CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, November 10, 2013

....kosong...

Saat semua sedang enak dibuai mimpi, aku masih berkalih mencari kedudukan yg sesuai. Kiri tak kena, kanan pon masih x berapa selesa. Suamiku nampaknya sedang enak dibuai mimpi. Aku tersenyum sendiri..

Kupandang dia dengan sayu. Dua tahun usia perkahwinan, kami masih belum mendapat keserasian. Bukan membuka masalah rumahtangga, tapi inilah hakikat pasangan jarak jauh mcm kami. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri kan. :) gaduh tu, normal lah kan. Org kate, gadoh manja..iyekan je lah..

Kadang2 kami boleh jadi kawan yg baik. Bercakap dan berkongsi segalanya, mengkritik satu sama lain. Kadang2 juga, kami boleh jadi musuh paling ketat abad ini. Susah kita nak sentiasa ada pendapat yg sama. Susah jika sesuatu masalah tu x dapat dibincangkan. Adakalanya, kami bertelagah tentang pendapat masing-masing. Saya juga tak suka semua yang beliau suka. Dan apa yg saya suka, tak semestinya beliau suka.

Kutenung wajahnya. Entah kenapa, rasa bersalah banyak sangat. Dengan kejadian siang tadi, sampai x dapat kontrol diri. Betul. Kuikutkan sangat amarah tu. Setan, biasalah. Suka tengok masjid goyah dan runtuh. Ingin nk peluk dia, tapi, aku masih ada sisa ego, marah, kecewa dengan tindakannya. Sedih juga. Kadang2 terfikir, ini kah yang perlu ditempuh sebagai seorang isteri?

Ada banyak benda perlu dibincang semula. Ada beberapa masalah perlu diselesaikan segera. Faktor kerja, jarak jauh, tolak ansur, dan entah, ape2 lagi pon aku tak tahu. Sape kate kawen je, selesai masalah?

Aku sayang dia.
Aku hargai pengorbanan dia.
Aku cuba fahami tugas dia.
Aku cuba lengkapi hidup dia.
Aku cuba jadi isteri terbaik.

Cuma kadang2 aku rasa dia terlalu ego. Dengan sikap dan pembawakan watak di tempat kerja. Haih. Entahlah. Cuma aku harap aku lebih memahami. Lebih dr yang di expect.

Terima kasih hubby atas ape yg kamu dh buat..
Saya mintak maaf x jadi isteri terbaik.
Saya nak kamu bahagia dengan saya.
Saya nk kamu fahami saya.
Saya nk kamu lindungi saya.
Saya nk kamu bimbing saya..
Saya nk kamu ada masa sy jatuh atau gembira.
Sama-sama dgn sy tempuh ape je yg dtg..

Saya sayang kamu....

Ikhlas,
Isterimu...