CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, January 18, 2013

Apa yang anda tahu tentang seorang ayah..

Sharing sesuatu yang berguna dengan rakan2 belog...
Serius, ini sedih..
Teringat abah kat kL..
meh baca dulu..
baru anda tahu dan faham..

 
APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH

✔ Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah
yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

✔ Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita.. Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

✔ Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

✔ Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

✔ Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya... Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

✔ Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar.. Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya.. Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

✔ Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

✔ Apa kita tahu, bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

✔ Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia.. Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik.. Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

✔ Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk.. Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..


Ayah, abah, papa, babah, daddy, abi..
ape pon panggilan, meka adalah bapa kita..
kan..

okeh..
ini entri tacings..

cepat la bulan dua..
nak balik..uwaaaa~ 
siyes nangis...

masa nak mintak kawen dulu, abah sangat susah menyatakan persetujuan dia..
tak semua calon lepas tapisan dia okeh..
tak semua yang aku kenalkan dia setuju..
kalo jiwa remaja dulu, memang memberontak..
tapi skarang, baru aku sedar..
dan paham..
terima kasih abah!
sebab dia nak yang terbaik utk anak perempuan dia nih..
ya Allah~ 

 hemsem kan bapak saya..
tingat masa lafaz akad nikah oleh suami..
sah saje akadnya, lihat wajah abah...
gembira dalam risau..


mampukah suaminya menjaga anak perempuan ku seperti aku menjaganya..
mampukah suaminya melindungi anak perempuanku seperti aku melindunginya..
mampukah suaminya memberi kasih sayang yang tak bebelah bahagi kepada anak perempuanku seperti aku menatangnya bagai minyak yang penuh...


abah..
siyes akak rindu abah....

nak balik!


 Nadea Ramly
xoxo