CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, January 19, 2013

Khas kepada suami : Jika isterimu menangis..

Jika seorang isteri menangis di hadapanmu;
Itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi...

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis;
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

Jika kau membiarkannya pergi;
Dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah;
Kecuali di depan orang yang sangat dia sayangi;
Dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah;
Hanya jika dia sangat menyayangimu;
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami-suami,

Jika seorang isteri pernah menangis keranamu;
Tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian;
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu;
Di saat kau terpuruk terlalu dalam.

Wahai suami-suami,

Jika seorang isteri menangis keranamu;
Tolong jangan mensia-siakannya;
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis di depanmu, saat dia menangis keranamu.
Lihatlah jauh ke dalam matanya.
Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu?

Pada hari penciptaan PEREMPUAN ...
MALAIKAT bertanya kepada TUHAN: Apakah keistimewaan dari ciptaan-MU ini?

Lalu TUHAN menjawab:
Ada banyak KEISTIMEWAAN yang dimiliki oleh ciptaan-KU ini.

Di balik KELEMBUTANNYA dia memiliki KEKUATAN yang begitu dahsyat...

TUTUR katanya merupakan KEBENARAN...
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya.

PELUKAN dan CIUMANnya boleh memberi KEHANGATAN bagi anak-anaknya...

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa...

Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pada orang-orang yang dikasihinya...

Dia mampu TERSENYUM di balik KESEDIHANnya...

Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN...

Dia begitu sedih melihat KEMATIAN...

TITISAN air matanya mampu membawa PERDAMAIAN...

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI akan satu perkara...

Malaikat pun bertanya: Apa itu Ya TUHAN?

Tuhan menjawab:

Bahawa betapa BERHARGAnya dia...