CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, September 27, 2012

“Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.”


1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT
di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda:
“Tiada si bujang di dalam syurga” (Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin
sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli
syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya
tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada
lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya
masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini akan tetal bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya
suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir
dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir
adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda.
“Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.”

Wallahualam.

sumber : http://1khalifah.wordpress.com