CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, September 21, 2012

Kelulusan tinggi vs kelulusan rendah?

Agak-agak kalau aku proceed ngan topic ni blog aku kene saman tak?ngahahaha..

Entri aku ni umum. Bukan PG18 ek. Ataupun 18SX. Pendapat peribadi si penulis blog yang tak seberapa nih.

Okeh, acamnih. Berkenaan akedemik. Ade orang cakap, kalau tak belajar tinggi, tak boley dapat keje bagus. SEbab hanya orang yang layak dan belajar tetinggi sampai cucur atap tu je yang akan pegang jawatan bebesar.

Aku setuju separuh je. SEbab ye, kalau ekot qualification, orang yang ade higher certificate akan dapat position yang bagus dan bersesuaian dengan dirinya. Tetapi, pernahkan anda terfikir bahawa semua itu perlu hadir bersama pakej2 yang lengkap? Sebagai contoh communication skills, public relation skill dan juga skill2 yang lain yang bisa meng’kill’kan orang lain? Dan adakah sesuai dengan keadaan sector pekerjaan sekarang?

Untuk makluman ,setakat Mei 2012, 76200 siswazah menganggur okeh. SEbab? TIDAK MAHIR dalam mencari pekerjaan..*bukan aku yang cakap, tapi ni statistic dari Jabatan Perangkaan* tak caye meh bace kat sini

Okeh, ai kupas dlu yang isu orang tak belajar tinggi tu ye..

Pada pendapat aku lah, jangan di pandang sebelah mata orang yang hanya ada SPM atau STPM atau Diploma nih. Cuma kene ingat, rezeki tu Allah kasik. Banyak juga aku lihat mereka berjaya dalam kehidupan mereka sendiri. Juga ada yang berjaya menempatkan diri mereka dalam sektor awam lagi. *ko ingat senang nak dapat keje gomen?? * Mereka bermula dari bawah, pengalaman deme kutip tu lagi berguna daripada orang yang masok2 keje fresh macam ikan segar kat pasar tu.

Betol, kalao orang ade Degree atau PHD atau Master tu, akan dapat posisi lagi bagus kan dari orang lain tapi cube bandingkan pengalaman anda dan pengalaman mereka yang bermula dari bawah. Dan kebanyakan mereka yang berjaya itu adelah orang yang mengutip pengalaman dari bawah. Bernilai bukan?

Bercakap pasal isu ini jugak, *sila bace link yang diberi diatas*, siswazah weh. Bukan merendah2kan sesiapa tapi jika pada tahap yang sepatotnya anda berjaya memarketkan diri anda dalam sektor pekerjaan, itu sudah kira bagus.

Juga yang saya tahu, kebanyakan di dalam sektor awam masih ada orang yang mempunyai qualification yang tinggi tapi masih memohon untuk jawatan yang tidak setaraf dengan sijil yang dipegang kerana tidak mampu bersaing.

Jadi, toksah merendah2kan orang yang hanya ada lower qualification sebab anda anda higher qualification. Corak kerja, leadership anda hanya menyumbang sedikit saja daripada akedemik anda.

Alam pekerjaan amat mencabar. TAk sama macam dalam buku yang kita belajar masa kt unibersiti atau kolej2 yang kita bangga sangat dulu.

Saya cuma bercakap berdasarkan pengalaman. Sebab walaupun saya hanya memegang qualification yang tak tinggi atau tak rendah, saya masih mampu besaing dengan beribu-ribu orang yang ingin mendapatkan pekerjaan dan berjaya menempatkan diri di dalam salah sebuah jabatan di sektor awam.

Betol, apa yang anda pegang itu adalah penentu masa depan anda tapi pastikan diri anda dilengkapi dengan segala perisai-perisai dan kebolehan yang dapat membuatkan diri anda ditempatkan di tempat yang sepatotnya. SEbab dalam battle mencari pekerjaan, hanya orang yang betul2 layak akan menang.

Tidak berkata diri saya bagus, tapi at least saya dah cuba macam2 pekerjaan dan yes, itu sangat susah. Menempatkan diri dikalangan orang yang jauh lebih bagus, jauh lebih layak membuatkan diri kita lebih bersemangat untuk bersaing secara sihat.

Doa dari ibu bapa juga salah satu sebab anda berjaya. Tanpa doa mereka, anda tiada pada kedudukan sekarang..kan??

So, bukan sekadar sijil diperlukan tapi kemahiran dan otak yang bijak serta mampu bersaing sangat penting untuk menentukan masa depan anda dan hala tuju.

Pokok pangkal diri sendiri. Kalau tanak fight, better jangan masok battle yang maha hebat diluar sana.

Just my seposen..:p

Ada orang belajar tak pandai, tapi leadership bagus.
Ada orang belajar pandai tapi keje macam tak penah belajar.
Ada orang belajar semata-mata ekot cakap mak ayah tapi takde plan tuk bekerja.
Ada orang pula nak belajar sebab masa depan dia, dia dah atur cantik2..

Jadi, renung-renungkan dan selamat beramal..lalalala..

Babai...

*entri bukak mata..*