CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, February 7, 2012

Kecewa..kecewa dan kecewa..

Ingatkan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahhari. Huah. Takde mud nak menjahit malam nih..Potong sikit kain tadi plus terus tolak tepi..Tanye diri sendiri, nape nih. Tapi tah. Titibe sebak, kecewa, marah, sedih, semua ada..

Permulaan cerita saya, agak memberangsangkan. Memandu dalam kelajuan sederhana, dihiburkan dari cd lagu Maher Zain, and lagu Open Your Eyes berkumandang. Saya memandang langit. Ya Allah, cantiknya. :) Saye senyum sendiri. Hiba datang bile saya hayati betul2 lirik lagu itu. Menitik juga airmata. KerdilNya saya disisiNya.  Saya pandang langit lagi.  Ia masih seperti itu.  Oh, alangkah indahnya ciptaanMu.  Agak suka juga saya melihat awan sebegitu.  Tak pernah driving ke ofis saya bukak tingkap, tapi pagi itu, betul2 wat saya turunkan cermin tingkap kereta saya.  Menghayati ciptaan Dia, Yang Maha Esa.

Alhamdulilah, saya sampai ofis dengan selamat.  Syukur Dia lindungi saya dalam perjalanan.  :) Permulaan konflik apabila saya mula membuka fail kes satu per satu.  Ya, dan dalam bundle (ade 10 fail kes) tersebut, 8 daripadanya adalah anak tak sah taraf dan dalam erti kata lain, anak luar nikah.  Saya pada mulanya okeh, tiba2 sedikit terganggu dengan kes2 begitu sebab, kebanyakannya adalah orang Islam.  Ya, saya tahu saya kene kuat, tapi saya manusia biasa, ada perasaan.  Saya tolak tepi.  Saya istighfar.  Ya Allah, senang betul Kau beri mereka zuriat, sedangkan kami yang berharap, tidak Kau perkenankan. Saya sedih. Ya, memang sedih.  Ada anak di luar ikatan perkahwinan seramai 5 orang itu betul2 buat saya sedikit emosi.

Saya teringat cerita minggu lepas, dimana saya dapat panggilan dari seorang pemohon yang memohon untuk anaknya yang sedang bersekolah.  Paling terkesan apabila beliau berkata, "Tak dapatlah anak ambil UPSR nanti.."  Ya Allah, luluh hati saya.  Saya cuba membantu tetapi apalah daya saya.  Selama ini, mengapa tidak dibuat dokumen itu, kenapa baru last minit apabila diperlukan lalu mendesak kami untuk memberinya tanpa bukti yg kukuh? Saya istighfar lagi. Adakah saya penyebab anaknya tidak dapat mengambil peperiksaan tersebut? Saya sedih. Saya cuba membantu tetapi sia2. Saya kecewa.

Saya buka fail kembali, dengan harapan tiada lagi kes itu. Oh, sekali lagi Allah uji saya.  Tak tahu kenapa, saya sangat sensitif hari nih..Finally, saya keluar dari bilik sy untuk menstabilkan emosi yang tak stabil tadi.  Oh, terperasan, sorang staf saya kurang sihat.  Dan dia minta izin untuk pergi klinik.  Suaminya, kakitangan jabatan saya juga akan ambilnya sekejap lagi untuk pergi klinik.  Saya beri keizinan.  Tapi hati kembali sayu.  Oh, alangkah senangnya mempunyai suami disisi.  Kalau sakit pun, suami ada, boleh bawak pegi klinik, boleh drive, boleh masakkan.  Saya? Kalau sakit pun saya pergi klinik sendiri, kalau xlarat drive pun, sy tetap kene drive sendiri. :(  Untungnya mereka yang ada suami di sisi kan..Walau tak larat, walau sy takot, walau saya sakit, walau sedih, sya tetap kene harungi sorang2..Ya, saya sedih..

Saya masuk bilik saya balik. Niat,  nak sambung keje yang terbengkalai.  Tak lama pastu, sorang staff sy masuk.  Bagitau pasal kes yang melibatkan seorang peguam. Katenye.  Saya minta fail. Nah, kes anak luar nikah lagi.  Dan saya diberitahu, peguam ini akan fight kes ini sampai ke mahkamah jika kami tidak dpt memenuhi permintaan anak guamnya.  Astagfirullahalazim..! Seorang Islam nak menegakkan benda yang dah terang2 salah.  Saya tersandar. Ya Allah, apa nak jadi dengan dunia ni. Manusia lebih na k mementingkan maruah dan menidakkan hukum.  Saya kecewa. Kecewa dengan sikap manusia.  Dimana akal fikiran yg waras, dimana letakknya agama..Maaf, saya tak layan permintaan kamu wahai peguam.  Saya juga ada kuasa, Dia Maha Kuasa.  Saya tau hukum hakam agama walaupun saya bukan bijak pandai.  Saya sain, saya senyum. 

Lunch hour, saya keluar.  Hajat hati nak mencari barang yang dihajati la konon2nye.  Puas keliling kedai, cari sana sini.  Ya, saya hampir kecewa tapi dlm hati saya kata, ia mesti ada.  Dan yay, finally, saya jumpa benda yang saya nak.  Tapi.......die tak jual yang saya nak itu saje.  Dia ada sekali dengan benda yang saya tanak.  Kalo beli pon kompom tak pakai dan buang.  Dan saya fikir, saya boleh dpt harga murah kalo beli barang yg saya nak itu.  Seriius..tapi memang mereka jual sekali paket itu.  Saya asyik tanye promoter tu ade tak jual asing2 tapi jawapan dia tetap sama.. Sekali lagi saya kecewa..Lama jugak tenung dari luar kaca, tapi saya amik keputusan, xyah beli.  Mungkin ada tempat lain jual juga. Tapi, ya saya kecewa lagi...

Saya juga sedikit sedih. Bile kita perlukan orang kat sisi, or dalam erti kata lain kita terlalu berharap pastu kecewa. Sebab, tak memenuhi spek ataupun tak berjaya buat hati kite appy.  Tah, kenapa orang perlu jaga hati kita kan.  Sapelah kita padanya.  Cukupla kot untuk malam nih. Saya tiada mud untuk berfacebook, juga tiada mud untuk bermesej, juga menjahit.  Saya nak berehat.  Gud nite...~