CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, February 2, 2012

Qarin..

Saya terdetik untuk menulis tentang Qarin apabila terbaca satu artikel yang telah dipostkan oleh kazen saya tentang Qarin nih. Before this memang dengar dari Ustazah. Dan disini nak share dengan kengkawan beberapa maklumat dan info tentang Qarin nih..:)



Qarīn (Arab:قرينQɑrɪn) adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada malaikat dan jin dari (golongan syaitan) yang mendampingi setiap manusia. Istilah ini digunakan didalam Al-Quran dan dikatakan bahawa Qarin itu mengikuti manusia sejak seseorang manusia itu dilahirkan sehinggalah ajalnya. Kedua makhluk itu dianggap sebagai "kembaran setiap manusia." 
Menurut keyakinan umat Muslim bahawa, pada umumnya Jin Qarin ini mendorongi manusia kearah untuk berbuat kejahatan. Dia (Jin Qarin) membisikkan sifat was-was, melalaikan Solat, memberatkan diri manusia untuk membaca Al-Quran dan sebagainya dan ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang manusia daripada membuat ibadah dan kebaikan.
Untuk mengimbangi adanya pendamping jahat, Allah telah mengutus Malaikat Qarin yang selalu membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Dalam beberapa Hadis dikatakan bahawa Jin Qarin yang mendampingi Muhammad telah memeluk Islam, sehingga Muhammad selalu terjaga dari kesalahan.

Al-Quran telah menjelaskan tentang adanya Qarin dalam Surah Az-Zukhruf
Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al-Quran), kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya. (Az Zukhruf 43:36)
Hadis mengenai Qarin pun telah dicatat oleh Imam Ahmad dan Imam Muslim, Nabi Muhammad bersabda kepada Abdullah Mas'ud, "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa Malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga Ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuIslamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja." 

Hadis mengenai Qarin: Aisyah r.a. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah SAW keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: “Aku merasa cemburu.” Tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya, “Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?” Aku berkata, “Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah?” Sabda Baginda, “Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitanmu?” Aku bertanya, “Apakah aku ada syaitan?” Sabda Baginda, “Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin.” Aku bertanya lagi, “Adakah engkau pun ada syaitan, ya Rasulullah?” Jawab Baginda, “Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam.” (Hadis riwayat Muslim) 
Dalam kisah yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdillah, bahawa ketika tiba giliran Iblis untuk meminta, ia pun berkata, “Ya Tuhanku, manusia (Adam) inilah yang telah Engkau muliakan atasku, kalau Engkau tidak memperhatikannya, aku tidak akan kuat menghadapinya.” Allah berfirman yang ertinya, “Tidak akan dilahirkan seorang anak darinya kecuali dilahirkan pula seorang anak dari bangsa kamu.” Iblis berkata lagi, “Ya Tuhanku, berilah tambahan kepadaku.” Allah S.W.T berfirman, “Kamu dapat berjalan-jalan ditubuh mereka seperti mengalirnya darah dan kamu dapat membuat hati mereka sebagai rumah-rumah untuk kamu.”

Ini saya ambil dari laman web http://ms.wikipedia.org/wiki/Qarin


Saya juga terbaca melalui salah satu artikel dimana di suatu kejadian, qarin yang mengikuti orang kafir itu amat gemuk dan qarin yang mengikuti orang islam itu kurus betol. Lalu ditanyalah qarin gemuk kepada qarin kurus tuh. 

Qarin gemuk :: kenapa engko kurus sangat nih?
Qarin kurus :: Camane aku tak kurus, tuan aku sentiasa ingtkan Allah, buat apa saja bace doa, selalu juge berzikir.
Qarin gemuk :: Oh, aku gemuk sbab sentiasa makan dan minom bersama tuan aku..

Lihat! Qarin akan sentiasa melalaikan kita dari mengingati Allah SWT, menyesatkan manusia dan melalaikan manusia. Seronok die dpt makan n minom dengan kite yek. huk3..Juga diberitahu yang kalo kite sentiasa mengamalkan zikir dan beristighfar serta ingt Allah SWT, qarin akan menjauh dan semakin kurus. :)

Qarin hanya akan berpisah dengan 'kembarnya' apabila manusia meninggal dunia.  Qarin akan terus hidup di dunia.  Teringat ustazah cakap, kalo ade orang terserempak ke dengan orang yang dah meninggal dunia, maksudnya itu Qarin dia lah...TAPI kat akhirat nanti dua-dua akan kene panggil dengan Allah SWT untuk diadili seadil2 nya. Dan Qarin ini tidak akan bertanggungjawab atas kerosakan yang telah dibuat oleh manusia semasa hidupnya. "lantak ko la ape nak jadi. bukan aku yg buat" ha, tak ke haru. Padahal die yang sentiasa menyesatkan kita semasa hayat..

Setiap orang itu mempunyai qarin. Maksud qarin di sini ialah syaitan yang sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia. Di antara qarin dan manusia, perbezaannya ialah manusia adalah seumpama bahan tunggangan, manakala qarin (iblis dan syaitan) tadi adalah penunggangnya. Demikianlah, perbandingan yang diberi oleh Rasulullah s.a.w. 

Titibe cam tak sangka pulak ade kan qarin nih. Apepon , jangan stop beribadat dan ingtkan Allah SWT. Insyaallah, diberkati..

Sekian..