CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, September 6, 2012

Kelas hujung minggu Kolej Komuniti


Okeh, memandangkan ramai bertanya tentang kelas jahitan baju melayu anjuran Kolej Komuniti yang wa dok pegi arituh, so nak buat sikit entri pasal ni. Sebab wa tak dapat bagi link sebab online pakai fon. Jadi nak share sikit info dan cara nak carik kursus yang ditawarkan kepada orang yang berminat nak g kursus anjuran Kolej Komuniti nih..

Disebabkan yuran dia murah dan ade sijil, juga sesuai untuk wanita bekerjaya macam wa ni sebab kursus dia weekend je, tu yang ramai tanye. Okeh, lets cekidauttt!

Memula pegi kat website nih..


Pastu dia akan kua acamnih..



Pada arrow merah tu, sila masukkan no mykad anda..dan tekan hantar...

Kemudian, ia akan keluar begini..



So, bila dah kua camtu, klik kat yang bertanda kuning tu...then akan kua acam di bawah..


Pilih negeri yang anda nak pegi kursus tu. Wa pilih Sarawak sebab wa duduk kat Sarawak..Okeh, next..



Pilih kolej komuniti yang anda nak pegi..



Pastu dia akan otomatik kua page macam nih..taraaaaa....




Taraaa..keluar dah senarai kursus yang ditawarkan kepada anda..Sila lihat anak panah. Yuran dia cuma berapa ringgit je kan..hoho~

Kalau anda nak pilih kursus, sila tekan pada icon 'pilihan kursus' tu.

Kalau setakat bulan Ogos je yang dorang bukak, boleh kol pusat kolej tu sendiri tanye tentang kursus yang dorang akan bukak.

Okeh, pastu, boleh klik seperti gambo dibawah untuk kemaskini maklumat peribadi anda..:)






Pastu kalo nak semak balik permohonan klik je kat Status Permohonan Anda..



Dan kendian boley logout la..Senang kan.. Cuma login pakai no mykad anda..teng teng teng..



Jadi kepada kengkawan yang rasa berminat boleh lah cer tengok kursus mana yang minat nak pegi. So far saya baru pegi satu kelas. Kelas menjahit baju melayu. dan dah ade sijil pon.

Nak kate pandai tu takde la. Mungkin dah lepas buat baju melayu tuk suami. hihi..Dan saya masih melihat2 kalau ada lagi kursus menarik yang meka tawarkan.

Ape lagi, jom belajar dan tingkatkan ilmu pengetahuan. hoho~

*macam duta kolej komuniti je.hehheh..:P

Jumpa lagi..babai...~