CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, March 21, 2012

Dugaan demi dugaan..

Assalamualaikum..Sedikit terlewat untuk mengupdate blog yang tak seberapa nih.  Mungkin sebab kurangnya mud untuk menulis.  Dan disini, ingin coretkan sedikit  bingkisan yang ada dalam hati kecil saya setelah mendapat sedikit kekuatan..

Saya penat dan kecewa apabila kehidupan saya disebut dan dikacau serta dipermainkan oleh pihak tertentu.  Serangan psikologi yang pertama yang saya ingat dah setel, rupanya masih berterusan. And I didn't expect that..Serius. Ingatkan hal tu dah setel, tapi...

Allah nak tunjuk sebenarnye kat saya.  Banyak bukti yang Dia bagi. Dan untuk keberapa kalinya, saya kecewa.  Mengapa kehidupan saya masih dikacau.  Tak cukupkah mereka lihat saya cukup menderita sebelum nih? Belum cukup puaskah membinasakan kaum sendiri, saudara sesama Islam sendiri? Saya sebenarnya dah lupa, tapi keadaan yang semakin tegang amat merunsingkan saya sebenarnya.

Keadaan persekitaran yang agak tegang membuatkan saya berfikir, hebat juga penangan si cemburu sehinggakan semua orang percayakannya..:) Dan seorang kawan menasihati, kerana mereka tergolong dalam golongan yang SWEET TALKER gitu..Dan sedikit pelik bila apa yang diperkatakan dipercayai bulat-bulat. Padahal benda itu sebenarnya simple dan dapat difikir oleh akal yang waras.

Seseorang datang menemui anda. Meminta sebuah pertolongan dan anda setuju untuk menolongnya.  Anda meyakinkan si peminta tolong dengan muka yang sangat ikhlas, senyum tak lekang, tapi anda mengutuk dan merungut tentang pertolongan yang anda telah berikan.  Okey kawan2, jenis kawan apekah anda? Adakah anda boleh dianggap sebagai kawan? And yes, itu yang saya alami. Dan saya sedar, selama ni, di depan punya mulut manis, janji tu janji ni tapi...tak baek tu. berdosa. Kalau rasa tanak tolong, jangan tolong. Kalau rasa tak ikhlas, jangan buat.

Saya merindui suami saya. Yang tersangat.  Baru pagi tadi entri keluar pasal ketenangan yang saya dapat. Dan tak lama kemudian, saya ditunjukkan segala 'bukti' yang menguatkan segala terjemahan saya dan cerita2 yang kurang enak didengar. Ya Allah, terduduk saya lagi.  Saya gemar bertanya diri sendiri, mengapa dan mengapa. Dan apa sebabnya. Dan saya tak paham mengapa orang gemar bercakap tentang seseorang yang pada saya takde kaitan dalam hidup mereka. Apekah dosa orang itu sehinggakan semuanya jadi mangsa.? Lucu kan? Jika anda seorang profesional, anda tidak begitu kan?


Tak mengapalah. Mungkin ini dah ditakdirkan. Untuk saya jadi lebih kuat untuk tempuh halangan yang mendatang. Tahun 2012 ini, saya tak mengharapkan apa2 balasan. Sebab seperti ia tak menyebelahi saya. Mungkin Allah uji saya tahun ini untuk beri saya sesuatu kelak. :) Cuma pada masa ini saya mencari kekuatan agar segalanya dipermudahkan. Hidup saya tiada kaitan dengan mereka semua. Biarkan mereka menari selagi termampu dan larat. Lama-lama akan berhenti juga. Cuma berdoa agar diberi kekuatan dariNya.


Saya sedar, sahabat yang baek takkan pergi dari kita tapi akan kekal bersama kita sampai bila2. :) Dan saya kini tahu perbezaan antara sahabat dan kawan. Saya perlu berhati-hati dan alhamdulilah, rupanya rakan yang kita tak sangka akan jadi rapat, mereka lah yang akan bersama kita nanti. :)


Pernah terfikir untuk mintak transfer atau berhenti kerja tapi...ada tanggungjawab lain yang perlu saya selesaikan. Maka, saya perlu hadapai semua nih, telan segalanya demi masa depan kami..Kalaulah dapat diundurkan masa,akan saya perbaiki dari awal dan mungkin saya dah ada disisi suami saya sekarang. :( 


Baek. Itu jelah nak tulis. Cuma menulis apa yang ada di dalam isi hati nurani yang tak seberapa nih.


Reminder tuk diri sendiri dan juga sahabat yang lain :: Tiada kuasa lain yang dapat menandingi kuasaNya melainkan dengan keizinan dariNya. :) 


Semoga saya tabah dan kuat..hoyeh..:)


Notahati  :: Mungkin diantara anda, saya paling teruk diuji tapi ada lagi sebenarnye diuji lagi teruk dan dasyat dari saya. Ini adalah satu proses untuk saya jadi lebih kuat dan kuat. Dan semoga Allah SWT memberi balasan yang setimpal ke atas orang2 yang berniat dan bertanggungjawab atas segala kerosakan yang telah dilakukan..


Sekian..


Wasalam...