CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, September 6, 2012

Terima kasih suami..:)

Ingin ditekankan tuk ke berapa kalinya, bahawa sebarang rezeki yang diberi itu adalah kuasa Allah Yang Maha Esa. Siapalah kita untuk mempersoalkannya kan..

Dua tiga hari nih, *minggu lah kan*, aku mengalami tekanan emosi dan perasaan yang amat teruk sampai boleh dengar bisikan bisikan syaiton yang buat aku nak mengamok je. Siyes, ni kali kedua sepanjang wa idop berseorangan berjauhan dengan suami tercinta. Menangis tiba2, dan rasa dendam sangat kat dalam hati nih. SEnang cakap, nak mengamok je.

Benda ni disuarakan kepada suami. Telahan aku, aku dah kuat nak hadapi menda2 cmni. Tak larat dah nak jaoh dengan suami. Penat. SEdih. Cemburu.

Dan semalam, suami mengeluarkan ayat-ayat yang comel untuk menenangkan hati si isteri yang gundah gulana ini dan sering sakit sakit..sob sob..dan juga ia buat aku berfikir, dan sedar dari asek nak mengamok dan emosi yang inilah sebenarnye hikmahnya..


“Kalau nak difikirkan, syukur kita tak dikurniakan anak lagi. Kalau mama mengandung lagi senang penyakit nak serang. Kalau ma sensorang sakit macam2, semua sakit nanti. Kalau dah berisi lagi pening papa jadinya fikir mama n kandungan. Maybe itulah hikmahnya..”

 
Yes, Sirius. Aku nangis.


“Cuba ma fikir, kalau ma sendiri senang sakit, kalau berisi nanti macamane. Anak dalam kandungan lagi lemah..Keselamatan ma mungkin terjejas jugak..Jadi, biar Allah bagi ma sihat betol2 baru ada isi keh..:)”


Aku nangis lagi..Bukan merancang atau tidak besedia, tapi lebih kepada kebaikan yang beliau nampak. Syahdu betol ayat suami aku nak tenangkan aku yang tertekan dengan semua nih. Dia Cuma tanak aku sakit dalam keadaan dia takde kat sisi aku. Dari sudut hati dia, biarlah aku ade kat sisi dia, supaya senang dia jaga aku. Betol, kebelakangan ni, asek saket memanjang. Demam tak kebah2 ni ha. Risau sudah dia.

Pastu dah janji nak pi buat medical checkup tuk tahu apa masalah aku sebenarnye. Dulu tak camni. CArgas sentiasa. Bila fikir balik, aku tau, suami Cuma nak yang terbaik. Dan tanak jadi apa2 kat aku dalam masa kami jauh camni. Keluarga pon jauh.

Mungkin itu yang Allah cuba aku fikir tapi dek kerana emosi dan syaiton berbisik2, aku lupa hikmah tu. Aku tau, bukan suami aku je yang fikir camtu, tapi kawan2 yang paham keadaan kami. Mereka jugak risau kalau aku sorang2 bawak kandungan tanpa ada sesiapa kat sisi.

Dan aku pon tak sangka kenapa aku tiba2 tak kuat mcam selalu. Kali ni memang terkesan. Kalau sebelum ni aku boley abaikan mende 'sampah' yang 'menjatuhkan' aku, nape tak kali nih. Mungkin sisa kekuatan aku tu dah takde. sob sob..

Hurm..aku Cuma wanita biasa..jadi, nak titipkan lirik lagu yang aku rasa betol, dari pandangan aku sebagi seorang wanita..


Terima kasih suami..



Aku ini wanita biasa

Bisa sakit luka karena cinta

Dingin sepi kerap menyapa

Air mata jatuh lukisan raga

Kadang ku kuat setegar karang

Kadang ku rapuh lemah liar merana

[chorus1]

Maafkan aku bila hasratku keliru

Sulut gairah jiwamu

Ku yang dosakan cinta kekasih

Maafkan aku bila hasratku keliru

Sulut gairah jiwamu

Ku yang dosakan cinta kekasih hatiku

Kekasih hatiku maafkan aku

Aku wanita biasa

Dingin sepi kerap menyapa

Air mata jatuh lukisan raga

Kadang ku kuat setegar karang

Kadang ku rapuh lemah liar merana

[chorus2]

Maafkan aku bila hasratku keliru

Sulut gairah jiwamu

Ku yang dosakan cinta kekasih

Maafkan aku bila hasratku keliru

Sulut gairah jiwamu

Ku yang dosakan cinta kekasih

Hatiku… maafkan aku..


 
Aku wanita LUAR biasa…