CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, September 23, 2012

Misteri : Bunyi apakah itu? (Part 1)

Semalam turn aku keje...
Selalunya sabtu ahad kami bergilir..
Ada jadual yang ditetapkan untuk setiap kakitangan..

Jadi, macam biasa aku pi lah opis dengan gembira plus berserabot..
Dok pikir keje atas meja dah melambai2 soh buat..

Sampai opis, salah sorang kakitangan aku yang sampai awal gitau shutter (binatang yang turun naik macam tutup kedai tu) belom bukak..

"Saya pegi carik Mat dulu puan. Belum dibukak lagi opis nih.." kata beliau lalu menuruni tangga mencari orang yang bernama Mat itu.
Aku pon tunggu la kat kerusi yang disedikan kat luar opis aku tu tuk orang duduk.

Tak lama kendian, Uncle (staf yang aku panggil uncle) tu naik dengan orang yang bernama Mat.

"sorry Puan. Lupa nak bukak" kata Mat.

Aku cakap takpe. Tapi memang kebiasaan dia kalau dia yagn bertugas dia memang akan tunggu kami datang baru dia bukak. 
Untuk keselamatan. *walaupun pintu opis aku pakai thumb print*

Masa dia bukak shutter tu, Uncle jalan dihadapan. 
Terus bukak pintu kaca opis kami.

"memang tak kunci ke pintu ni?" tanye uncle pada Mat.

"Tak. Sebab shutter dh kunci.." jawabnya.

Tu je yang aku dengar perbualan dorang sebab aku dah menonong pegi ke bilik aku yang teletak kat hujung sekali.
Dan aku khusyuk buat keje tak hiraukan ape ape pon. 

Balik keje tu, aku penat yang teramat sangat.
Hajat hati nak tido tapi aku ni mane la reti tido siang..
Dok la berwassap dengan membe aku..
Tiba-tiba mesej masuk..

Uncle?
Aku pelik. 
Staff aku ni kalao takde pape dorang takkan mesej aku pas waktu keje.
Melainkan urgent gila..

Aku bukak mesej.
Dan mesej nye berbunyi begini..

"i ada dengar sesuatu dalam bilik UDL sebelum puan datang pagi tadi. Bunyi macam ada orang berjalan ke arah pintu, buka api (letrik) dan pintu.  Masa tu i sahaja di opis. Mat pon belum bukak shuter lagi. Bunyi apakah itu?"

Bulat mata aku bace mesej tu..
Ngutik ehhh..
 Aku balas..

"tadi ke? tu yang tanye Mat nape tak kunci pintu?"

titibe teringat perbualan mereka pagi tadi..

"Semua berkunci, elok. Hari Isnin i sambung cerita. Bye.."
balas Uncle..

So, kita tunggu sambungannya di hari senin nanti yek...

Tapi faktanya, memang opis kami begitu..

p/s : taip entri kat tempat orang ramai. hahhaha...sebab takot..

Tungguuuuuuuuu~