CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, March 30, 2014

Kedua dan ketiga untuk 2014..

17 Februari 2014
Genap kita jadi government servant tuk tahun keempat.
3 tahun 7 bulan di Kuching.
Merantau seorang diri..
Dari bujang sampai dah kawen.
8 bulan berikutnya, belajar sesuatu di UTCKL pula.
Dapat transfer balik semenanjung dan ditempatkan di negeri kelahiran.
Sejak daripada itu..
Life kita bermula mengukur jalan.
Tetiap minggu, kalo kita x balik perak,
Somi akan balik KL.

11 Mac 2014
Dapat berita gembira pertama di tahun 2014.
Transfer diluluskan.
Kemana?
Perak Darul Ridzuan.
Negeri dimana kita menuntut ilmu.
Negeri dimana abah dilahirkan.
Dan negeri tempat suami bertugas.
Yay!!!

17 Mac 2014
Hari yang tak disangka sangka.
Rupanya,.,
Sakit pinggang yang kita alami berterusan.
Letih sepanjang hari.
Lapa sentiasa.
Dan period yang dah x jengah seminggu..
Adelah titik tolak segalanya.
UPT naik 2 line dengan lajunya dan terang!!
Allahuakbar!
Masa tu, kita bangun untuk solat subuh..
Memang tekejot..
Dok kejot somi cpt2.
Kompom dia ingat kita soh buang lipas.
Sebab kita ni penakut lipas.
Dia pon terpaku.. dan terkesima.
Kita, nangeh atas sejadah..
Syukur Ya Allah atas rahmatMu..
Akhirnya rezeki kami sampai.

Selain somi dan mak abah..
Team HKCC turut diupdate tentang berita nih..
Mereka lah sahabat saya.
Rakan2 seperjuangan saya.
Yang sama2 jatuh n bangun dlm HKCC nih.
Derang terharu jugak..
Uwaaaaa...

Malam tu, kita p jumpa doktor.
Ajak kawan baik kita.
Lin.
Sebab..
Penakot jumpa doktor.
Hihihihi..
Dan dia tengok dan dengar sendiri doktor sahkan kehamilan kita.
Masa tu, kita dah 5 minggu!
Lepaih dah kompom,
Kita share berita ni dgn kawan2 di UTC.
so takde la depa pelik tengok mem depa ni lapo semedang.
Ngantok.
Hahahahak..

Bila imbas balik hari semalamnya.
Kita mmg siap dok angkat kotak2 telur masin...
*kita juai telur masin halalan toyyiban*
Siap buat keje umah itu ini.
Siap soh somi urut pakai minyak panas kt pinggang.
Sebab sakit sangat,..
adohaiiiii..
Siyes, macik tatahuuuuu..
Uhuk~

takpelah..
Asalkan masa tu xde pape.
Kan...

24 Mac 2014
Kita lapor diri ke JPN Perak.
Surat memang ke ipoh.
Masa tu kita dok pk.
Jauh juge Ipoh Lumut nak berulang nih..
Tapi x pelah.
Tak kisah pon.
Asal dok dekat dgn somi, dahla..
Ye dak.
Sekali ada org nak bertukar dengan kita.
Tempat yang kita idam2kan..
Yay!!.,
Dan akhirnya kita dapat p cawangan yang dekat gila dengan umah kita.
Allahuakbar..
Alhamdulillah.

Dua berita bes lagi kita dapat dlm bulan Mac ni.
Maksudnya, 3 skaligus dalam satu bulan..
*nangeh*

Dalan gembira2 tu.
Biasalah..
ada org suka.
Ada yang sinis juga.
Manusia.
Cakap kita untungla.
Pakai kabel la.
Itu ini la.
Ape, selama ni kita x usaha ke?
Tak nampak ke susah payah kita.
Sabar kita.
Itulah..
Payah kalau mentaliti masih kt takuk lama.
Kalau kabel, kejap je aku kt kuching tu.
Kalau untung, lama dah dok dgn somi.
Rugi aku takmo kira ke?

Haaaa.
Jadi, abaikan saje komen gini.
Kita tak minat.
Org negetip.
Hahahak.

Okeh.
Arini, genap 7 minggu dah.
Sebab setiap hari ahad..
Dia akan bertambah seminggu..

Doakan kami ya kawan2..

Xoxo
Nadea Ramly