CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, September 28, 2012

Nukilan hati Puan Jojes di hari Jumaat..:)

Salam pagi JUmaat..

Pejam celik pejam celik dah hari Jumaat.
Rasa sekejap je.
Kannn..

Harini sampai awal kat opis.
Tatahu camane boley awal.
Padahal dah TERbangun lambat tadi..

Mungkin Allah permudahkan perjalanan.
Nak carik rezeki.
Niat dah pasang awal2 dari semalam.


Bila tengah drive tu, actually bagi masa tuk kita fikir, muhasabah diri.
Orang cakap aku ni kuat berfikir.
Hubby pon cakap camtu.

Pada aku, sape lagi nak fikir hidup aku, keje aku, segalanya yang aku kene harung kat sini kalau bukan aku..

Kan..

Time tengah fikir-fikir tu, sebenarnye ade gak la sedih.
Kenapa aku kene hadapi life macam nih.
Jauh dengan suami.
Buat segalanya sorang2.
Kat tempat orang lagi.
Yang aku kira asing la.
Pemili pon jaoh..

Bila fikir hal keje, dalam masa 3 tawun ni cukup aja aku macam2.
Keje yang banyak.
Tekanan hehari.
KPI nak kene capai.
Nak pantau kakitangan.
Susah.
Bila orang percaya, kita kene perform.
Bila kita perform, orang mula percaya, orang akan suruh kita je.

Tapi..

Pernah terfikir tuk taknak perform.
Tapi nanti SKT effect.
Lagipun bos bagi arahan, takkan aku nak ignore je.

 
Aku pon dibayar gaji tuk buat keje.
Jalankan tanggungjawab.
Macam yang ada dalam senarai tugas aku yang aku dah sign sampai pencen tu.
*ada 34 tawun lagi sebelum pencen…*

Bila dah kene cope dengan tugasan harian, kene jugak biasakan dengan tugasan sampingan.
Belum dengan karenah kakitangan yang macam2.

 
Bila dah start jatuh, mula la aku rasa frust.
Rasa diri ni tak guna.
Tak mampu nak buat and pikul tanggungjawab tu.
Tapi bila aku fikir balik, aku memang kene kuat.
Kena bertabah..

 
Sebab aku pilih untuk bekerja.
Aku pilih tuk harung semua tekanan.
Walaupun aku ada masalah luar dari keje, aku kene professional.

Actually, keje ni banyak mematangkan aku.
WAlaupun banyak airmata aku dah jatuh, aku kene kuat.
Aku kene tabah.
Sebab, aku pegang tanggungjawab n amanah yang orang bagi kat aku.
Jauh lagi perjalanan keje aku.:)

Bila balik rumah, aku bertukar jadi surirumah tangga.
Sampai umah, aku bergegas ke dapor.
Nak masak tuk dinner.
Mak cakap, sorang pon nak masak.

 
SEbab aku ni kuat makan.
Dan suka makan.
Dan kene makan nasik.
Sebab aku pemakan nasik.
Dan cepat lapaaa…huaahhhh..

Selalunya aku masak simple je.
Hikmah yang aku nampak, bila aku rajin ke dapor dan cuba resipi baru, bila duduk sama nanti aku dah boley masak yang sesedap tuk suami.
Orang jawa cakap, prektis make perfect..hihihhihi..

Banyak jugak aku belajar jadi married bachelor nih.
SEmua aku kene buat sendiri.
Dari A-Z.
SEbab tanggungjawab sume atas bahu aku.
Aku kene make sure rumahtangga aku smooth.
Even nak tuka mentol yang kene pepanjat tu pon aku kene buat..
Nak tuka tong gas pon aku jugak kene buat.
Belum hal kereta lagi.
Kalau rosak ke ape, mmg kene gagah jugak pegi carik mekanik or bengkel.
Atau tanye kat kawan2.
Sebab, aku je yang kene buat. Kan..sape lagi..

Kekadang menitik gak la airmata kenang duduk jauh camni.
Dahlah suami jauh.
TErseksa jiwa raga.
Bende fizikal camni yang keje orang laki pon yang aku rasa tak mampu pon aku kene buat.
Sampai bila dah takde kua airmata n aku tersedar yang memang aku kene harung semua nih.

Planning ape je untuk esok, selalunya malam ni aku dah plan dan atur.
So esok aku tinggal jalankan misi je.
Hehari la camtu.

Cuma..

 
Aku ni jenis cepat jatuh, tapi cepat bangun.
Cepat sedih dan kecewa, tapi cepat gembira.
Senang nak marah, tapi senang jugak nak maafkan.
SEnang menangis, tapi senang nak stop nangis.

Tapi itu lah aku.
Akan buat perkara yang menggembirakan diri sendiri dan rasanya tuk orang lain jugak.

Selalu tekankan kat dalam diri..

 
KUAT DAN BERTABAHLAH WAHAI HATI..


Perjalanan jauh lagi.
Banyak yang nak ditempuh.
Tatahu ape lagi ade kat depan.

Kannn..

Dan bila dah berangan camtu, maka dah sampai pon opis…
Lalalalalala..

 
Terus ke meja kerja dan buat kerja macam biasa sampai abis waktu keje.
Dan itu lah life aku yang tak seberapa nih.

Okeh..

Romantika de amor pulak pepagi ni kan.

Nukilan hati di pagi jumaat.

BAbai..

Selamat bekerja…