CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, August 29, 2012

Jaga hati orang, tapi hati kita camane?

Jaga hati semua orang tapi hati kita terluka? Camane tu?

Ha, rasanya semua pernah alami rasa camni kan. Kalau tak, bukan hidup lah namanya tuh. Okeh, first of all, kite sentuh dari beberapa aspek okeh. Dari pelbagai sudut. Dari aspek saya sendirik. TAde kaitan dengan orang lain. Ten tenennnnnn~

Jaga hati kedua orang tua walaupun hati kita terluka. Nampak general dan biasa sebagai anak kan. Tapi big issue tuh. Yes, berdosa kalau kita lukakan hati mereka especially mereka itu ialah ibu dan bapa kita. Takpe, patuhlah kepada kedua ibu bapamu. Nescaya, kamu tergolong dalam anak-anak yang soleh. Kalau cakap pasal pengalaman, yes, mungkin ibu dan bapa saya pernah terasa dengan beberapa perbuatan saya masa zaman jahiliyah dulu. Sebelum terlambat, better mintak maaf. Jadi, alhamdulilah, mereka memaafkan saya. Yang penting kita sebagai anak yang hulur kemaafan. Alah, kalo sebab tak suka boipren or gupren kita, better lupakan. Ikutlah cakap mak bapak anda. Mereka tahu yang terbaik untuk anda . *kachinggg* lagi satu, kalo nak cakap n bagitahu mereka yang kita terluka, jangan tinggi suara. Jaga nada, tone dan pitching. Kang lari piching kang makan lompang kang. :P cayelah, ibu bapa tahu kalau kita sedang terluka. *terluka terpotong jari tu tatahu la pulak kalo tak dok serumah.ngahhaha*

Jaga hati suami. HOhohoiii..ni kalau tak jage ni kompom masok neraka wehhh. Neraka jahannamm..Bila kita sebagai isteri, kita kena taat pada suami. Selagi ianya tidak bertentangan dengan agama. Paham? Agama. So far yang wa tahu, takde pulak kate kalo isteri terluka dek perbuatan suami, suami berdosa tapi kalau suami terluka, yes, terus menerus dosa itu selagi suamimu tidak mengampunkannya. Tak redha weh..Betul. orang cakap, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pulak suami isteri. Ada cara kalau anda nak cakap anda terluka. Merajuklah. Takpun kalau macam wa, wa cakap je, “hubby, saya merajuk nih. Ha haha..cptla pujuk”. Sampai hubby pon malas nak layan. Pastu bile tak layan, wat hal sendiri. Pastu tido. Pastu hubby pujuk. Hahahha..Tapi tapayahlah nak merajuk semedang. Dapat kaki kang. :P Ha, ingat tu para isteri, jaga hati suami, tak kisah la, kita sakit ati camane pon, ingat, Allah janjikan syurga tuk isteri yang taat dan sabar..sod ba roo, sod ba roooo..

Jaga hati isteri. Ha, para suami jangan amik mudah ye. Jangan sebab ingat ko tu suami, ko tak perlu jaga hati isteri ko. Die tu isteri ko. Bukan orang gaji ko. Kekadang dia nak jugak bermanja. Bukan kata2 kasar ko je. Kekadang boley napok lah, suami ni kurang jaga hati isteri. Mungkin sebab deme tahu kot deme tak dosa. TApi wehhh, cer ingat sikit masa korang lafaz akad tu. Tau tak ape maksud akad nikah yang korang bace masa salam ngan tok mudim kadi dulu tu? AKU TERIMA NIKAHNYA tu maksud dalam wooo.. Ingat sikit. KOrang amik anak pompuan pakcik n makcik tu bukan tuk jadi hamba abdi, tapi tuk korang bimbing, sayang sebab dorang tu yang lahirkan zuriat korang. Paham? Jadi, jaga hati isteri anda. SEbab hati wanita serapuh Kristal. Ewahhh..*betol ke nih..ngahahhaha*

Jaga hati kawan. Kawan ni manyak. Kawan baik, kawan biasa, kawan jahat, kawan tak penah jumpa depan mata, kawan pesbuk dan mcm2 kawan lah. Dalam berkawan, kita tau adab berkawan kan. Tak semua benda kite boley bawak gurau. Tak semua benda kita amik mudah. Sebab kita tatahu tahap sensitiviti mereka, apa yang boleh dan tak boley di bawak bergurau. SEbab, mungkin pada kita takde pape, tapi pada mereka, yes, itu soal sensitive. Kalaupun kawan anda tu ta penah jumpa *saya ramai kawan pesbuk tak penah jumpa tapi kami baik2 saja sesame sendiri especially kawan2 dikalangan isteri2 askor*, tak semestinya kita tak patut jaga hati mereka. Mereka kan kawan kita. *tatahu lah kalo ade pulak kawan dengan musuh.nghahaha* Alhamdulilah, mereka semua baik2 saja.:) Kalau pula kita disindir atau diperli dan terasa atas perlian yang amat tajam menusuk jiwa raga tu, pe kate kite cakap leklok yang kita tak suka, yang kita terasa. Kalau tak makan saman jugak, pangggg kan je..haaa..ni makan dia…:p

Jaga hati bos. Yang ni takot orang salah paham. Bukan mengipas ek, tapi kene ingat, bos tu manusia. Dalam hierarki, die tetap bos korang. Selagi dia tegur cara baik, tak maki hamun korang depan kawan2 korang, okay la tuh. Dia tegur bersebab. Supaya kita ni upgrade lagi keje. Dan dia tahu kita boley buat keje. Ni tak, bagi keje sikit, ati terluka. Bagi nasihat sikit, hati terluka. Belum tegur lagi tu. Acane? Walaupun tak semua bos tu baik, tapi ingatlah, cube je buat baik, dengar arahan sebab kang yang teruknya korang ujung tawon. Cuba jadi produktif sikit. Pikir positif. Bila kita jaga hati bos, buat keje dia bagi, cakap elok2 ngan dia, hati dia pon senang. Eh, korang ingat semua bos boley kawan ngan kakitangan bawahan ke? Wa boley potong jari lah. Pandang kita ni sebelah mana pon tak lalu tau dak..

Jaga hati kakitangan. Okeh, ni dah terbalik. Yes, kalau anda bos, boley jaga hati kakitangan seliaan anda tapi berpada. Kalau anda dah terluka dengan kata2 nya, maksudnya apa? * ni kalau dapat kat tentera ni menangis *ada kakitangan e, dia sukahati je nak cakap bos dia. Nak bahasa kan bos dia. Oi, takde bos ko tu takde la ko keje situ paham tak. Kalau dapat bos baik2 tu, sila bersyukur. Nak ekot amarah korang je. Ape, bos tu takde pasaan marah ke. Okeh, ada kakitangan pandai amik hati bos. Dan bos pon pandai amik hati kakitangan. Tapi cuba la berpijak kat bumi yang nyata. Selagi ko keje kat situ, selagi tu lah bos ko. Dan selagi ko bos kat situ, selagi tu lah dia kakitangan ko. So, kalo jadi bos, mulut pon jaga sikit. Nak marah boley, sebab kakitangan pon ade pasaan. Tapi, jangan sampai korang pulak yang kene jaga hati kakitangan padahal korang sakit jiwa tengok pangai mereka yang makin naik lemak dari hari ke hari.

Jadi, jagalah hati semua orang. Kalau xlarat jaga, soh orang lain jaga. Kan senang.OKeh? Peace yaw..

p/s : titibe teringat lagu “Jagalah hati, jangan kau kotori, jagalah hati mentera hidup ini..” auwww..tangan dibahu mata ke atas..



babai~