CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, April 27, 2012

Selamat Hari Ulang Tahun TLDM yang ke 78..:)

Harinih, 27 April, merupakan Hari Ulang Tahun TLDM yang ke 78..:) hoyehhhh!!!

"WARGA BERINOVASI, MENJANA TRANSFORMASI"



Tau tak nape post gini? Sebab imam saya merupakan salah seorang anggota TLDM.hoho..~ Dan saya pula merupakan sebahagian dari mereka walaupun cuma sebagai isteri. :)

Harini penuh kat wall kawan2 Navy ngan wife2 yang wish. :) Menghargai pengorbanan mereka di samudera raya..phewww..gila ah..

Teringin jugak nak pi tengok perbarisan tapi masih belom berkesempatan lagi. huhuhu..Takpe, ade lah nanti tu kan..:)

Teringat hubby nun jauh kat sane..sob sob sob..

Selamat Hari Ulangtahun TLDM yang ke-78..:) Kepada suami tercenta nun jauh kat sane, Asyrani Khalib saya sangat menghargai pengorbanan kamu terhadap negara dan keluarga. Saya sayang kamu hubby! Teruskan berjuang okeh. Saya ada dibelakang kamu papa.! :) Dan kepada semua anggota TLDM, teruskan berjuang. SEDIA BERKORBAN..! 

Unofficial Page :: Navy's Wife member's, proud to be part of them. Teruskan berada di belakang mereka. Suami berkorban nyawa dan tenaga, isteri berkorban jiwa dan raga.:) terima kasih aja saya erti kehidupan seorang isteri Navy. Saya sayang kamu semua~ :)

Saya tak minta untuk menjadi seorang isteri tentera tapi ini jodoh saya. :) Actually, tentera la paling saya nak elak dari kawen. kih3..tup tup, hubby lak ngorat saye..ekekeke..

Saya terima dia bukan sebab die Navy, bukan sebab pangkat dia, tapi sebab dia adalah diri dia sendiri. Dan yes, dia je yang boleh bentuk saya walaupun saya ni dah macam buluh, keras takleh dilentur. Yes, saya degil. Tapi sebab bile ngan hubby pulak saya boleh dengar cakap. cinta? oh oh..hehehe..

Ni la perwiraku..hehehe..tak hemsem tapi manis ada..sayang die sangat2..:)



Meh tengok promo tuk hari navy kali nih..:)



Okeh, kepada sesape yang nak datang tengok kapal secara dekat, ha, ni lah aktiviti yang TLDM anjurkan, Hari Terbuka.

Hari Terbuka TLDM
27 April = 2 petang hingga 6 petang
28 April = 10 pagi hingga 6 petang
Pangkalan TLDM Lumut

Hari Terbuka Pangkalan
28 - 29 April 2012
Pangkalan TLDM Tanjung Gelang
9.00 pagi - 5 petang

Suarasa Tamu Armada
5 Mei 2012
Jam 8 pagi - 10.30 malam
Pangkalan TLDM Kota Kinabalu

*Orang ramai dijemput hadir sebab ade banyak aktiviti yang mereka anjurkan. :) Macam2...jangan lepaskan peluang tuk lihat kapal perang sebab kalo hari biasa takleh masok dan tengok..


Okeh, lagu ni actually dari kecik dah dengar dah. dan memang dah hafal. tatahu kenapa wa boleh hapal pulak. pengaruh tivi kuat nih..Agak2 kalo masok Navy, soh nyanyi kompom wa lepas. kekeke.. Meh hayati lagu nih. Tade sore ek. Ade muzik je. Lirik ade kat bawah tu. 



semboyan angkatan laut kita
di samudera raya
menjaga pantai ibu pertiwi
dari angkara murka
dari barat sampai ke timur
itulah pantai malaysia
tiap saat berjaga
di tengah samudera raya
perwira dan satria
ANGKATAN LAUT DIRAJA


Jadi, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI ULANG TAHUN TLDM YANG KE 78 kepada semua anggota TLDM terutamanya kepada suami tercenta..:) 

SEDIA BERKORBAN...

notakaki :: teringin nak pegi Navy Day tapiii..takde rezeki lagi..huhuhu~