CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, February 28, 2012

Seminar Penjanaan Inovasi dan Kreativiti Perkhidmatan Awam Melalui Kumpulan Inovatif dan Kreatif 2012

Semalam (27 Feb 2012, Isnin), saya berpeluang untuk pergi ke Seminar Penjanaan Inovasi dan Kreativiti Perkhidmatan Awam Melalui Kumpulan Inovatif dan Kreatif yang diadakan di Auditorium Tingkat 17, Bangunan Sultan Iskandar (sebelah bangunan opis saye je) anjuran Mampu (Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia) Cawangan Sarawak dan Jabatan Ketua Menteri (Unit Pem0denan Perkhidmatan dan Kualiti (UPPQ)).

Jabatan saya menghantar dua orang wakil iaitu saya dan seorang lagi sahabat saya.  :) Seronok dapat pegi timba ilmu. Pendaftaran bermula pada pukul 2 hingga 2.30 petang manakala majlis pula dirasmikan oleh Ybrs. Tn. Hj. Mohd Shahabuddin bin Omar, Pengarah MAMPU Cawangan Sarawak.  Pada pukul 2.45 petang, taklimat "Inovasi Dalam Perkhidmatan Awam" disampaikan oleh Puan Cornelia Wong Chui dari MAMPU Cawangan Sarawak manakala taklimat "Hala Tuju KIK" disampaikan oleh Encik Dolhadi bin Mazuki yang juga selaku Penyelaras KIK Peringkat Negeri Sarawak.

Tahun 2012 merupakan TAHUN GERAKAN INOVASI NEGARA seperti yang telah diumumkan oleh YAB PM kita semasa bajet dibentangkan pada tahun lepas.   Untuk pengetahuan, inovasi sesebuah negara telah diukur melalui beberapa kategori dan ciri.  Pengukuran tahap inovasi ini telah dibuat oleh INSEAD.  Malaysia menduduki tempat ke 31 dalam senarai negara yang berinovasi daripada 125 negara yang lain.  Malaysia juga terletak di dalam ranking 1 dalam kategori UM (Upper Middle Income) dan ranking ke 8 dalam kategori EAP (East Asia Pacific).

Inovasi dalam sektor atau perkhidmatan awam merangkumi
  • perkhidmatan baharu atau lebih baik
  • inovasi proses perkhidmatan
  • inovasi pentadbiran
  • perubahan yang radikal
  • invoasi konsep
  • inovasi sistem 
Diantara ciri-ciri Kumpulan Inovatif dan Kreatif  (KIK) yang baik yang dapat saya share disini ialah
a] Ketua yang bijak dan ahli yang responsif
b] Projek yang unik dan berimpak tinggi
c] Laporan projek yang bagus dan lengkap

Kekuatan sesebuah projek pula haruslah
a] impak - memberi impak yang besar dalam sesebuah jabatan sebagai contoh penjimatan masa
b] marketable - boleh digunapakai atau diseragamkan oleh agensi lain
c] Unik dan baru - belum dilakukan oleh mana-mana pihak
d] relevan - ia haruslah berkaitan dengan isu global, negara dan semasa

Format markah yang saya dapat bagi tahun 2012 adalah seperti berikut:
  • 30 % - Pemeriksaan data projek KIK
  • 20% - Persembahan projek KIK
  • 40% - Penilaian Projek KIK
  • 10% - Pameran Projek KIK
Secara keseluruhan saya amat berbangga dapat menjadi salah seorang yang terpilih untuk mengikuti seminar ini. 

Semoga kita menjadi seorang pekerja yang berinovasi dan kreatif untuk pembangunan negara. :) Dan penutup taklimat ini buat saya berfikir tentang 5 jenis manusia yang diperkatakan.
1] who see things happen
2] who ask what happen
3] who wonder what happen
4] who make things happen
5] who keep it happening
 dan saya mahu jadi orang seperti di nombor lima itu..InsyaAllah..:)

Sekian...

"What was good YESTERDAY is no longer good TODAY and what is good TODAY can no longer be good TOMORROW"