CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, December 20, 2014

Jenis perangai manusia yang unik~

Dalam kehidupan kita.
Ada macam2 jenih manusia.
Bukan kuruih gemok tinggi pendek tu.
Tu satu hal la..
Itu fizikal.
Kita tak leh attack orang melalui fizikal ya kawan-kawan.
Sebab itu ciptaan Allah..

Maksud MACAM-MACAM ni, luas.
Bukan maksud luas, tapi luas cakupannya.
Kira, ragam manusia la..
Masa kursus kat johor aritu.
Kita belajar jenis-jenis kecelaruan personality.
Tapi skang nak cakap jenih manusia yang wujud dalam dunia realiti.
Cerita betui.
Bukan rekaan.

1)      Talam bermuka muka
Orang jenih ini, bahaya…
Depan kita, kemain baik.
Kemain caring.
Kemain tunjuk dia la sahabat the best eva.
Belakang kita.
Kemain baik cerita itu ini.
Kemain caring sampai hal dalam kain orang dok canang.
Kemain tunjuk dia la musuh the best kita.
Tu belum part dia pukui rata.
Abeh la isi rumah, isi perut, isi dageng orang tu dia tahu.
Hebak..
Mereka ini layak mendapat anugerah pelakon wanita terbaik.

Cara atasinya?
Depa datang cita.
Kita sengih ja.
Uk tidak, ek tidak.
Sengih je sampai abeh cita.
Jangan tambah apa2.
Atau kuakan statement apa2.
Silap2 haribulan, korang yang kene balik.
Eh, dah beliau citer hal orang kt kita.
Tak mustahil dia akan citer hal kita kat orang.
Korang ingat dia kesah?

2)     Rasa diri best
Ini tak bahaya sangat.
Sebab dia dok canang seantero doniya yang dia semua tahu.
Semua pandai.
Semua bijak.
Semua senang.
Tapi.
Dia tak kaco hal orang.
Paling koman pon dia kutuk orang kata orang lain tak se best dia.
Dan banyak percakapannya menjurus hal-hal kegembiraan beliau.
Kemenangan beliau.
Kegemilangan beliau.
Huarghhh.
Ngantok pulak…

Cane nak buat bila hadap orang gini?
Puji dia lagi lambung-lambung.
Sampai melambung.
Pahtu sok jatuh segedebuk baru dia tau langit tu tinggi hat mana.
Paling tak pon, korang tepuk tangan.
Kompom bengkek je kawan.
Bahahahahah~

3)     Lalang
Lalang ni kawan dengan talam.
Ini backstabber terhebat.
Dia boleh jadi kawan, boleh jadi lawan.
Sebab, dia takde pendirian.
Dia pon tatahu nak bezakan mana kawan dia.
Mana lawan dia.
Asal pendapatnya diterima, dia akan beralih.
Jika sebaliknya, Allah lebih mengetahui.

Kawan kita lalang?
Soh dia balik ke ladang.
Bahahahaha..
Better angguk angguk geleng geleng saje.


4)     pembuhung
pernah dengar tak.
siakap senohong gelama ikan duri.
bercakap muhung.
lelama mencurik.
ha, ini lah dia..
cerita dia semua takleh pakai.
semua mohong.
ini bahaya juga.
tapi kalau jumpa orang gini.
korang dengar je.
sebab 10 dia cakap, 1 pon takleh caya.
pahtu bajet upppp saje...

5) cakap tak serupa bikin
ini payah kalau dalam kerja.
cakap bedega dega.
tapi habuk pon tarak.
dahla tu.
kalau berkuasa, kemain main lagi bongkaknya.
sebok dok betuikan orang lain.
diri sendiri tak buat.
tak amalkan.
ingat orang nak respek?
sori lah.

kalau orang cani?
korang kenekan dia balik.
hahahahahah...


kenapa titibe citer pasal jenih2 manusia nih?
sebab banyak sangat pula manusia begini arinih.
heran.
ingat spesis cani dah pupus ditelan zaman.

ingat.
berhati-hati pabila bercakap.
orang yang paling baik dengan kita kadang-kadang akan jadi orang yang paling bermusuh dengan kita.

nah..
satu quote untuk kalian.
pahamkan.

okeh?


good night~