CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, March 18, 2012

Rindu itu datang lagi..

Ya, rindu itu datang lagi. Hurm..Kadang-kadang, gembira datang. Dan bila gembira dah bosan, sedih pulak datang menjenguk. Saya tahu kawan2 ambil berat tentang saya, tapi kadang2 saya tak dapat bohong diri saya juga..

Saya rindu suami saya. Sangat! :'( Bila kebizian melanda, saya lupa masalah saya. Dan bila saya kembali keseorangan, ya, saya mesti teringat. Sihatkah suami saya disana. Makan pakainya camane. Rindukah dia pada saya..:( 

Perkahwinan jarak jauh bukan mudah sebenarnya. Dan perkahwinan itu sendiri sebenarnya bukan mudah dan suka2. Mungkin orang lebih memandang kepada keseronokan berkahwin. Mungkin sebab gembira dapat disatukan dengan insan tersayang. Tapi fikirlah tanggungjawab yang akan dipikul, amanah Allah, perjanjian Allah semasa lafaz akad nikah itu. Bukan hanya sekadar akad dan lafaz, tapi disebalik makna itu amat besar..Tanggungjawab sebenarnya. 

Saya memerlukan suami disisi, membimbing saya, tapi apakan daya, tanggungjawab perkhidmatan mengatasi segala2nya. Ada sedikit kecewa di hati saya.  Mungkin saya terpaksa berjauhan dengan suami untuk dua tahun lebih yang mendatang..uwaaa..Saya harap saya kuat.  9 bulan usia perkahwinan kami belum cukup buat saya kuat nak hadapi segalanya.  Saya tahu, ada lagi dugaan lain yang saya kene tempuh kt depan sane tuh..

Dan bermakna saya kene tahan soalan dan perlian dari orang2 kt luar sane tu lah dalam masa dua tahun akan datang. sob sob sob..Bukan kuasa saya untuk menentukan arah idup saya.  Rezeki kami, semua Allah SWT yang tentukan..

Saya tahu ada orang yang diuji lagi teruk dari saya. Tapi buat masa skarang, saya memang sangat teringat kat hubby. :'( Dan saya harap setiap yang saya lakukan suami saya redha. Semua untuk rumahtangga kami.  Saya sayang incik suami lebih dari segalanya.  Saya kawen dengan dia bukan sebab dia seorang Pegawai Tentera tapi sebab dia adalah Mohd Asyrani bin Mhd Khalib. 

Saya berterima kasih dengan Allah SWT sebab temukan kami.  Kenangan perkenalan kami sangat sempoi. :) *Nanti saya cite kt entri lain..* Saya bersyukur, sebab Allah anugerahkan saya sahabat yang memahami. Dorang banyak bagi semangat kat saya. sob sob sob..

Dan malam ni , saya teringat kat hubby. uwaaa..Saya harap dia selamat kt sana. Ada lagi 5 bulan tuk kami bertemu semula..sob sob sob.  Kalau orang lain, tak jumpe hubby satu hari pon dah rindu kan. Bayangkan saya pula. 2 bulan yang lepas saya gembira, kadang2 saya sedih. Itu biasa, perasaan wanita. Sekarang, saya nak hadapi 5 bulan yang mendatang dan 2 tahun yang bakal mencabar saya. Saya berharap ada berita gembira untuk kami. Berada disisi suami adalah perkara paling gembira dalam hidup saya.

Kadang2, ingin jugak nak korbankan kerjaya saya, tapi saya masih ada tanggungjawab dengan keluarga, saya masih perlu menyelesaikan beberapa tanggungjawab.  Saya tak mahu susahkan hubby.  Plus, saya dah biasa pegang duit sendiri. Entahlah, mungkin satu hari bila segalanya selesai, saya akan fikir semula. Bukankah tempat seorang isteri itu disisi suami.?

Sesungguhnya, saya berusaha untuk menjadi isteri terbaik.  Pilu rasa hati bila suami agak kecewa dengan proses perpindahan saya yang tak memihak kepada saya.  Bukan kehendak saya, mungkin Allah belum mengizinkan. Mungkin Allah nak kami perbaiki diri, sebelum menghadapi kehidupan berdua di bawah satu bumbung kelak.  Allah tahu semuanya. Dan i have no idea about that. Hmm. 

Apa yang mampu saya buat ialah doa dan terus berdoa serta masih memerlukan semangat dari rakan2 di sekeliling. Kadang2, saya tak mampu tanggung sorang diri. :(

Ketika dan saat ini, saya tetap merindui dia, suamiku. Dan saya akui, setiap apa yang saya buat, saya mesti teringat kt hubby. Dia tetap dalam hati saya. Sampai bila2..


Papa, ma tunggu papa balik. Ma akan tunggu. Walau lame mane sekalipon. Mama cuba kuat tuk hadapi sume nih. Really love u papa..
Love, 
Wife



Kepada kawan2, budi kalian takkan saya lupa. terima kasih ...

Terima kasih Ya Allah atas segala kurniaanMu..dan terima kasih kerana mendengar isi hatiku..