CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, July 16, 2012

Dengar ceramah tentang PUASA~

Hari Jumaat arituh, petang ade slot dengan ustaz yang dijemput ke Jabatan wa sempena kedatangan Ramadhan nih. Disebabkan wa agak pree arinih *sila lihat maksud pree dalam kamus wa*, wa pegi lah join, nak dengar. Kadang2 kita kene dengar ceramah untuk tambah ilmu kan? :)

Ustaz Azmi dijemput dan ceramah bermula pada pukul 3 petang. Dan wa nak share beberapa ilmu dengan kengkawan dari apa yang wa dapat dari ceramah tu. Tajuk ceramah tu adelah 'Kedatangan Ramadhan' memandangkan Ramadhan bakal menjelang tak lama lagi.

Berdasarkan Imam Al-Ghazali, beliau berkata, ada 4 perkara yang orang berpuasa tak dapat apa-apa melainkan lapar dan dahaga.

1) Niat tak betol
-bak kata ustaz, kebanyakan orang berpuasa dia nak kurus. Kan dah lain niat tu. Sedangkan bulan Ramadhan adalah bulan yang sepatotnya kita tambah pahala sebaik mungkin dan ambil peluang untuk beribadah. Bukan cakap bulan lain tak perlu buat, tapi Ramadhan adalah bulan yang paling mulia di antara bulan2 yang lain.
-Berdasarkan Mazhab Maliki, seseorang itu dibolehkan berniat sebulan pada malam pertama bulan Ramadhan manakala Mazhab Syafie pula mengatakan perlu niat hari2. Tapi boley digunapakai bagi kedua-dua mazhab.

2) Pelaksanaan tidak mengikut syarat sah batal

3) Tidak mengikut syariat
-tidak menutup aurat

4) Meninggalkan perkara asas
-Solat

2 sumpah Allah kepada orang yang tak solat
1) Hatinya tak akan tenang sampai mati
2) Allah tak izinkan namaNya disebut ketika hendak mati


Sunnah Rasulullah SAW semasa berbuka
-Kurma atau air.

Ustaz membuka ruang untuk sesi soal jawab dan sesorang telah bertanya lebih kurang macam nih.

" Jika melakukan hubungan suami isteri pada malam hari dan tak sempat nak mandi hadas, adakah kita boley berpuasa pada keesokan harinya?"

Lalu, ustaz pon menjawab,

"Boleh terus berpuasa as long as tidak melakukannya di siang hari atau selepas azan subuh. tapi dalam keadan darurat, dibolehkan dengan syarat perlu batalkan puasa dulu. Contoh macam suami dah 8 bulan tak bersama isteri." *yang ni wa gelak.kakakakak*

Meh nak share beberapa perkara yang membatalkan puasa. Ada 7 ye kengkawan.
1) Memasukkan cecair secara sengaja ke dalam rongga
2) Keluar air mani dengan sengaja
3) Muntah dengan sengaja
-Kalo selepas Zuhur, MAKRUH hukumnya berkumur dan menggosok gigi.
4) Makan dan minom dengan sengaja
5) Tidak berniat
6) Bersetubuh
-Walaupun tak keluar air mani
*Bak ustaz cakap, asal celup je "topi keledar" tu, dah kira batal..
7) Murtad

Perkara MAKRUH..
1) Berkumur berlebihan
2) Bercium
3) Menenung isteri dengan rasa berahi
4) Berfikir tentang jimak
5) Berbekang (keluar darah)
6) Bersugi atau mandi berlebihan

Dimaafkan ketika berpuasa
1) Menelan air liur sendiri
2) Muntah dengan tidak sengaja
3) Tertelan nyamuk/lalat
4) Menghidu debu atau bau-bauan
5) Berjunub ketika pagi
6) Bermimpi keluar air mani
7) Makan dan minom dengan tidak sengaja

Ada jugak ustaz cakap,kalo memasak, dibolehkan untuk merasa makanan di hujung lidah sahaja. *bagi yang memasak sahaja ek. dan dengan kuantiti sedikit saje*

Yang ni semua yang wa catit masa ustaz tu bagi ceramah. Bukan pepandai sendirik okay.

Okay, nanti sambong lain..

Babai.~