CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, February 22, 2012

Nukilan dari hati..

Assalamualaikum dan selamat pagi. Pagi yang agak mendung di Kuching.  :) Keluar agak lewat dari rumah sebab kemalasan bangun yang agak ketara.  Mujur kewajipan terhadapNya dapat dilakukan.  Nauzubillah,  kuat betul hasutan syaitan.  Memesongkan anak2 Adam supaya lalai dan alpa.

Setiap pagi dalam perjalanan ke pejabat, saya kerap memandang ke langit.  Sambil diiringi lagu Maher Zain kesukaan saya.  Entah, tak pernah bosan saya mendengar lagu2 nya.  Masuk benar dalam jiwa saya, terkesan sungguh dalam lubuk hati saya. Saya memandang langit yang agak kelabu hari ini.  Ya, bukan setiap hari langit akan sentiasa cerah dan biru.  Begitu juga dengan kehidupan.  Tak semestinya hidup sentiasa gembira. :)

Penunggang motosikal sesekali mencelah menyentak perhatian saya supaya lebih tumpu kearah jalan raya yang semakin sibuk.  Oh, makin teruk jem sekarang.  Acapkali saya sampai lambat di pejabat dalam bulan ini.  Hmm, bukan satu prestasi yang baek saya rasa.  Kadang2 geleng2 kepala juga saya dibuatnya.  Kadang2 mengucap melihat keberanian penunggang motosikal yang berani menyelit di celah2 lori yang besar dan kereta di kiri kanan.  Oh, saya juga pernah begitu suatu ketika dulu.

Kadang2 hampir hilang kesabaran saya apabila tiba2 sebuah motosikal mencelah dan duduk di hadapan saya.  Urut dada saje saya dibuatnya. Tapi saya cepat2 cuba senyum.  Tak mahu amarah menguasai diri.  Syaitan ada dimana-mana, dan menunggu masa untuk memesongkan anak2 adam.  Saya istighfar. Mohon dikuatkan kesabaran agar perjalanan saya selamat sampai ke destinasi.  Sebenarnya, kejadian seperti ini yang sebenarnye mewarna-warnikan kehidupan kita.  Kadang2 di atas, kadang2 di bawah.  Cuma, kita perlu hadapi dengan tenang.

Saya gembira apabila mesej yang dihantar melalui inbox saya di facebook daripada salah seorang rakan baik tidak lama dulu membuka pintu hatinya untuk sedar akan kehidupan yang sempurna dan diredhai.  Saya sayangkan sahabat2 saya.  Dan saya cuma berkongsi dan membimbing kearah yang lebih positif.  Malah, saya juga masih perlukan bimbingan suami dan rakan2 yang lain.  Berbalik kepada tugas kita dimuka bumi ini ialah kita sebagai Khalifah yang mana tugasnya ialah untuk menjaga keharmonian alam ini dan saling membantu antara satu sama lain.  Saya tidak petah berbicara apatah lagi bijak dalam ilmu agama, cuma saya gemar berkongsi apa yang saya rasa baik untuk sahabat2 saya. 

Karenah dari sahabat juga kadang2 melemahkan dan sedikit mengecewakan saya.  Tapi, alhamdulilah, saya masih ada suami, masih ada keluarga dan adik, masih ada rakan2 yang memberi semangat dan ada disisi saya.  Saya bersyukur.  Pesanan suami saya, sentiasa bersyukur atas apa yang diberikan.  :)  Saya mula melihat dunia dari sudut yang positif.  Elakkan dari perbuatan dan perkara yang mazmumah.  alhamdulilah, kini saya tenang.  Walaupun saya hilang sahabat yang ramai (mungkin di kala gembira sahaja) pada suatu ketika dulu.  

Suatu insiden yang membuatkan saya sedar yang selama ini saya lupakan Dia ialah apabila saya diuji dengan pelbagai sakit dan dugaan.  Ya, 2012 bagi saya adalah tahun yang agak mencabar.  Permulaannya pula agak tidak seperti yang dijangkakan.  Allah bagi saya sakit, Allah izinkan semua itu berlaku kepada saya supaya? Saya sedar yang selama ini saya lupakan Dia.  MasyaAllah. Hinanya saya disisiNya.  Hikmah semua ini? Saya rasa saya lebih dekat dengan Allah SWT.  Saya sentiasa berdoa kepadaNya, saya sentiasa ingat Dia.  Saya juga mengadu denganNya.  Alhamdulilah, saya tenang.  Saya diuji dengan pelbagai dugaan yang teruk. Baru saya sedar!!

Kehilangan jumlah sahabat bukan pengukur untuk kehidupan saya.  Walaupun acapkali saya dengar cerita yang kurang enak, saya tidak mahu membalas.  Biarkan Allah SWT yang mengadilil mereka.  Tipulah jika saya katakan, saya tidak penat dengan semua ini.  Kadang2 airmata mengalir semasa pulang dari pejabat.  Mengenang nasib diri, tidak bernasib baik seperti orang lain.  Tapi saya cepat2 ingatkan diri saya, yang ada orang lagi yang tidak bernasib baek dari saya.  Itulah motivasi saya.  Saya cuma diuji sedikit, tetapi mereka??  :)

Kehidupan dalam bekerja juga mematangkan saya.  Dari sini saya dididik untuk berani membuat keputusan, dan sedikit sebanyak ia mematangkan saya. Menjadi salah seorang ketua bukanlah senang.  Banyak juga cabaran tapi saya cume menjadi diri saya.  Dalam situasi kerja, ada turun dan ada yang naik.  Mungkin kini zaman kejatuhan saya.  Saya tidak pandai mengampu, atau mengipas sebab itu bukan diri saya.  Apa yang saya mahu dalam kerja saya ialah target yang perlu dicapai.  Persetankan dengan orang yang mahu menjatuhkan saya.  Saya cuma menjalankan tanggungjawab yang disuruh sebab pada saya kerja adalah satu ibadah.  Saya pernah terduduk apabila dugaan datang satu per satu, menguji kesabaran saya, menguji kekuatan iman saya. Tapi saya cuba untuk bangkit semula.  Saya pohon kepadaNya, agar saya dapat teruskan hidup walau dalam keadaan genting sekalipun.

Benar kata ustazah saya, akan ada berlaku perubahan dalam hidup.  Dan saya sedang alaminya itu semua.  Saya memandangkan dari sudut positif.  Dan sentiasa ingatkan diri saya yang semua yang berlaku ada hikmahnya.  Setiap yang berlaku kepada kita, itu adalah ujian untuk kita supaya lebih kuat.  Hikmah semua itu kan. :)  Dan saya juga diingatkan, setiap yang berlaku adalah kerana Allah SWT mengizinkan perkara itu berlaku ke atas saya.  Kalau Allah SWT kata jadilah, maka jadilah ia.  (kun fayakun).  Itu yang saya semat dalam hati, dalam kepala dan setiap masa.  Insyaallah..

Kini saya lihat ramai sahabat saya semakin berubah kearah yang lebih positif.  Alhamdulilah. Mudah2an diberkati.  Yang penting niat dihati dan ikhlas dalam apa jua yang dilakukan.  Juga mengingatkan diri saya dalam lima perkara sebelum lima perkara..

Sihat sebelum sakit
Hidup sebelum mati
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit

Cuma satu harapan saya, agar kehidupan saya lebih diberkati dan diredhai.  Saya bukan baik, bukan bijak tapi saya cuma berkongsi apa yang ada dalam hati naluri saya. :)  Tapi saya cuba untuk menjadi umat dah khalifah yang baik.  Berkongsi pengalaman yang tak seberapa..    

Sekian, nukilan dari saya..

Wassalam..