CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, January 22, 2012

Projek Memasak : Roti Jala


Aha.ni satu lagi resipi. Wa dah buat dulu tapi macam tak jadi. Yang ni kali kedua sebab hubby teringin nak makan. Peberet die katenye..Dan alhamdulilah, kali ni berjaya sebab? Roti yang dijala oleh kami itu ade rase. err, dulu sedikit tawar. Takot nak letak garam. But then, dis one quite good~ 
Mari saya share resipi dengan anda. Cekidaut~
Bahan-bahan yang digunakan :
~ 1 kg tepung gandum
~ 1 tin susu cair
~ 4 tin air (guna tin susu)
~4 biji telur
~sedikit esen vanilla
~pewarna kuning
~sedikit garam
~ minyak untuk melenser di atas kuali
~acuan roti jala

Cara membuatnya:
~Campur tepung gandum, susu cair, air, telur, garam, esen vanilla dan pewarna kuning.
~Kacau hingga sebati dan tidak berketul.
~Masukkan ke dalam blender dan blend sehingga tiada ketulan yang ditemui.
~Tapis bahan yang telah diblend tadi.
~Panaskan kuali dan sapukan sedikit minyak masak.
~Jalakan di atas kuali.
~Setelah masak, angkat dan lipat mengikut citarasa masing-masing.




Kami sedang menjala..ngeeee~


Taraaa..ia sudah siap~

Boleh juga dimakan bersama kuah kari dan juga kuah durian. nyum nyum..Selamat mencuba..~ :)