CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, November 12, 2013

COD atau Pos?

Okeh...
Hal ini terjadi kepada setiap orang yang membeli barang secara online mahupun offline..

Kebanyakan dari kita (tak semua ya) mengalami masalah berkira dalam kos pos.
Pada yang jenis tak berkira, depa tak kisah pon pasal kos pos tu..
tapi pada mereka yang rasa pos itu mahal, mereka gemar mintak COD dari pos yang sebenarnye banyak kelebihan..

Moh kita tengok ape pro n cons antara dedua inih..
 Ada sesetengah berpendapat bahawa, pos lebih mudah.
Kenapa?

Satu, sebab, depa tak payah pikir ape2 selepas pembayaran dibuat.
Cuma tunggu barang yang dihorder sampai ke depan muka..
Orang pos sampai, kita sain2 sikit, pastu koyak bungkusan.
taraaaaa..
barang dah sampai..
hohoop..

Dua. Tak perlu menghadap jem dan menjadi seorang penteka yang berjaya.
Camane rupa orang tu ek?
Baek ke ek?
Cun tak ek?
ek ek ek?
Kalau dia jahat camane ek?

Tiga. Menjimatkan masa. 
Tak perlu ditunggu dan menunggu.
Kita tak buang masa.
Beliau tak buang masa juga.
melainkan itu memang kerja si penjual yang memang runner..

Empat.
Menjimatkan wang.
Kenapa jimat?
SEbab tak perlu kua duit minyak
Juga, boleh pilih untuk buat pos biasa bukan pos laju jika anda rasa pos laju mahal..
Macam-macam anda boleh pilih kt pejabat pos tu..
Melalui laut.
Melalui udara.
hah, pilih saje..
kalau nak jimat sangat la kan...

Lima.
Selamat.
Sebab..?
kita tak tahu dengan siapa kita berjumpa..
kita tak cakap semua..
tapi mostly banyak bahayanya jika anda berjumpa seller terus jika bukan yang betul2 penjual.
tak ke naya...
Sebab nak jimat RM10, entah2 nyawa kemana..
Wallahualam...

tapi...

ada juga yang berpendapat bahawa, kos pos MAHAL...
dan lebih suka COD..
justifikasi?

Satu.
Lebih dekat dan mudah berjumpa.
Rumah saya dan seller dekat.
so saya prefer jumpa beliau je..
lagipun, saya suka jumpa beliau.
beliau cun..
hahahaha..
boleh?
beliau pon kawan saya.
ape salahnye...

Dua.
Nak tengok sendiri barang tersebut.
Pastu boleh tanye2 orang tersebut.
camane guna.
kiranya, nak consultation free la nih..
Plus nak tengok betui ka dak orang nih pakai barang tersebut.
Betui ke kesan kt diri dia sama macam dia dok pomot kt online tu.

Tiga.
tAkde orang kat rumah kalau guna pos.

Empat.
Memang tak suka bayar kos pos.
Hahahha..
Ini jenih memang berkira.
Sanggup susah payah bayar duwet minyak semata-mata takmo kasik kat abang pos yang memang keje anto barang tu.
Sedangkan duwit minyak tu lagi MAHAL dari kos pos.

Lima.
Memang takde pilihan dah, memang kene COD juga.
Ini memang mereka takde pilihan.
Sebab dikatakan pos malaysia atau mana2 kampeni pos tak cover area mereka..
Wah..
Dalam gua mana lu duduk.

Tanya saya?
Saya prefer POS.
sebab?
Saya tak sanggup nak hadap jem.
Saya tak kisah bayar duit pos.
Saya tak suka jumpa orang yang belum tentu kita tahu hati budinya.

tapi..
kalau penjual tu kate senang nak jumpa dan satu jalan dengan saya, takde masalah..

 asalkan ia memudahkan kedua-dua belah pihak..

jangan la kate pulak...

MAHAL LAH POS AWAK..

silalah tanye pos malaysia..
atau mane2 syarikat pos yang lain.
depa pon khidmat servis..
ape lah sangat  nak berkira..
memang itu tugas depa.
tapi cuba pikir susah payah depa walaupun depa dibayar gaji..

harus diingat..
tak semua kampeni servis pos cover semua area..
ade yang tak cover..
so kalau u duduk bandar, wa takde hal..
tapi kalau tah kt mane tah, lu pikir la sendiri..

dan kepada seller pula, ape la sangat sedekah tu kat depa.
Depa nak pi pejabat pos satu hal.
nak balot barang ko yang ko dok berkira tu satu hal..
lahai, ape la sangat seposen dua posen ko tu sedekah je kat depa..
ko tinggai tunggu je barang tu sampai depan idong.
sesambil tunggu tu boleh beli barang online yang lain..
sesambil tu buleh men kendi krash..
sesambil tu boleh buat keje lain..

tak setuju?

terpulang..

kita suka senang dari menyusahkan diri sendiri..
sebab pada kita, masa itu emas.
mahai wooo.
macam2 boleh buat kalo juai balik..

hahhahahaa..

babai...

*nak hantar by hand takmo pos boleh.......bayar tiket flight dan tambang bas, dan duit minyak plus duit makan. bla bla bla..

xoxo
Nadea Ramly