan Jumalithon dan juge Bob Arzone!!
<3 u all~