CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, November 8, 2013

Teater Muzikal pertama saya, SuperMokh!

Dok ralit buat laporan sikit, notification grup kat wassap berbunyi2..
selalu memang buat dono je..
Eh..
macam bes je nak dengar..
 
"korang..jom la pi Istana Budaya. Ira ade tiket pree..Jum lah.."
 
haku pon nyebok je lah dok join2 anto voice message..
Si Ira pulak dok ajak2..
Titibe wa rase teringin lak nak g..
Bukan jaoh pon IB tu dengan opis kita..
 
Pehtu macam biasalah..
tanye big boss dulu..
Lepas big boss granted, kami pon set time tuk jumpa...
 
Dipendekkan cerita, haku sampai dulu..
Along the way nak sampai tu, hampir la bergado ngn driver2 kL yang semua ego ego belaka kan...
tapi saboooo jelah mak jemahh...
 
Pehtu Afiq pon kate dia dah sampai..
Dok roger lagi minah2 yang ajak tadi tu, masih kat Selayang lagi katenye...
Okeh, jump to tajuk entri..
 
Semalam, by invitation, kawan kita ajak pi tengok teater muzikal Supermokh kt Istana Budaya. 


Ini first time kita pegi Istana Budaya..
Jakun tu takyah cakap lah..
ngahahah..
Tengok orang keliling, humangaihhh..
semua pakai jojes2..
kita jelah pakai baju kurung dari opis...
Deme mekap bagai tau..
 
Kita ni orang bias0 biaso yo...
Selalu tengok wayang pakai selepar jepong..
kecepek kecepek..
tudung selempang...
ini, macam nak pi dinner..
*memang dresscode masok IB gitu..
 
Masok kat pintu tu, terpegun jap.
pehtu naik atas..
WAh...
Ade gong..
Ade tangga santek..
*gila jakun kan.
nghahahaha...
 
Sepatotnya ia start kul 8.30 gitu..
Tapi..
Disebabkan masalah teknikal, teater muzikal tersebut bermula pukul 9.30 malam..
Semua orang mengeluhh..
oh menn...
 
Disebabkan tiket pree, kita tunggu sajelah..
Hape lagi..
Bergambo la kami..
Kui3..
 
Pehtu tiba masa, kami masok..
Serius dari hati, kita jatuh cinta dengan teater.
Muzikal la..
Berlakon live..
Nyanyi live..
How Awie and Maya do their roles.
Memang terbaik.
 
Cuma cahaya laser itu sedikit menyakitkan mata..
Yang lain osemmm..
 
Garapan Hans Isaac dan Harith Iskander memang mantop..
Susunan cerita, difahami..
Dari percintaan, ke konflik hingga klimaks bawak penonton terbuai..
Zaman kegemilangan.
Zaman kejatuhan Mokhtar Dahari.
SEmuanya digarap dengan unik sekali..
 
Sirius, kita cuma pernah dengan nama beliau..
TApi kita tak pernah kisah siapa beliau..
kali ni, ia buka minda kita, begini rupanya perjalanan beliau sebagai lagenda bola sepak Malaysia..
Bagaimana jadi isteri kepada pemain bola sepak.
Tak semua manis.
TAk semua pahit.
SAhabat...
 
Oh yeh..
Paling bes dan suka ialah part penari ada lampu kat badan..
itu kita sukaaaaaa!
how creative they are..!
 
Awie bawak watak Supermokh..
Maya Karin sebagai Tengku Zarina, isteri kepada Supermokh.
dan pelakon2 lain yang memang sangat memainkan peranan masing-masing.
Selit lucu juga dalam lakonan.
Mantap!
Bila Awie nyanyi, rasa macam tengok konsert Wings..
hehheheh..
Sore dia humangaihhhh, sedap gilerrr...!
 
Okeh, moh kita bace sikit sinopsis Supermokh tuk sesiapa yang tade gambaran tentang siapa lagenda bola sepak kita.
zasss...
 
 
Mokhtar Dahari dilahirkan pada 13 November 1953 di Setapak, Kuala Lumpur, hasil perkahwinan Dahari Abeng dan Maimon Sadikin. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jalan Kuantan (1960-1965) dan Victoria Institution (1966-1970).
Ketika beliau berusia 15 tahun, Mokhtar telah dihadiahkan sepasang but bola yang hanya berharga RM15 oleh ayahnya selepas menduduki Sijil Rendah Pelajaran (SRP) 1968 atau lebih tepat dipanggil LCE pada ketika itu.
Beliau amat menghargai pemberian itu sambil berkata: “Kasut but yang diberi oleh ayah saya hanya berharga RM15, tetapi ia amat bermakna dalam kerjaya bola sepak saya.”
Dengan kasut itulah beliau menempa nama sebaris dengan wira-wira bola sepak negara sebelumnya seperti Datuk Ghani Minhat dan Arthur Koh.
Pada tahun 1971, Mokhtar telah mula mewakili pasukan Selangor dalam saingan Piala Burnley. Beliau juga pernah menyertai beberapa kelab bola sepak antaranya Kelab Sultan Sulaiman, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Talasco dan Kwong Yik Bank.
Beliau telah berkahwin dengan Tengku Zarina Tengku Ibrahim dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamad Redza, Nur Azera dan Nur Arina. Salah seorang anaknya, Mohamad Redza, juga mengikuti jejak langkah ayahnya apabila pernah mewakili negeri Selangor.

Mokhtar merupakan pemain yang memiliki bakat semulajadi yang mengangkat imej Malaysia setaraf dengan jaguh bola sepak dunia. Paling ketara adalah dikancah Pestabola Merdeka yang menjadi gelanggang beliau mempamer taring dan kehebatannya menembusi gawang lawan.
Pada usia 23 tahun, Mokhtar yang lebih terkenal dengan jolokan ‘SuperMokh’ diiktiraf Majalah World Star Soccer sebagai penyerang terbaik Asia dan ketika itu jugalah dia dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan 1976.
Gelaran ‘SuperMokh’ yang diterimanya itu juga adalah kerana kehebatannya menjaringkan banyak gol sepanjang kariernya sebagai pemain bola sepak. Beliau juga telah mewakili Malaysia selama 13 tahun iaitu dari 1972 hingga 1985.
Kelebihan dimiliki ‘SuperMokh’ banyak dengan sepakan deras bak peluru menjadi elemen penting hinggakan tiga jari bekas penjaga gol negara, mendiang R. Arumugam, pernah patah ketika cuba menampannya. Malah penyerang ternama negara ini juga bijak dalam membaca gerakan lawan dan meloloskan diri dari kawalan pertahanan pihak lawan.
 
Meh baca lagi..
 
15 fakta tentang SuperMokh
 1. Dikatakan tiga batang jari mendiang R Arumungam, bekas penjaga gol negara pernah patah ketika cuba menampan satu sepakan kencang Supermokh ketika dalam satu sessi latihan.

2. Ketika berusia 23 tahun, Mokhtar Dahari telah diiktiraf Majalah World Star Soccer sebagai penyerang terbaik Asia dan ketika itu jugalah dia dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan 1976.



3. Mokhtar Dahari tidak suka diganggu ketika menjalani sessi latihan apatah lagi mengaitkan kemasyhuran dirinya di padang dengan kehidupan peribadi.



4. Selepas tamat Sijil Rendah Pelajaran (SRP) pada tahun 1968 , Mokhtar Dahari dihadiahkan sepasang but bola hanya berharga RM15 oleh ayahnya dan dia amat menghargai pemberian itu sambil berkata "Kasut but yang diberi oleh ayah saya mungkin hanya berharga RM15, tetapi ia amat bermakna dalam kerjaya bola sepak saya".



5. Perlawanan pertamanya ketika mewakili Selangor dalam Pertandingan Piala Burnley 1971 (sekarang Piala Razak) menentang Kedah dan menjaringkan gol pertamanya pada perlawanan itu.



6. Pertama 
kali terpilih mewakili pasukan kebangsaan ketika Kejohanan Piala Jakartaraya 1972.


7. Pernah menjaringkan gol terbanyak (5 gol) dalam satu perlawanan 
1974 antarabangsa ketika menentang Filipina di Sukan Asia 1974 di Teheran.


8. Mokhtar Dahari menjaringkan 2 gol untuk kemenangan pasukan Malaysia yang menundukkan gergasi kelab Inggeris , Arsenal dalam satu perlawanan persahabatan pada tahun 1975 di Stadium Merdeka Kuala Lumpur dan keesokkan harinya khabar angin mengatakan bahawa the Gunners berminat untuk membeli beliau ketika itu.


9. Mokhtar menjaringkan 1 gol yang membawa negara meraih pingat emas Sukan SEA yang pertama pada tahun 1977 apabila menewaskan Thailand 2-0 pada perlawanan akhir. 



10. Gerakan menarik beliau yang menggelecek 5 pemain England dan menjaringkan gol penyamaan dalam satu perlawanan persahabatan antara Malaysia dan England  pada tahun 1978 telah menyebabkan jurulatih England ketika itu , Bobby Robson berang dengan anak-anak buahnya.

   
11.Mokhtar Dahari menerima kad merah pertama dan terakhirnya dalam karier bolasepaknya ketika menentang Singapura dalam saingan Piala Malaysia pada tahun 1981. Pengadil `bersejarah' yang menghadiahkan kad merah itu ialah Othman Omar.                                                                                             


12. Kali terakhir mewakili negara pada Pra-Kelayakkan Piala Dunia menentang Korea Selatan di Seoul tahun 1985.


13. Dengan kaps antarabangsanya sebanyak 167 caps, dan jumlah gol dalam Piala Malaysia ialah 177 jaringan dan 125 jaringan di peringkat antarabangsa membuatkan tiada lagi pemain yang dapat menyaingi rekodnya sehingga kini.

14. Khabar angin mula-mula bertiup pada tahun 1987 mengatakan Mokhtar Dahari menghidap sejenis penyakit 'ganjil' sebelum beliau disahkan mengidap penyakit Mascular Dystrophy pada tahun 1989. Beliau meninggal dunia pada hari Khamis, 11 Julai 1991 jam 8.25 pagi di Pusat Perubatan Subang meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak. 

15. Mendapat anugerah Darjah Dato' Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (D.S.S.A), dari Sultan Selangor yang membawa gelaran Dato' pada tahun 2001 iaitu sepuluh tahun selepas  kematiannya.

Banyak sumbangan beliau terhadap negara.
Nak menitik air mata bace.
PUnye la kita tak amik kisah..
*aku lah..korang tak..
SEbab aku bukan peminat bola sepak..
tapi bila tengok teater nih, bagi aku satu ilmu..
dan mengenali siapa SuperMokh sebenarnya..
 
Tanggal 11 Julai 1991 hari Khamis, kita kehilangan beliau pada jam 8.25 pagi di Pusat Perubatan Subang, Subang Jaya akibat penyakit Motor Neuron Disease (MND).
 
Al-fatihah...
 



 
 
Okeh...
Now jom layan gambo kami pulak macam retis sementara tunggu tayangan teater tersebut..
zasssss..
 
 








 
 
Haaa..
ini baru namanya aktiviti gadis gadis..
eh..
gadis ke..
muahahahah~
 
Okehlah..
next time harap ade orang sudi nak ajak lagi..
ngeh3...
 
oh..
lupa..
silalah pergi tengok ..
sehingga 18 November saje...
 
okeh?
 
babai semua..
jumpa di lain entri..
 
xoxo
Nadea Ramly