CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, July 12, 2014

Perkhidmatan Atas Talian : Sistem Gantian MyKad

Assalamualaikum...
holaaaaa...
arini dah Ramadhan ke 14 kan..
:)
alhamdulilah...

disebabkan adik kita pon dah bertanya..
untuk kesahihan..
dan sebelum orang lain pulak menanya..
kita nak explen pasal gantian Mykad melalui online tu...
tak percaya?


Ya..
memang ada dalam salah satu perkhidmatan atas talian JPN...
nak kompomesen lagi sila ke website official mereka..
www.jpn.gov.my

Lepas nampak dalam kotak merah tu..
sila klik sana...
dan..
nanti kua gini..


Kalau tak paham, sila main klik2 kat anak panah merah tesebut..

Sape yang boleh menggunakan perkhidmatan nih?
1) Orang yang IC nya rosak.
contoh, terkopak ke..
patah ke..
dah komot komot ke..
gambo tak nampak ke...
 
2) cip nya rosak
dok pi kat bank..
pehtu bank kate takleh bace cip tu kan..
boleh la tukau kat sini..

3) saje saje nak tukar
sebab muka tak cun ke..
atau nak tuka yang ade dua gambo tu..
tu pon boleh..
padahal tak rosak pon.
cip pon okeh..
tapi saje2 nak tuka.
boleh je..

4) sebab hilang IC
ni pon boleh..
tapi yang hilang bawah 4 kali saje boleh..
lebih 4x hilang...
sila hadir ke pejabat JPN terdekat dengan anda..

Sape pulak yang TAK BOLEH guna perkhidmatan nih?
1)  yang belum pernah tuka IC dalam umur 18 tahun hingga 25 tahun..
sape yang masih pegang IC umor 12 tahun mereka tu..
tak boleh guna sistem ini okeh..
kene pi jPN terdekat...

2) orang yang hilang MyKad lebih dari 4 kali..
macam kita cakap kat atas ni la..

3) orang yang nak tukar alamat
korang kene pegi jugak ke JPN terdekat untuk tukar alamat..
sebab tukar alamat kene isi borang..
so, tabley juga guna...

4) Adik adik yang baru nak buat MyKad umor 12 tahun tu pon..
TAK BOLEH guna aplikasi nih..
sebab?

perkhidmatan ini hanya untuk GANTIAN KAD PENGENALAN sahaja..

derang kan belum ade MyKad..
nak ganti celah mana..
so depa kene pi pejabat JPN terdekat juga...

aha..
PEMBAYARAN transaksi ini hanya menggunakan KAD KREDIT sahaja..


Maklumat terperinci anda boleh muat turun manual pengguna mereka.
situ ada ajar step by step.. 
kat sini..

okeh???

semoga bermanfaat...
:)

selamat berpuasa kawan-kawan...

xoxo
Nadea Ramly