CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, January 22, 2012

Projek Memasak : Dorayaki


Hai hai hai..bertemu lagi saya dalam rancangan masak memasak..haha..dah macam rancangan masakan pula..Tade pape pon cume nak share satu lagi resipi yang dah penah dicube dan dibuat bersama encik suami tersayang.

Mane la tahu kan boleh bagi idea sikit ke nak buat ape tuk minom petang. Err, cume sedikit cekelat la. sebab ni first time. kekekek.. tapi nak jugak kongsi dengan u olllz. Senang, mudah, cepat , pantas..

Diantara bahan-bahan yang digunakan ialah
~ 2 cawan tepung gandum
~1 cawan gula halus
~1 sudu kecil soda bikarbonat
~4 sudu besar air/susu segar
~6 biji telur
~Filling choc nutella, madu, jem mengikut citarasa anda..

Cara membuatnya:
~Campur soda bikarbonat dengan air/susu segar tadi. Letak ditepi.
~Pukul telur dan gula hingga kembang.
~Soda bikarbonat yang telah dicampur tadi dimasukkan ke dalam adunan telur dan gula tadi.  
~ Kemudian, masukkan tepung. 
~Kacau hingga sebati.
~Panaskan kuali dengan sedikit minyak. (disyorkan untuk menggunakan kuali leper)
~Tuang adunan tadi ke dalam kuali menggunakan senduk bulat. (senduk per senduk. Secara otomatiknya ia akan membulat)
~Buat ikut saiz kesukaan anda. 
~Apabila buih timbul di permukaan kuih, terbalikkan.
~Angkat dan lapiskan dengan inti kesukaan anda.



Baek! Ia sedikit cokelat..ngee..percubaan pertama la katakan.

Senang kan? Selamat mencuba..

*Adunan ini untuk 15-20 keping dorayaki..