CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, January 1, 2016

Potato Salad yang mudah, ringkas dan kenyang.!

Haritu, kawan kakjojes ada bagi potato salad.
Husband beliau suka katanya.
Dan dia buat lebih untuk kakjojes.
Balik kije disuruhnya kakjojes singgah umah beliau untuk amik.
Sekali sedap daaaa..

Dan.
Kakjojes pon meminta resipi.
Lalu membuatnya.
Taraaaaaa..


Dan mendapat pula sambutan ramai di Facebook.
Meminta resipi.
Dan ini kakjojes sertakan resipinya.

Bahan bahannya
1. Kentang
2. Mayones
3. Sedikit kiub pati ayam
4. Lemon
5. Daun sup

Cara membuatnya.
1. Buang kulit kentang. Tinggai sikit2 pon xpe. Tapi cuci bersih bersih. Potong dadu dan ekot suka nak besar mana. Rebus dan letak garam supaya kentang masin masin sikit.

2. Lepas kentang empuk sikit, angkat dan tos kan. Masa tos suam2 tu tabur kiub ayam tu. Pahtu masokkan mayonis. Sikit cukup.

3. Pahtu potong daun sup. Perah lemon sikit. Gaul rata.

4. Simpan dalam peti. Dah sejuk baru makan.

Siap..!

Mudah kan?

3 malam makan.
Kenyang dan kakjojes tak makan nasik malam.
Sesuai untuk korang yang nak kurus.

Selamat mencuba..