CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, October 20, 2012

mengapa begini..

Terbaca entri Nasha tadi..
Tapi siyes..
Rasa macam ape beliau rasa..

Dua tiga harini, aku jadi sangat sensitif..
Yes..
Semalam, TERnangis..
sebab..
aku kecewa sangat..
Dengan life aku..

Pandangan masyarakat terhadap aku..
Gembira tengok orang post pasal baby derang..
Walaopon dalam hati aku, Allah je tawu..
Melihat kawan-kawan yang dah peknen..
Buat aku makin tertekan..
Kenapa Allah belom bagi rezeki itu..
Ape salah aku..

Mungkin ada yang membuat andaian macam2 tentang aku..
Ape lagi aku mampu buat..
Allah dah tentukan begini..

Amazingly, semalam, aku boleh tenang bila ade sesuatu yang sangat mengejutkan berlaku..
Selalu memang mengamok terus..
Tapi bila sorang, aku mmg tak mampu nak tahan..
Duduk atas sejadah je nangis..
Aku nak luah kat sape?
Suami?
No komen..

Ade seorang dari rakan pesbuk ade tanye..
"aku tengok ko macam tak kawen je mi. tp aku salute dengan ko. ko sangat bertabah.."
Ape aku nak cakap lagi..
Senyum saje tengok ayat dia..

Macam2 aku hadapi sorang2 kat sini..
Tak mintak wang ringgit yang banyak tapi cukuplah perhatian..
Tak perlukan kemarahan, tapi belaian kasih sayang..
Kadang-kadang, rasa macam tak mampu nak tanggung sorang..

 Aku cuma perlukan orang tuk dengar masalah aku..
Share masalah..
Bukan menyalahkan aku dan campak semua kat bahu aku..

Bila kita harapkan seseorang, dan dia tak perform, itu buat kita kecewa.
Brapa banyak airmata dah tumpah..
tapi aku kuatkan semangat..
Aku buat semuanya sendirik..
Nak mengadu, jauh sekali..

Jadi aku pendam..
Sedih, memang sedih..
Ni rupanya indahnya perkahwinan..

Skang ni, aku cuma buat mende yang aku rasa happy..
Aku memang kecewa..
dengan apa yang aku hadapi sekarang..

tanpa henti diuji..
Sampaikan airmata aku dah kering..
Orang cakap senang..
Sabar..bertabah..
Tapi tak 100% ape yang aku lalui korang betol2 paham..
Aku yang hadap semua nih..
Cuma dapat share macam ni..
Hakikatnya aku yang harung..

Aku tau aku belom diberi rezeki itu, tapi tak perlu bercakap seolah-olah kita takde agama..
Aku tau korang semua dah rasa dan gembira dengan kehidupan masing-masing..
Tapi..
Kadang-kadang, hormat sensitiviti sesetengah orang..
Berapa ramai yang belom concieve..
yang teringin nak ada anak sendirik...

Yes, aku mengaku..
Aku ada BANYAK masalah..
Yang aku memang kene hadapi sorang diri..
tapi aku tau Allah ada dengan aku..

Brapa ramai yang time senang dan susah nak dengan kita.?
Masa ni lah kita nampak kan..
Jadi, aku senang dengan kehidupan aku skang..
tak terlalu visible dengan ramai orang..
Biar aku dengan dunia aku..

Cuma..
aku selalu pinta kat Dia..
Kalau hanya dengan kehadiran anak dalam hidup aku mampu buat aku lebih bertabah, aku mohon Dia kabulkan permintaan aku..
Mungkin dengan cara itu, aku lebih tenang dan bahagia..

Huah..
*kesat air mata*

first entri yang dibuat khas dari lubuk hati aku..
Tak semestinya orang yang kita tengok sentiasa senyum dan gembira tu, dia takde masalah kan...

 Aku bersedia dengan segala kemungkinan..
Mungkin ini takdir aku..

doakan saya kawan-kawan..
Saya tak cukup kuat..