CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, September 20, 2012

Cara jitu nasihat isteri degil..

Time tengah rerehat semalam, dok la bace satu majalah ni dan tertarik dengan satu tajuk yang dikupas iaitu ‘Cara Jitu nasihat isteri degil’ . meh nak kongsi sikit dengan kengkawan yang begelar suami. Isteri pon boley bace..(aku bace ape..haaa). Aku amik poin2 jelah keh. Senang sikit.

Isteri degil bukan bermakna dia tak cintakan suami, mungkin cara dan pendekatan suami perlu diubah mengikut cita rasa isteri.

Suami ego tidak pula beerti dia tak pedulikan isteri, mungkin isteri kene ambil hatinya dulu untuk lemahkan keegoan seorang yang bernama lelaki.

Nasihat untuk bertakwa jarang kita dengar daripada mulut seorang suami zaman sekarang. Padahal takwa itu punca kebaikan pada setiap jiwa manusia.

Jadi cara pertama ialah

1) Penuhi hajat isteri untuk melembutkan hati

Suami memang pandai bagi nasihat tapi isteri sukar tuk terima sebab? Suami pon tak amanah. Kalau wang belanja sentiasa isteri yang sediakan, macam mana isteri boleh terima nasihat suami yang tak mahu beri nafkah? Tunjukkan bahawa anda suami yang bertanggungjawab, barulah isteri akan mendengar nasihat anda.

 

2) Tunjuk dulu baru suruh

Jangan cakap tak serupa bikin, suami suka mengarah begitu dan begini. Kemudian kalau isteri degil tak mahu buat apa yang disuruh dan suami membebel, isteri akan menjauhkan diri. Suami sebenarnya tak sedar yang secara tidak langsung telah memberi contoh yang tak baik kat isteri. Perangai suami yang tak pandai jaga kebersihan, malas beriadah, suka sepahkan barang lama dan tidak tersusun, tak berdisiplin dari segi masa, suka tangguh kerja, tak tepati janji dan kurang sikap amanah sedikit sebanyak mempengaruhi perangai isteri dan anak-anaknya.

 

3) Hubungan indah disemai takwa..

Teguran yang ikhlas akan sampai kepada hati yang ikhlas. Sama juga jika teguran itu semata-mata nak tunjuk ‘taring’ suami maka ia juga akan ditentang dengan segenap kekuatan isteri. Unsur pujukan yang lembut lebih mudah diterima jiwa yang degil dari tengkingan dan ancaman. Tiada sebab seseorang itu memberontak jika disentuh dengan kasih sayang.

Isteri pula jangan tunggu suami sempurna dulu baru nak berubah. Kalau tak sampai bila pon takkan berubah jika takde sifat merendah diri kepada suami. Terimalah nasihat seolah-olah dia ayat yang jatuh dari langit sebagaimana penerimaan isteri-isteri Nabi di atas tunjuk ajar suami.

Oleh, Dr Haji Juanda bin Haji Yaya, Perunding Undang Undang Keluarga Islam
Sumber : Majalah Mingguan Wanita keluaran 14-20 September 2012. m/s 70


Jadi, anda bersetujukah? okeh, babai.

Nota aku : Secara keseluruhan aku bersetuju dengan setiap yang diperkatakan. hehehe..Hakikatnya, aku pon degil. lalalala..semoga suami bersabar dan terus bersabar..*oh...