CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, June 10, 2013

Ciskek buatan senirik..hohoo~

Ha..penah kan bace entri kita pasal ciskek yang kita beli pehtu makan macam orang gila tu kan..
Kali ni nak cite, yang aku senirik yang buat kek tu..
Caye tak?
Percayalah cakap kak tonnnnn…

Entri dimulakan dengan intro yang tak brape nak bes la..
Aku demam ni dua kali dah dalam bulan nih..
cAye ke tak caye..
Dan sekali lagi pada hari Jumaat lepas, aku telah flat di rumahku..
Akibat demam yang agak melampau dan teruks..
Cis..

Tengahari tu gagah juga bangun.
Sebab dah lapaq dah..
Sapo nak masak kalau bukan snirik…
Maka dengan itu masaklah hamba dengan keadaan pegang dinding..
Goreng sayo ngan ikang maseng je..
Cukupla buat alas perut..


Bila dah makan, ase okeh sikit..
Aku start memula kemas bahagian rak tivi..
Susun buku resipi..
Buku cerita..
Buku seangkatan dengannya…

Ewah..seronot pula kau ye mengemas haaa..
Lelama nak dijadikan cerita maka terkemaslah separuh dari rumahku syurgaku itu..
Separuh pon okay la dari takde kan..

Aku tengah defroz peti es..
So dalam masa yang sama segala menda dalam peti es tu aku kuakan la..
Napok buttercup..
Cream cheese..

Kachinggggggg!!!!$$$$$

Maka titibe teringatla resipi kek cheese oreo yang aku dok copy pes dari pesbuk kawan aku tu..
Aku bukak lappie yang memang dh ternganga dah ateh meja tu pehtu aku carik mane aku simpan resipi tu..
Tengok bahan, hmmm, macam semua ada..
CUma yogurt je lah takde..
Takpe.
Buleh g beli kat kedai area umah aku yang dokek gilo yoo..

Aku letak satu tempat semua barang2 yang nak digunakan..
UNtuk makluman sahaja, aku tak reti baking cake tau..
Siyes aku ngaku aku takde talent..
Tapi aku tinginnnnn nak makan cheese kek..
*mengada time demam semua nak makan kan!

Pas dah kua kan cheese and buttercup tu aku start enjin kete..panaskan kejap..
Nak larik pi beli yogurt..
Tapi pesoalannya, yogurt apekah itu..
Sampai kedai aku tengok rak kat yogurt kosong..

Alamak!

Malasnye nak pi kedai jauh jauh.
Tapiiii..

Aku napak ade troli isi penuh air bliss tu ngan ahaaaa..yogurt!!
Aku nak kidnap yogurt tu dari kotak troli tu tapi macam tak best lak..
Aku tunggu promoter tu susun kat rak dulu..
Aku tunggu lambat nau menyusunnye..
“Mentak tiga…” kataku sambil tunjuk tapak tangan kt beliau..
pEhtu budak tu buat muka selenge bagi aku tiga bekas yogurt berperisa asli..
tau dak masa tu aku tengah on d phone ngan mak aku..??
punye la gigih anak dia nak buat kek sampai kol nak kompom yogurt tu nak guna yang mana…
muahahahaha..

Pehtu aku balik la..
Terus buat..
Selalu aku snap bahan2 kan. Kali ni tak pulak..
Sebab aku tau misti tak jadi..
Dah kate tadi takde talent..huaahhhh~

Aku pon sebijik2 le ekot resipi tersebut.
Dan tak sangka , ia menjadi selepas ia disejukkan didalam peti es..
Taraaaaaa..
Sedap woo..*pasan*


 
Jangan tengok pada keadaan hitam2 tu..
Sebab oven wa tah macam hape tah..
Terpaksa bakar 40 minit + 10 minit lagi sebab dalam tak masak lagi.
Lagipun Loyang kita tinggi. Kecik. Oven pon kecik. Sobss~
Hahahha..

Sape nak resipi, meh..
Ni je ha…

 
Bahan-bahan..
Dua cawan oreo – aku tak buang cream dia..
Dua sudu buttercup.-pakai planta pon boleh kot..
Dua sudu tepung gandum
250gm cream cheese
2 biji telur
2 cawan yogurt

 
Cara membuatnya..
1) Hancurkan oreo dan gaul dengan butter yang dah dicairkan..
2) Tekan dalam Loyang yang dah digris dengan butter supaya tak melekat. (kira macam base la). Sejukkan dalam peti es selama 10 hingga 15 minit..
3) Bahan yang tinggal tu korang blender je sampai dah sekata…
4) Kuakan Loyang dah disejukkan tu dan tuang bahan yang dah blender tu..
5) Bakar dalam oven dalam masa 40minit dengan suhu 170 darjah celcius..
6) Lepas tu sejukkan dalam peti es semula..
7) Nikmati bersama keluarga…hohooo~

 
Hari ahad tu aku keje..
Aku bawak pi opis..
Rezeki orang keje ahad la kan..
Depa cakap sedap..
Ade jugak dua tiga orang aku kasik rasa..

sEmua kate sedap walaupun rupa nya masih belum sedap mata memandang..muahahahha…

takpe..nanti I buat lagi ye you ollsssss…
bia buruk janji sedap dimakan..
tAk kisah la kan..
aku kan beginner..
Baru pirst time ha..
Okey la dari takmo cuba..

Ye dak..
Babai..

Jumpa lagiiiii~