CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, June 24, 2015

Projek Memasak : Cheesekut Mudah Coco Lejen


Ingat tak entri yang lepas, somi kate, tapayah masak sepanjang Ramadhan nih..
Tapi kalau nak masak jugak dia tak kesah pon.
Maka disebabkan semangat membuak-buak nak masak juge, maka, terhasil lah ciskut versi salah beskot..
Baahahahaha~


Okeh, jom proceed citer ciskut.
Kenapa kate salah beskot?
Sebab sepatutnya guna Deluxe Crackers, bukan Cream Crackers.
Adohai..


Ini adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat cheesekut versi salah biskut inih..
Hepp, tapi bahan-bahan dia semua betui..
Beskot je salah sikit..

Kita buat dalam bekas beso..
Kekonon nak makan ulang-ulang la.
Tetibe somi kata dia tak makan.
Oh, takpe la kalau tak makan.
Kita makan sorang je..
Lalalalalalala..

Cream cheese Tartura 250gm (yang dalam gambar ni 500gm)
Susu cair
Susu pekat. Pakai separuh je kalau sape tak suka maneh.
Beskot. Pakai Deluxe Crackers tau. Yang ni macik salah beli dah ha..
Dan kita letak Coco Lejen pada setiap layer.
Oh, nestum lupa snap.
LUpa letak mana tah masa tu.
Dan bekas yang korang nak letak cheesekut tu..

Siap dah bebahannye.
Jadi moh kita buat.

Memula putar cream cheese dengan susu pekat..
Masukkan sikit susu cair.
Sikit je..
Kang cair sangat cream cheese nye..
Kita pakai blender  je..
Senang basuh..
Hohohooh~
Ini ropanya lepas dah blender.


Susu cair untuk ape pulak?..
nak celup beskot dalam tu la kang..

Amik bekas dan celup beskot dalam susu cair..
Jangan la sampai hancur bederai.
Asal celop dah..nak bagi dia lembek sikit..
Pahtu susun la lelawo kat dalam bekas tu.
Dah susun lelawo, amik cream cheese putaq tadi, layer ateh beskot tu..


Pahtu, tabor nestum atas layer tu..
Pahtu serbok koko pon tabor la sekali..
Buat perkara yang sama sampai bekas penuh.


Ketebalan sesuatu cream cheese bergantung kat korang..
Ikut suka la nak tebai ka, nipih ka..
Asalkan korang layer setiap beskot tu dengan cream cheese yang putaq dah tadi.


Okeh, ini ropa dah penuh..
Ateh tu korang tabor la nestum lagi, dan serbuk coco lejen yang sangat lejen tu tuk tak rasa muak sangat bila makan kang..

Coco LEjen ni sebenarnya minuman peket-peket tu..
tapi sebab koko takde kat umah.
maka nya, kene la kretip..
kita tukau dia letak kat tempat lain selain kita bancuh dia bes bes...
hahahhahaa..
Siyes nih..

Ala, susu kambeng pon kita selamba guna ganti susu cair.
Siap buat tomyam putih tu lagi..
hah...
kau hadooooooo~
OKeh, lepas siap susun,..
Simpan dalam peti es..
Jangan simpan kat sebelah ikan dageng pulak..
Simpan bawah tu dah cukup.

Dah siappppp!

Sonang kan..
Tapayah bako..
Maklonglah, kita ni akan carik menda yang paling simple untuk kita buat..
Nak membako bako ni , tak kuasa la weh.
Plus, kita takde talent membako..
Bako menda lain takpe..
Bahahhahahahah~

Semalam rileks tengok tv, baru la bekesempatan nak potong dan makan.
Nah..
Ini la ropanya..

Huduh sikit cheesekut nya..
Dan Nampak tebal kan.
Tapi sedap..
Dah takde orang puji, macik puji la diri sendirik.
Bahhahahah~

*saje tempek dua kali..lalalalala~

Kalau pakai deluxe crackers tu mungkin struktur dia lebih halus dan Nampak layer-layer tu..
Ye dak..

Ah, tapi padulik apaa..
Masok perut ngappp saje, abeh dah..
Hahahahaha..

Senang je kan..

Selamat mencubaaaaaaaa...
Zasssss~

Nadea Ramly
xoxo