CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, January 20, 2012

Projek Memasak : Puding Kastard Berjagung


Hai allsss!! Bertemu kembali dalam rancangan senduk senduk aimi..hehehehe..Ni datang rajin ni ha. titibe rasa nak buat puding. Hubby mentak puding lain yang suatu ketika dahulu penah buat tapi macam tak best je puding tu. So cakap kt hubby, puding kastard la. Dan dia pon okeh saje..hek3..OKeh, mari. Saya nak share resipi dengan kengkawan semua. Mudah, simple dan cepat. Siyes...lets cekidaut..!

Bahan-bahan yang digunakan :
~ 1 cawan tepung kastard
~1 1/2 cawan jagung manis (saya guna jagung dalam tin)
~3/4 cawan gula
~3 cawan air
~1 1/2 cawan susu cair (boleh gune fresh milk)

* make sure gune cawan yang same untuk semua sukatan.  Dia tak bagi pula brapa ml or liter. gune cawan saje. takpe. boleh juge...

Cara membuatnya:
~Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan letak atas api sederhana
~Kacau sehingga rata semua.
~Tutup api apabila sudah berwarna kuning berkilat.
~Letak dalam loyang dan sejukkan. Boleh juga letak dalam acuan mengikut citarasa anda.
~siap! :) 



Semua bahan dikacau di dalam periuk sehingga warna kuning berkilat.


Taraaa...puding kastard saya sudah siap dan sedia untuk disejukkan.  Boleh dihidangkan  sebagai pencuci mulut.


Senang kan??? Selamat mencuba..:)