CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, September 24, 2012

Misteri: Bunyi apakah itu? [Part 2]

Ingat tak entri pasal staff aku yang mesej aku pasal bunyi kat opis yang die dengar tu..

Tak ingat meh bace kat sini.
Okeh..

Seperti yang dijanjikan, Uncle pon bercerita. *sambil tunjuk demo okeh*

Tapi boleh lihat gamba pergerakan bunyi seperti yang didengar oleh beliau.

Uncle datang awal cam biasa kitorang keje hari sabtu ahad.

Sesampainya di atas, dia cuba membukak shuter yang diingatkan tak berkunci.

Tapi tak dapat bukak.

Maksudnya berkunci lah kan.

Pepaham la shuter bunyi macam mane kan.

Macam agak bising.





Kendian, dia dengar seperti orang berjalan menyeret selipar dari arah sofa di ruang tamu.

*boleh lihat gambar di atas*

Dan kendian memetik dua suis lampu.

Dan ke pintu kaca yang berkunci menggunakan thumb print seolah-olah ingin membuka pintu tersebut.

Tik!

Bunyi pintu direlease dari sistem kunci.
Namun tiada apa-apa.

Uncle terus turun ke bawah mencari Mat
Masa nak turun tu lah yang terserempak dengan aku kat tangga.
Aku pulak baru sampai tatahu cerita.
Aku pon tunggu je lah sampai mereka berdua sampai n bukak shuter.
Pastu menonong masuk bilik buat keje sampai kol12 tengahhari.

 
Rupanya Uncle ade cerita dengan sorang lagi kakitangan yang bertugas ngan aku pada hari tersebut.
Tapi dorang tanak cite kat aku.

Sebab?

Aku ni penakot.

 
Bila dia dah cerita tu, memang aku cakap, kalo dengar pape, jangan gtau hari yang sama.
Gitau hari lain.
Wuuu..

Uncle siap cakap,

“Puan, cara dia jalan tu macam puan jalan pakai slipar tu..”

Die tunjuk slipar jepun yang aku pakai selalu kat opis kalo pi toilet..


Selipar pesbuk aku yang jadi mangsa pulak.


HOiii..
Tu takot tau tak..

Cisssss!

Ngahahahha..

Kesimpulannya, dia ada dimana-mana.
Cuma aku harap jangan tunjuk muka or tunjuk diri.
Cukuplah dulu sekali.

Okeh. Seram pulak asa.

Babai..

Part 3 punye mungkin ada..

Tungguuuuuu~