CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, June 10, 2012

Cinta Terpatri, 10.06.2011~



Harini, 10.06.2012, genap setahun usia perkahwinan saya dengan suami tercinta, Mohd Asyrani bin Mhd Khalib. :) Alhamdulilah, walaupun dalam masa setahun ni kami cuma spend time together dalam masa 3 bulan, kami bahagia. :)

Belum dikurniakan zuriat. Mungkin ada hikmahnya. Sebab, Allah SWT tahu percaturan setiap umatnya. kan? Jadi siapalah saya nak menidakkan takdir. Dengan keadaan saya di Kuching, Sarawak dan suami di Kota Kinabalu, Sabah, kami mengharung dugaan perkahwinan jarak jauh dengan tenang walaupun kadang2 ada ombak bergelora. Biasalahkan. Sedangkan lidah lagi tergigit. Dan keluarga kami kedua2nya di KL..huhuhu.

Masa 'dating' kami cuma sekali atau dua kali setahun. Kalau bernasib baek, tiga kali setahun pun dah bersyukur kan? Siapalah tak gembira berjumpa suami tercinta. Dan bila jumpa tu, rasa cam bercinta pulak. Siyes, even masa saya ke KK haritu pon rasa dupdapdupdap.hehehe.auwww...:p

Detik pertemuan kami bermula pada tahun 2009. Kami pada mulanya merupakan rakan sekelas dan sekolah. Imagine yuuu, kami Form 1 dan Form 2, sama kelas. Tapi kami tak penah pulak betegur. Even bila tanya hubby balik, die cakap die tak prasan dan tak ingat. *ele, sombong..:p

Actually, saya aware jugak dengan 'kewujudan' suami saya kat sekolah dulu sebab dia ni aktif PKBM. Saya pulak KRS. Masa tu, PKBM ngan KRS tak brapa ngam la sangat. *kononnye* Saya perasaan hubby saya masa tu tapi takde la menggedik nak tegur2. Sebab masa sekolah saya tak bercinta hoccay..Tak minat. Plus masa tu saya mmg tengah fokus kat badminton. 

Lepas sekolah, memasing buat haluan sendiri. Kami bertemu semula pada majlis perkahwinan seorang sahabat sekolah kami, Linda. Masa tu, memang die dah jadi navy. Kami bertegur macam biasa. Macam saya, saya memang tak lupa kawan. Akan tegur. Dan siyes, niat masa tu memang seronok jumpe kawan2 balik. Sampai kitorang rasa majlis Linda macam reunion kami. hahhaha..Sebab semua kawan2 masa sekolah datang. 

So, kami pon tukar no fon. Masa tu, hubby agak sombong lah. Mungkin sbb die keje navy kot. Ahaks..Lepas tu, memang tak contact dah. Konon je amik no fon tapi tak contact. :P

Zaman berubah, makin canggih. Dari Friendster, pergi ke Myspace pegi ke zaman Facebook. Masa tu Facebook tak brapa glamer sangat. Tapi saya pon tak ketinggalan lah. Orang ade, kite misti ade. Kang kate ketinggalan zaman pulak kan..

Tibe tibe, ceng ceng ceng...

Saya dapat pren req dari seorang yang menggunakan nama DN DNO. Puas la dok pikir, sape kah mamat nih. Sekali dapat message dari inbox. Saya pon klik.

'Weh, aimi. Ni aku lah, Asyrani. Apruf la aku."

Dan saya pon reply,

"Loh. Ko ke. Ingat denosor mane tadi.hahahaha. Yelah, aku apruf"

Tau tak wa orang kedua jadi kawan dia kt pesbuk tu sebab die baru je buat pesbuk. Tu pon kawan die buat. hhahaha..Bangga sat. Sejak pada tu, kami berkawan. Rupenye die nak balik kL dah masa tu.
Die carik kawan sape yang boleh entertain die. Tapi ngape aku? uahahhaha..

Dan kitorang pon tuka no fon. 

And, start juga lepas tuka no fon tu, kitorang bermesej2. *ewahhhh* Sampai la die balik kL. Dia amik kat umah wehhhh..Dan heran juga, mak abah wa rileks je. Mungkin sebab wa cakap kawan skolah dulu kot. 

Dalam kereta, wa potpetpotpet. *ala, pepaham la wa cane kan* Sempat jugak wa tanye, ngapa carik aku kat pesbuk. Nape bukan orang lain. Dia cakap, sebab lame dah carik wa. Dulu masa kat Lumut, die selalu ada game ragbi kat UiTM Seri Iskandar. Dia cakap die carik gak wa. Tapi wa gelak2 je. Wa cakap, student ramai woo, cemane nak carik. Aiyaa.

Sempat jugak wa bom die. 

"Apesal aku mesej ko tak dapat? Ele, sombong."

Hubby pon cakap.."Aku dah tak pakai no tu lagi lah."

"Uh, yelah. Orang ade gupren. Mane nak balas mesej kawan" kataku.

"Aku kalo ade gupren aku tak layan pompuan lain." 

"Kawan pon tabley ke?"

"Malas" 

Eleh. Aku pon mencemik..Ye kan jelah. Lawan ngan tentera ni kang aku gak kalah.

So, malam tu kami pegi karoke beramai2 kat Ampang Park. Dan malam2 yang seterusnya memang kitorang kua dating..Ecececeh..poyos..Tapi reramai hoccay...

Cuak beria2 nyanyi..hubby rileksss..*gambo zaman memude nih..muahahah..

Bunga bunga matahari..ha, kene tempek bunga matahari sebab gambo ni wa tak pakai tudung..hahaha..ni lah gambo kami berdua pirst time masa kua..wa tak rasa pape lagi tapi hubby dah..hhe..tengok muka die kaber macho.lalalala..

Ni pon kene tempek cekak baby. sebab tak pakai tudung..lihat hubby..dia kurus kang..bila stat dengan saya die terus naek mendadak..hehehe..tapii saya tetap sayang dia..:)


Paling wa ingat, malam sebelom dia berangkat pulang ke KK. Kitorang pegi melawat Linda, dia dah bersalin. Alah, masa die kawen dulu kitorang jumpe balik tu ingat x? ha. dia lah..Kitorang pegi lawat dia, tengok anak dia. Masa tu kawan2 lain pon ade datang.

Pastu sume mcm buat muka pelik sebab tengok wa datang ngan dia. 

"Weh, korang ni ade pape ke?" tanyalah sorang kawan aku tu.

"Oh, kalo bdua datang tu ade pape la ek" gegelak aku jawab. 

Masa tengah tengok baby Linda tu, (Adam dah besar dah skang..hheheh), ktorang macam borak2 lah. Pastu Linda pulak..

"Korang ni last2 kawen jugak ni."

Tekejot aku.

"Kawen ngan dia nih? tanak aku.." kate hubby ku dengan sombong..

"Oi, ko tanak aku soploh kali tak hengen. Paling aku tanak kawen ialah dengan tentera ko tau?uwekkk.." aku pulak balas. Sempat jugak la betekak kat situ..

Dorang gegelak dah. 

"Kompom korang kawen nanti nih" kate Linda lagi.

"Ah, malas aku.." kate ku. Aku pon blah gi kat kawan2 pompuan aku..muahahha..:p

Kemuncak cerita cinta ni terjadi bila esoknya dia nak balik KK balik. Memang malam tu kitorang mesej2 la sampai ttido. Wah, hati berbunga riang. Tak penah pulok rasa acamtu kan..

Masa die nak naek flight tu wa sempat pesan.

"Sampai nanti mesej ek.." 

Tapi siyesla. Berat hati betul nak bagi die balik. Sebab die balik cuti tu pon memang spend time sesame. Gila kan..:p

Bila sampai KK je, die terus mesej. Legaaaaa...uhuk uhuk..

tapiii...tapiiii...

Jeng jeng jeng..

Lepas tu die msej, die cakap, ade mende nak cakap ngan wa..Tapi die tanak msej. Dia nak kol..

Wa dah dupdapdupdap..

Lepas wa cakap okay, die pon kol..

Jantong makin laju bila die cakap,

"Sudi tak jadi isteri saya?"

Oh, rasa nak fitamss..Masa tu kitorang tak pakai 'aku-ko' dah weh. Dah tuka jadi saya awak pulak. mengade..hahahahah..

Sebab nak kaber nebes, wa gelak2..

"Jangan main2 la mende2 camni" kataku..ecececeh..tapi takot gak die men2 kan..

"Sirius nih. Kalau tak sudi takpe." ada nada sedih disitu ye kawan2..:p

"Eh, eh. Bukan camtu." wa dah cuak dah.."Saya terima awak. Tapi awak tau ape patot buat kan?" sedikit begetar suaraku. adoii..

Dengar ceria dah suara dia. "okay, tenkiuu awak.."

Rupanya, die dah start rasa lain bila kitorang kua same. Dia cakap, bila tengok wa, die senyumm je. Dan masa tu, 1 Mac 2oo9. huah..gila kan..

Kami plan nak bertunang bulan 6 tahun yang sama tapi memandangkan masa tu mcm sekejap sangat dan pemili wa pon macam tak caye je wa nak kawen kan, so postponed g bulan doblas. Maka tarikh yang terpilih ialah 12.12.2009. *tak sengaja okay ni*

E-day


Akhirnya, setelah menyulam cinta, *amboiii*, kami diijabkabulkan pada tanggal 10.06.2011 dan dengan sekali lafaz, saya Aimi Nadiah binti Ramli sah menjadi isteri kepada Mohd Asyrani bin Mhd Khalib dengan mas kawen sebanyak RM300 tunai..*ekot negeri mas kawen nih*

Nikah...


Agak lame disitu ye kami bertunang. Dan majlis resepsi kami berlangsung pada 11.06.2011 di sebelah perempuan dan 12.06.2011 pula disebelah lelaki.






Esoknye pula, 13.06.2011 pulak hubby dah balik KK okhayyyy..hahahaha..:P Tinggalkan daku keseorangan sebelum wa pulak terbang ke KK pada 16.06.2011 tuk hanimun.hehehe..

Begitulah cerita cinta kami yang biasa2 je..Tapi cukup bermakna. 

Happy Anniversary yang pertama hubbyku. Semoga kita dapat sesame melayari rumahtangga dengan tabah. Sebab perjalanan kita jauh lagi. Saya sayang kamu sangat2..terima kasih jadi suami yang terbaik untuk saya. :) 

Terima kasih juga kepada kengkawan yang mendoakan kami dan bersama memeriahkan lagi majlis pekahwinan kami. 

:)

"A relationship is not based on the length of time you spent together, it's based on the foundation you built together." unknown..

Beberapa fakta mengenai kami :
a] Kami terpaksa berlakon di Facebook seperti rakan biasa untuk mengelak dari diketahui rakan2..*masa tu belom nak declare lagi*

b] Hubby pernah ditegur oleh bos nya sebab lepas balik dari KL *kitorang dah declare dah masa tu* hubby asek pegang hp yang mana sebelum ni dia tak penah hirau kat mane hp nya. *siap sengih2 lagi kalo tengok mesej* dan bos nya berkata, "Teruk ko angau ni. Kawen lah cepat". Lepas kene tegur, hubby okay balik. Terkhayal sekejap katenye..hehehe..

c] Kitorang banyak perbezaan dan selalu bercanggah pendapat. Tapi alhamdulilah, banyak yang boleh terima dah skang.:p

d] Saya pernah merajuk dulu sebab sebenarnye nak uji dia. *masa tu dah rasa lain dah.hahahh* masa tu belom declare. Dan yes, dia pujuk. hihihh..:p

e] Sejak bercinta, bertunang dan berkahwin, purata perjumpaan kami setahun ialah paling banyak pon 3x setahun. hahaha..Dugaan lepas kawen bila dia ditempatkan ke tempat yang takde line. Terputus hubungan komunikasi paling lama, 4 bulan lebih. :p

f] Dan skang, bila jumpa, kami macam bercinta semula.hoho..

Terima kasih Allah kerana mengurniakan saya seorang suami yang baek..:)

Dan kami sedang berusaha untuk duduk sama. Tak larat la dok jejauh nih. Dah setahun , boring dah sorang2. Doakan kami ya..:) 


Jumpa lagi di lain entri. 

daaaa..