CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, September 24, 2012

Oh suamiku sayanggggg~

Sebenarnye masa taip entri ni, aku sesenyum je.
SEbab teringat kat suami aku yang tegas tu.ngahahh..

Takde.
Hari sabtu & ahad lepas, dia nak fly balik KL.
Kawan baik dia kawen.
Nak buat sword bearer tuk kawan dia tu.
Sebab masa kami kawen, kawan dia ada sekali.
So nak balas jasa, dia pon balik kL.

Beliau decide nak balik KL jugak yang pada mulanya dia cakap dia tamo balik sebab ade beberapa kekangan.
Mungkin dia rasa tak best, beliau pon macam biasa akan mintak bini nye yang jojes ini membelikan tiket.
*memang semua urusan tiket dari bab pembelian sampai ke setel memang aku yang buat. SEbab aku tak harap orang lain. Bukan tak harap, tapi tak percaya..*

Actually tiket pegi mmg dah beli awal2 lagi.
Tinggal tiket balik jelah.
So, aku pon membuat kerja aku seperti yang diarahkan beliau.

Dan opkos la kan kalau aku yang beli & pakai id aku, email pon mesti aku.
So, itenerary tu akan dihantar ke email aku.
*bukan tanak letak email dia, takot kang dia tak bukak, pastu dia tanye aku balik..*
So for safety, ape2 pon aku akan anta cc ke email gmail yang aku boleh access dari fon cokia nih..

Hari itu hari jumaat.
Aku mmg dah sesiap print itinerary beliau tuk pergi dan pulang.
Pada mulanya aku rasa malas nak bawak balik.
Tapi takot details tu aku tak simpan dalam fon.
jadi aku bawak la balik yang aku dh print tu.
Semua details ada..

Malam tu, aku dah remind dia.
Kemas beg, make sure semua ada.
TErmasuk flight dia yang seawal 6 pagi itu.
So mmg dia kene ada kt epot before kul5 pagi lah.
So gedebak gedebuk kul3 dh kene gerak dari base.

Aku tanye beliau kekalau aku nak kejutkan dia ke tido nanti.
Beliau pon kate tapayah.
So aku boley tido dengan nyenyak la.
Tapi dah naluri bini tu kan, mmg tak boley tido.
Risau je beliau tertinggal flight.
Dan aku pon tak tido la dengan nyenyaknye.

Tup tup weh..
Aku terjaga kul3 pagi.
Selalunye aku memang akan pegi toilet.
Tetiap malam kompom bangun 2 3 kali tuk g toilet.

Aku pon dail nombor beliau.
Hellooo..
Ceria betol suara..

"Mangun papa..SEsiap pegi epot.." kata aku dalam nada ngantok.

"Okeh..tak tido pon.." kata beliau.

Aku tekejot. Eh, apesal tak tido pulak..

Dia cakap takot telepas atau tak bangun..

Okehla..aku letak tepon.

Pastu , ah sudah.
Aku tabley tido dah.
Puas dah golek sana golek sini.
Tak jugak mo tido.
Last2 bukak pesbuk.
Tapi ta best takde orang online.

Sampai epot beliau roger.
Aku pon cakap okeyla..

Tak lama tu, beliau kol.

"Yayang, mintak no e-ticket.." kata beliau.

"Eh, aritu mama dah bagi detail semua kan.." balas aku.

"Ala, bagi jelah.." beliau dah mula nak bengang.

Aku lagi la nak bengang.
Nasib baik aku bijak sikit je..
Aku selongkar beg galas aku tu carik detail flight yang aku dah print tu.
And aku gitau semua nye.

Pastu dah okey senyap pulak. ADesss..
Last2, aku tunggu je lah sampai dia naek flight, takot takot ape2 jadi kan.

Pastu aku golek2 lagi tunggu subuh, pastu aku bangun kemas umah sikit
SEbabnye aku keje hari sabtu tu tau dak..

Sampai opis aku dah lemau sikit.
Tapi kuatkan semangat.
Dan minom kupi kapucinooooo..
Baru lah bertenaga.

Alahai suamiku sayang.
Manje nye..
Hik3.. 



Ni dia nk balik KK malam ni ni.
Memang aku nak standby je nih.
Kompom macam arituh..

Suamiku oh suamiku sayang..

Apapon, mama tetap sayang papa okeh..

Love to be with you...:)