CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, September 20, 2012

Sungguh menakutkan!

Pada suatu hari, sedang enak didapor memasak lauk tengahhari, titibe nampak macam dua lelaki berlari-larian macam dikejar sesuatu. Dan tak lama kemudian, seorang lelaki dan beberapa juga orang lelaki bertanya kepada aku..

“Ada Nampak dua lelaki lari kat sini tadi ke?”

“ada. Kesana..” kataku sambil menunjukkan ke arah sana.

“terima kasih. Mereka tu perompak. Baru je merompak rumah ujung tadi. Berani betol merompak siang2 hari nih. Kakak hati2 e..” katanya lelaki itu.

Mungkin mereka ni JKKKK kot..aku pon hanya mengangguk dan mereka berlalu pergi mencari dua orang lelaki tersebut.

Tinggal satu lagi lauk aku kene masak. Baru nak menoleh kekiri, tiba2 aku rasa macam ada pisau kat leher. Eh, bukan pisau, pedang!!

“jangan bergerak..!”

Aku dengar suara lelaki kat belakang aku. Bila aku menoleh, Ya Allah, rasa nak pengsan aku. Bukan sorang, tapi dua orang lelaki tengah pegang parang. Sorang lagi pegang tangan aku. Aku terkesima.

“ko diam e. Kalo tak aku parangkan ko..” kate lelaki yang pegang pedang tu..

Aku cuba capai pisau n sodep n ape je yang boley aku gunakan tuk ketuk dorang tapi tak sampai.

Dan yang mengejutkan, aku cuba menjerit tapi langsung tak kua suara. Dalam hati aku cakap, Ya Allah, nape aku yang kene camni..

Lelaki sorang lagi tu tarik aku masok stor dan tolak aku sampai jatoh. Dia start bukak baju n seluar dia. Pale hotak! Dia nak rogol aku..Aku jerit still tak kua suara. Masa begelut dengan dia, aku siku die pakai siku aku yang tajam tu. Banyak kali jugak aku tolak2 pakai siku. Ternyata sedikit berhasil. Lelaki sorang lagi mungkin tengah selongkar bilik tidur aku nak carik barang2 lain.

Aku siku laju-laju. Kene kat perut. Mengaduh jugak si perompak durjana tu. Sekali aku hayun bagi sikuan padu kat dada dia..

Krakkkkk..

Eh, sakitnya..*aku pulak yang sakit* keras jugak dada perompak jahanam nih..

Dan..

Aku terjaga. Rupanya aku dok siku dinding. Uwaaaa..sakitttt..

Tapi aku bersyukur, itu semua hanya mimpi. Gila kalo bebetol. Dan aku terus tak dapat tidur lepastu sebab takot sangat. Uwaa..tak penah mimpi kene rogol. Titibe je jadi camni.

Akibat dari hentakan kuat siku di dinding, lebam sikit la siku aku. Huaaa..tapi tak kisahlah. Pinggang aku pon sakit jugak sebab konon2 begelut ngan perampok tu konon-kononnye. Huaawaa..

Tau tak IA AMAT MENAKUTKANNNN!!!

Dan sumpah pasni, aku akan pertingkatkan keselamatan di rumah. Balik keje je aku akan terus kunci grill tu. Sob sob..

Mujur ia cuma MIMPI…

Babai…