CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, September 15, 2012

Proposal TAK LULUS..

Makin hari makin fedap dengan servis broadband salah satu syarikat telekomunikasi ni. Nak kata area rumah aku ni ceruk pedalaman, kat bandor. Tapi servis mengalahkan aku ade kat tempat yang langsung takde line!

Pulak tu, termengamok pulak kat dinding pesbuk pasal line telefon n bodben servis meka. Sebab dah hilang sabar dah. Orang kol aku asek tak dapat. Masuk voicemail. Tak pasal2 orang cakap aku off hp padahal aku tak dapat sebarang ringing pon. Menyampah betol.
Tu satu hal lah. Dahla kat umah je aku boley melayari internet tanpa gangguan. Time tu pulak nak buat hal..eii..makin la memuncak kemarahan dan kemenyampahan aku ni kan. Kalau pakai prepaid xkisah la. Ni aku pakai bil. Marah ni marah nih..
Konon je tagline nak gempak. Tapi hampes..

Kemenyampahan ini diajukan kepada beliau selaku ketua keluarga. Aku sebagai pihak pencadang mengacukan cadangan yang amat bernas dan bijak iaitu memohon pemasangan percuma wifi dirumah daripada pakai berukben yang laju mcm sipot tu tapi dengan syarat tutup estro sebab aku bukan tengok tivi sangat pon. dan feedback nye adalah seperti berikut..

“Mama pakai internet tu nak buat ape sebenarnye?” 

Soklan cepukcemas diajukan semula kepada aku. Aku kebil2..

“Tuk pesbuk je kan. Ngan update blog..” 

Eh..dia tanye dia jawab pulak..Aku angguk2 geleng2. Lalu menyambung..

“Kadang2 mama donlod lagu. Ma suka simpan lagu..” balasku sambil senyum. Dalam hati berharap agar proposal itu diluluskan oleh kabinet dapor

“rugi lah ma cmtu. Lain la mama bla bla bla..” hubby menyatakan hujahnye..

“tapi mama tutup la estro. Ma bukan tengok tivi sangat pon. Boley tak pa??” 

nak pujuk lagi tu..

“takyah la ma. Bia je estro tu. Pakai bodben. Lagipun simkad mama kan mmg dah ade internet kan”

Ha..maksudnya disini ialah TAK LULUS..!
Hah. Bila proposal tak diluluskan, aku terima saje. Tak kisahlah. Betul juga kata hubby. Aku online pon tuk pesbuk, update blog n kekadang donlod lagu. Aku bukan suke main game pon. Game kekanak boley la..sebab aku ni penakot. Kalo men game kan mati mati. Pastu kalah. Tak suke kalah. Nak menang je.lalalalal.. 

Jadi, proposal wifi tu TAK LULUS..diulang..TAK LULUS..

Maka dengan ini, saya hanya online menggunakan broadband..yang ‘sangat laju’..takpelah. nanti submit lagi proposal. Ne tau lulus..

Terima kasih ****** sebab servis anda memang terbaek..pui..