CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, January 27, 2016

Tempat makan WAJIB pergi : Uncle Jai Cafe, Langkawi.

Mencari tempat makan osem adalah aktiviti wajib kalau pergi memana.
Betul lah tu.
Rakyat Malaysia ni memang suka makan.
Hihihi.

Setelah membuat beberapa tinjauan di blog blog sahabat blogger,
Saya dan suami decide nak cuba makanan di Uncle Jai Cafe ini.
Taraaaaaaaaaa...


Terletak di Jalan  456, Langkawi Uptown Hotel, Jalan Pandak Mayah 7, Langkawi.

Cafe ini menyediakan sajian
Western, malay, thai serta seafood.
Saya boleh kira kawasan ini agak privasi kerana berada di sudut jalan.

Masa kami sampai, orang agak ramai.
Namun meja masih ada yang kosong.

Tak sampai 5 minit duduk, pelayan datang bersama menu untuk kami pilih dan order.
Beliau memberi kami ruang untuk memilih.

Dari luaran,
Ia nampak menarik.
KakJojes dan suami duduk di luar menghayati bulan dan bintang ciptaan Ilahi.
Plus.
Suami tak berapa sihat.
Takut mengganggu pelanggan lain jika kami duduk di dalam.

Semakin lama orang mula ramai.
Namun tidak penuh.
Mungkin orang sudah habis bercuti.

Suami memilih nasi goreng soft shell crab.
Dan saya nasi goreng sambal udang.
Menu pilihan lain ialah wedges.
Dan kami turut tapau soft shell crab itself!
Wohoooo..

Kata somi, takut malam malam lapar..
Hihihihi hi.

KakJojes teringin test lamb chop nya.
Tapi dek kerana belum makan nasi seharian,
Niat itu dibatalkan sahaja.
Wuuuu..

Soft shell crab tapau dan wedges mula sampai.
Dan kemudiannya, air.
Seterusnya, nasik somi beserta crab yang lembut cangkerangnya yang lama dah beliau idamkan.
*kes jeles kat wife dia yang dapat makan masa kat Kuala Gula aritu. Hiksss..

Nah..

Ini nasik somi.


Ini pula nasik KakJojes.
Sempoi tak?

Ala ala sizzling mee caranya.
Menggelegak lagi sambal masa sampai kat KakJojes.


Dalam hati kata, tak cukup nasik ni.
Dah la lapar ni.
Nampak tak tamak halobanya disitu.
Adohaiii..huhu.

First suami kata.
Sedap la yang..!

Suami KakJojes ni, bukan senang nak puji kalau sedap.
Kalau dah kata sedap tu.
Kene la tu dengan tekaknya.

KakJojes pon menyuap pula nasik yang dipilih tadi.
Malas nak kata.
Semua sedap.
Sambal udang tu, siyes unik nau rasanya.
Caye tak, abeh tau KakJojes makan sampai keropok tu pon makan habis.
Waaaaaaaaa..

Terima kasih kepada blogger yang gigih buat entri pasal tempat makanan osem kat Langkawi nih.
Ia sangat sangat membantu kami yang gigih juga nak carik tempat makan yang osem.
Hihihihi.

Dan ini review KakJojes untuk cafe ini.

Kenapa review?
Sebab banyak sangat pilihan tempat makan kat Langkawi ni.
Siyes banyak.

Okeh sebelum terlupa.
Total kami makan ialah sebanyak RM64.
Soft shell crab small RM18-20.

Mahu booking?
Boleh call nombor tertera.


Oh ya..
Jangan lupa like page mereka ni ya.


Jumpa lagi di lain entri..
Zasss..