CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, November 1, 2012

Kajian semula skim gaji : Ada, syukur. Takde, tak pula meminta~

Pagi tadi, acam biasa, pi keje dengar hot fm.
kan ade berita pagi tu kan..
Titibe dengar pasal kajian semula gaji penjawat awam..
Aku ni dah la pening2 lagi..
Bangun mengejut..
So, takde la amik kisah sangat..
Pehtu sampai opis bebudak ni bercerita pulak pasal tu.
Katenye, ade 6 lagi perkara yang disembunyikan yang khas tuk penjawat awam tu..

Aku ni siyes la..
tak kisah sangat pasal gaji nih..
Bukan pe, asal ade gaji pon dah cukup syukur..
Tapi kalo ada lagi tuk penjawat awam mcam yang diwar2kan tu, lagi bersyukur.
Orang cakap, ada, ada lah.
Takde, takde lah nk meminta..

Pehtu, terjumpa ni masa bukak blog.
Kat blog CEUPACS..


01 November 2012
KERAJAAN KAJI SEMULA SKIM GAJI PENJAWAT AWAM MULAI TAHUN DEPAN
Bernama
31/10/2012

MELAKA, 31 Okt (Bernama) -- Kerajaan akan mengkaji semula skim gaji penjawat awam termasuk kenaikan tahunan sehingga lima peratus bermula tahun depan.

Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata kajian itu bagi membantu penjawat awam menangani masalah kos hidup yang semakin meningkat.

"Kita akan mengambil kira mungkin mengikut kategori, kalau lima peratus itu untuk kategori yang teratas terlalu tinggi dan kita akan menyelaraskan semula," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama 500 penjawat awam dan Anugerah Inovasi Sektor Awam di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, Rabu.

Beliau berkata kajian berkenaan juga akan meneliti segala aspek bagi memastikan setiap penjawat awam mendapat manfaat daripada pelaksanaan skim gaji berkenaan termasuk isu penjawat awam yang menerima tangga gaji maksimum.
Ali berkata pihaknya turut mengambil kira kajian yang dibuat Suruhanjaya Khas Tranformasi Perkhidmatan Awam yang akan membentangkan laporan penuh kepada kerajaan pada akhir tahun ini.

"Buat masa ini suruhanjaya berkenaan sedang membuat kajian menyeluruh berhubung sektor awam di negara ini, kita akan ambil isu kenaikan gaji ini jika ia ada termaktub dalam kajian itu, namun jika tidak ada isu (kenaikan gaji) dalam laporan itu, kita akan mulakan kajian mengenainya pada tahun depan," katanya.

-- BERNAMA

Hmmm..
Apepon kita tunggu ape perkembangan terkini nanti..

macam aku cakap tadi, kalau ada, ada lah.
Kalau takde, tak pulak nak mintak2..
cuma selalu tanam dalam diri, SYUKUR~ :)