CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, July 22, 2012

Syahdu Ramadhan kali ini~

Syahdu sungguh mlm2 Ramadhan kali nih. Tahun ketiga berpuasa di tpt org. Tanpa keluarga disisi. Tahun kedua berpuasa bergelar seorang isteri tapi tanpa suami disisi.

Ramadhan kali ini agak lain. Lebih syahdu dan menusuk kalbu. Sedikit membuat aku smakin sensitif apabila usia perkahwinan menginjak setahun 2 bulan. Belom dikurniakan zuriat.

Aku sunyi. Tanpa suami,keluarga. Serta anak pnyeri rumahtangga. maaf. Dalam kegembiraan melihat rakan2 dikurniakan rezeki itu,aku terpukul. Sebak. Kenapa bukan aku..

Seorang demi seorang Allah kurniakan mereka cahayamata. Tapi tidak aku. cuma terus menanti dan kadang2 hilang kewajaran. Dan berhenti berharap.

Terbayang wajah suami tercinta. Apakah salah kami Allah uji sampai begini. Alhamdulilah,suami xpernah memaksa. Sebab katanya,dlm keadaan kami yg terpaksa berjauhan mungkin menyebabkan rezeki itu belom hadir..

Seronok melihat kawan2 membawa perut yg smakin membesar,zuriat mereka. Tapi..

Setiap kali suami balik menjenguk,stiap kali itulah bahunya xlekang dr airmata isterinya. Tak jemu memujuk. mungkin dia juga merasa sesuatu tp bertabah utk meredakan hati isterinya.

Ada juga yg berani mensajes beberapa produk tanpa segan silu. bukan xmahu mencuba,tp masa kami bersama bukan spt org lain. Allah juga maseh belom perkenankan permintaan kami. Jadi mohon jgn terlalu cpt merumuskan sesuatu. Tapi saya mnerima nasehat dan tips untuk hamil. Bukan dengan mempersendakan saya..

Saya bersyukur,dikurniakan suami yg penyayang dan keluarga yang memahami. Tapi ya,agak terkilan dengan beberapa ahli keluarga yg spt tidak memahami keadaan kami..

Dalam bulan Ramadhan yg mulia ini aku panjatKan doa memohon kekuatan dariNya. Kerana aku dah semakin x mampu menanggung segalanya sorang diri. Ya Allah,lindungi suamiku dan keluargaku serta sahabat2ku. berikan aku kekuatan menghadapi dugaan yg maha hebat dihadapanku. Sesungguhnya aku hanya manusia yang lemah.

Kawan2,doakan kami. Pinta saya,cukuplah kami berjauhan begini. Cukup tersiksa naluri saya sebagai seorang isteri. Kami sedang berusaha untuk duduk bersama,bukan berjauhan begini. Bukan sebab org sekeliling,tp tanggungjawab sy menjaga keperluan suami. Doakan yg terbaek untuk saya kawan2. Hanya Allah mampu membalas kebaikan kalian.

Semoga amalan kita dibulan yg mulia ini diterima Allah SWT. InsyaAllah.

Selamat malam.

Published with Blogger-droid v2.0.6