CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, February 11, 2012

Kenapa anjing jelir lidah? Dan cerita Bobo..(^_^)

Masa tengah kemas2 rumah kecik si bulus tu, ternampak Bobo (anjing yang menjaga rumah saya) di luar.  Kesian, terjelir lidah die. Saye fikir, mungkin dia haus. Dulu penah kasi air bile nmpak die jelir lidah.  Dia minum tapi sikit je. Kalau anjing jelir lidah tu maksudnya die haus ke? titiber tergerak hati nak carik sedikit info.


So, ini yang saya dapat melalui carian saya.  Allah SWT menganugerahkan manusia nikmat kulit untuk membantu badan menyeimbangkan suhu dalam badan.  Tapi nikmat kulit itu Allah SWT tak beri kepada anjing.  Even dalam kandungan ibu dia pun die menjelirkan lidah sebab kulit yang Allah SWT beri kepada anjing tidak dapat menyeimbangkan suhu dalam badannya.  


Kajian saintifik pula membuktikan bahawa anjing hanya memiliki sedikit kelenjar peluh iaitu di bahagian tapak kakinya.  Sebab tu bile peluh tak keluar, darjah kepanasan dalam badannya akan meningkat.  Dengan menjelirkan lidah, anjing dapat menambah jumlah pernafasannya untuk menambah ruang pernafasannya supaya darjah suhu badannya dapat dikawal.


Walaupun anjing sering dilabel sebagai haiwan yang negatif, tapi kita kene ingat yang anjing juga makhluk Allah SWT.  Anjing tidak boleh dianiaya sesuka hati.  Kisah seorang pelacur yang memberi air kepada anjing dan masuk syurga mengingatkan kita supaya manusia perlu ada perasaan kasih sayang terhadap haiwan walau dalam apa jua keadaan.  :)


So pasni kalo tengok anjing jelir lidah tu bukan bermakna dia haus tapi die tengah panas. Huhuhu..Kesian juga. Tapi mungkin juga dia haus.  Tak salah kan kita bagi die minom.. Sebab dia pun makhluk Allah juga. :) 





Cerita Bobo si anjing baek ::

Sebelah kiri ialah Bobo dan kanan tu boipren Bobo, Bobos. Bobo dari kecik die jage umah saya. Dulu, die ade kembar. Sebijik macam dia..Tengok gamba kt bawah, time meka kecik2..:)


Alamak, gambo senget pula. takpelah..ha, ni la Bobo mase kecik..




Ni Bobo ngan kembar die.  Dari kecik suke main2.  Pepagi before g keje suke tgok dorang gurau2.  Tapi bile dah stat besar sikit, kembar die menghilangkan diri..

Masa saya pindah kt kawasan nih, orang depan umah saya (jiran depan umah) pon gayenye macam baru masok umah tu.  Pastu die balik pon weekend je, mungkin die duduk tempat lain.  Bile balik weekend, die renovate rumah.  Dia bawak la anjing die skali.  Ade dua ekor anak anjing mase tu yg saye nampak.  Bile die balik, anjing tu tinggal.  Ada satu ketika tu lame meka tak datang umah tu.  Dijadikan cerita, anak2 anjing tu dikurung kt dalam kawasan umah dia.  Bila lapar, menyalak la anjing tu..Kesiannnnn..

Agaknya bile dengar jiran dah bising bunyi salakan anjing, orang dpn rumah saya pon lepaskan anjing die.  Tapi yang wat saye marah tu, die tak bagi makan. Kurus kering okey. Kesian..Jiran sebelah rumah dia merangkap jiran dpn umah saya juga yang bagi makan dek kesian kt haiwan tersebut.

Pada suatu hari, saya ada masak lebih. Tapi takmo makan dah iaitu beberapa ketul naget dan juga ayam kehepsi..Saya panggil Bobo dan kembarnya.  Meka datang.  Lepas pada tu meka suke duduk dpn gate umah.  Kadang2 saya rase rimas, mungkin meka mintak makanan lagi.  tapi sebab saya ni jenis tak kisah, saya biarkan saje..Lepas pada tu, meka stat duduk dpn gate umah saya.  Bile saya g keje, misti Bobo akan tgok sampai keta saya ilang dari pandangan dia.  Bila saya balik kerja, Bobo akan tengok sampai saya masuk umah.. Pernah satu ketika, ada anjing lain melintas depan umah, die boleh p kejar anjing tu, sb die mungkin rasa anjing tu nak mengacau saya.  Lihat, protektif kan die.?

Lepas tu, tuan Bobo yang lame ade sekali sekala balik.. Meka pernah nampak Bobo dengan saya.  kadang2 saya bercakap dengan meka.  Bile die nampak, die terus panggil Bobo balik. Saya pelik. Eh, takde la haku nak amik hanjing ko nih..ngomel saya dalam hati.  Saya pon bukan boleh pegang die. Geram jugak la sebab dah la tak bagi makan, boleh pulak nak pandang orang slek gile mcm orang nak curik anjing die. ciss! bentak saya dalam hati.

Pernah satu hari, (masa ni kembar Bobo dah ilang), saya sedang cuci kete. Bobo kecik lagi.  Tibe2 ade anjing besar datang kejar Bobo.  Dan ada anak jiran selamatkan bobo dengan angkat bobo tinggi2. Dan saya terkejut bile anjing besar tu mcm nak panjat budak kecik itu.  Saya ape lagi, ambik batu , baling kt anjing tu, selamat kan budak yg selamatkan Bobo tu.  Saya tanya, sapa punye anjing, dan budak tu cakap, rumah nih. sambil tunjuk rumah jiran depan umah saya. hmm..saya suruh budak tu letak dalam kawasan umah owner die balik.

Pernah juga saya ternampak masa sy balik keje, Bobo tgh main2 dengan anak2 jiran (bukan Islam) dan mereka nampak hepi.  Bobo disayangi oleh budak2 tu sampai sekarang. :) Saya senyum dari dalam kete.

Kalau sape yang ade ekot or tengok gambar Bobo dalam fesbuk saya (akaun lame dah tutup) dulu, ramai yang 'like' dan memberi komen yang membina. :) Alhamdulilah.  Dan selama Bobo dengan saya, saya tak pernah pegang dia dan dia juga semacam faham yang saya juga tidak boleh menyentuhnya sesuka hati. :)

Skang, Bobo dah ade boipren.  Baguslah.  Ade dua ekor jage umah saye..hik3..kadang2 saya bagi meka makan. Bila saya goreng ayam terlebih, saya bagi.  

Pada saya, tak salahkan saya bg meka makan. Saya tau batas2 agama saya.  Dan saya juga mempunyai hati yang sensitip. Uh, uh..tak boley tengok haiwan teraniaya or cedera. huhuhhhuhu~

Saya tak mengharap apa2 balasan cuma meka juga makhluk Tuhan mcm kita jugak bukan? :)

Sekian...