CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, July 22, 2012

"Mak buat pecal.."

Mak kejam..

Semalam time nak bebuka *kat umah jiran sebelah, anak dara yang jojes*, tepon munyik..

Kua kat skrin..

MAK

eh, mak!

*misti nak wish or nak tanye wa masak ape*

dan betol tekaan wa..

"Berbuka bila mie?" tanya mak di hujung talian..

"kejap lagi mak. 6.50 camtu"

"oh, tak lame lagi lah..masak ape tuk berbuka?"

Wa gelak.."masak kat kedai le mak. kate anak dara.muahahah..nasik kerabu ngan ikan keli masak sambal tu wajib. kui3..*

"sorang ke hape?"

"taklah. dengan anak2 dara sebelah umah nih ha.."

"oh.." kata mak. "mak buat pecal arinih"

Ha, ni yang tamo dengar nih..

"best giler!" wa jerit.

Mak memang kan. SAje je. sobsss~

rindu la masakan mak time berbuka. Meriahnya kitorang sekeluarga kalo berbuka. Walaupun anak mak ngan abah cuma 5 orang tapi kami memang makan manyak seperti ade soploh orang.

Paling takleh lupa mak penah masak nasik goreng cina terbest abad itu. Manyak wo. Macam sekawah.

And mak tahu anak2 dia memang suka makan dan beliau tak pernah gagal memasak setiap kali berbuka walaupun beliau bekerja.

Sobssss~

Kalo Kepong ni sebelah Kuching, tetiap ari aku drive balik umah~

Sobbssssss~

Petang ni wa nak tanye menu meka pulak. muahahha..