CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, November 14, 2012

Weirdest Wednesday :: Bagaimana penerimaan terhadap sesuatu?auww..sangat sesuatu~

Aku disapa seorang sahabat. Yang mengatakan kekecewaan beliau dalam rumahtangga.
Aku bukan pakar kaunseling atau orang yang bertauliah dalam hal-hal macam nih.
Cuma aku hanya seorang kawan yang boleh mendengar masalah kengkawan.

Kahwin atas dasar cinta.
Cinta tu kasih sayang.
Kasih sayang perlu ada percaya.
Jadi, dalam hal kawan aku, beliau teramat kecewa.
Entahlah.
Aku mungkin tak dapat rasai pasaan sebenar tapi aku jugak pernah dikhianati, ditipu.
Tapi, Cuma boleh teruskan hidup.

Cinta, kasih sayang beliau hancur bila diketahui suami berkahwin lain.
Persoalan beliau, kenapa dia tidak diberitahu awal2 dan mengapa begini cara beliau mengetahui tentang itu.
SAbarlah sahabat..

Persoalan yang sering ada dalam kepala aku bila sesuatu terjadi.
Dalam situasi pertama, bersediakah anda menerima sebarang kemungkinan seperti ini dengan memberitahu hal sebenar?
Tak semua kita boleh terima hakikat sebenar wahai sahabatku.
Ada orang memilih untuk mengetahui kebenaran dengan pengakuan sebenar.
Tetapi ada orang lebih suka buat tatahu dan akhirnya akan dapat tahu dari pihak lain.
Tapi dedua tu impaknya sama.

Dalam bahasa mudahnya begini.
Kalau aku cakap pon dia tak terima, tak cakap pon dia tak terima.
Jadi, apa pilihan yang ada..?

Dalam situasi sahabat aku ini, sang suami mungkin takmahu melukakan hati isterinya.
JIka diberitahu pon akan terluka, jika tak diberitahu pon akan turut terluka.
Jadi, suami beliau hanya mendiamkan diri..
*pehtu nak pelik. Nak kawen dua tak payah mintak isteri pertama sain pa pe borang ke?

Aku hanya mampu mohon beliau bersabar.
Itu yang aku terdaya setakat nih.
Takot lebih2 nanti dikata campur tangan pula.

Situasi ni pon kekadang terjadi di kehidupan seharian.
Macam-macam kalau kita relate kan dengan kehidupan seharian kita.
Keje, kawan-kawan, keluarga..
Kan..

Juga soal penerimaan terhadap sesuatu juga turut terlibat sama dalam masalah macam nih.
Penerima sesuatu pihak terhadap sesuatu yang memudaratkan atau meninggalkan kesan yang mendalam terhadap dirinya.

Dalam pergaulan sesame rakan, tak semua mereka menerima kita seadanya.
Tak semua boleh masuk dengan kepala kita.
Kan..

Juga, ada kalanya manyak makan hati dengan perangai yang tak berapa digemari.
Tapi bila difikirkan sahabat, kita lebih manyak diam.
Sebab kita tahu penerimaan sahabat kita macam mana kalau kita dok sembang pasal perangai dia yang kita tak berapa gemar tu kan..
Dan mula menjauh serta akhirnya takmo kawan.
Kan dah putuskan silaturrahim tu..

 
Juga dalam sesame kakitangan dan skop kerja.
Tak semua boleh terima teguran dari pegawai atasan.
Tak semua boleh terima saingan dari sesame rakan.
Sebab kita selalu rasa kita hebat.
Kita rasa kita bagus dari rakan kita.
Kita rasa kita dah perform gegila.
Tapi untuk menjadi manusia yang cemerlang, bukan diri kita yang evaluate diri kita sendirik.
Kawan-kawan sekerja, bos bos dan juga orang-orang sekeliling yang berada kat keliling kita.
Macam saya cakap tadi..
Penerimaan..
See..

Dalam kehidupan ada give and take.
Dalam perkahwinan khususnya..
Perlu menerima seadaanya pasangan kita.
Sebab dia lah yang akan hidup dengan kita insyaAllah hingga akhir hayat.
Kalau at first place kita tak terima cara hidup dia, perangai dia, cer tanye kat diri balik, kenapa kita pilih dia jadi pasangan hidup?
Yes. Setahun pertama mungkin banyak yang kita perlu cope..
Selalunya wanita yang akan cuba atau ambik inisiatif tuk cope dengan keadaan dalam perkahwinan.
Maaf, tapi ini reality.

Kadang-kadang bila dah kahwin baru rasa “oh, dia bukan soulmate aku..”
SEbab?
Banyak mende yang kita tak cuba terima.
Tapi kita asek salahkan sebelah pihak.
Tanpa tengok juga apa kekurangan kita..

Dalam keadaan sahabat aku, beliau lebih berasa rendah diri dan kekurangan.
Walaupun pada hakikatnya tiada apa yang kurang dalam hidupnya.
Tapi bila kepercayaan dah hilang, inilah kan akibatnya.
Kita akan jadi tersangat rendah diri dan tak guna.
Mohon kekuatan untuk sahabat aku nun disana.
Bertabahlah sahabat.
Kadang-kadang penerimaan itu pahit tuk kita terima.

Jadi, sebelum kita tuding jari tuk salahkan sebelah pihak, baik kita diri depan cermin.
Tengok diri kita atas bawah.
Apa yang kita perlu buat tuk baiki kelemahan.
Apa yang kita perlu buat tuk overcome masalah kita senirik.
Dan juga apa cara penerimaan kita terhadap sesuatu sebelum kita tuding jari kat orang lain yang kononnya tak menghargai kita.

Bak kata salah seorang sahabat di pesbuk, musuh kita bukan orang lain, tapi diri kita sendirik.

Jadi, fight your negativity and replace it with positive attitude.
 
Just my seposen dikongsi hari ini..

Orang cakap wordless Wednesday aku pulak sebok weirdest Wednesday.

Muahahhahaha~

 
Okeh, babai~