CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, March 16, 2012

Dalam hidup nih..


Dalam hidup ni, kalau ada ilmu di dada lebih sikit, janganlah nak menongkat langit, nak sombong, nak mendabik dada.  Dah bangga serata alam.  Riak. Takmo pandang langsung orang yang kurang ilmu nya. Baguskah begitu..? 

Dalam hidup nih,  kawan yang baek pada asalnya boleh secara tiba2 jadi lawan. Memang nature human begitu. Dan kawan yang kita tak sangka or tak kenal, meka rupanya adalah orang yang paling rapat dan ada dengan kita masa kita perlukan mereka..

Dalam hidup ni, kita takleh nak buat orang ikut cara kita. Sebab manusia ni unik.  Kita ada cara kita, dan mereka ada cara mereka.  Untuk part kita, why not kita cuba untuk faham orang yang lain dari kita.  Mane tahu itu menyedarkan kita tentang cara kita yang ada kalanya tak boleh diterimapakai langsung.

Dalam hidup nih, tak semua orang kita boleh percaya. Sebab hati manusia lain2.  Mungkin depan kita baek, belakang kita Nauzubillah..

Dalam hidup nih, percakapan haruslah selari dengan perbuatan. Dalam erti kata lain, cakap kene serupa bikin. Sebab, orang memerhati.  Kalau suka nasihat orang, advice orang itu ini tapi diri sendiri tak betul dan tonggang langgang, what for kan? Kalau nak jadi baek, tunjuk contoh teladan yang baek. 

Dalam hidup nih, jangan sebok carik salah orang lain.  Tapi cuba tengok salah anda. Jangan rasa diri anda dah berada kt atas dan orang lain kat bawah, ko boley pijak2 pulak kan? no..itu dah penindasan namanye.  

Dalam hidup nih, kita kena berfikiran terbuka. Terima pendapat orang lain, dengar suara hati orang lain dan cuba faham situasi orang lain walaupun anda tak pernah alaminya. InsyaAllah, anda takkan bermasalah. Kadang2 kita kene terima nasihat dan kritikan orang lain. Bukan ekot kepala sendiri je paham?????

Dalam hidup ni, jangan fikir kita je ada masalah. Ada orang lain lagi yang lagi teruk masalah dari kita..Dan ada juga orang lain tak bernaseb baek dari kita. Jadik, bersyukurlah..

Dalam hidup nih, pedulikan ape orang nak cakap buruk tentang kita. Just pandang depan dan teruskan langkah anda. Orang2 tersayang disisi, doa mereka, dan kawan2 yang baek ada dengan kita. :) Hidup tak dijadikan untuk kita kebelakang, tapi terus maju kedepan..

Sekian..

Just my limapohsen..:P